MENU

BAGAIMANA SAYA BOLEH TERJEBAK DENGAN SHAKLEE? (PART 1)


Jujurnya, pada awal saya join adalah untuk mengisi masa lapang ketika berada di kedai....saja kerja part-time....cari duit poket tepi...sha sendiri pun cuba juga ESP & Ostematrix...kita jual, tak kan kita tak try satu @ dua produk kan?...cuba cari pengalaman sendiri....apa perubahan yang sha rasa?....PERTAMA, DAH TAK ADA SEMBELIT....masalah sembelit ni memang dah kena waktu sekolah rendah lagi....waktu pregnant, lagi teruk...ada juga sampai tahap kena BUASIR seminggu...lepas nampak perubahan tu, sha cuba cari tahu lebih lanjut...kenapa 2 produk ni membantu...rupanya sebab ESP ni ada fiber & oste tu bantu proses pergerakan perut kita....

Kesan KEDUA yang sha dapat adalah, GASTRIK JARANG MENYERANG...sha masih ingat, pertama kali sha kena gastrik sewaktu umur 11 tahun...masa tu bulan puasa...perut dah sakit sangat, tetap nak puasa semata-mata nak puasa penuh sebulan...waktu sha pregnant lagi sadis....makanan yang masuk memang tak jadi daging....non-stop muntah....trimester 1 & 3 adalah waktu yang paling teruk.....waktu sha pregnant anak ketiga baru lah sha start makan ESP...Alhamdulillah, sampai sekarang sha memang jarang sangat kena gastrik...bila dicari gali, rupanya ESP ni mempunyai Glisemik Index yang rendah...maksudnya, kandungan gula dalam badan tidak melonjak naik selepas minum ESP...gula yang tinggi boleh menyebabkan perut kita merembes asid perut berlebihan....gabungan dengan oste memberi kesan  lebih baik sebab ia bantu pula meneutralkan asid perut tu....sebab sifat oste yang beralkali....



Kemudian, 2 bulan setengah selepas bersalin...Allah datangkan ujian dengan sakit....tangan sha seperti melepuh (macam ulser)...kena pula tangan kanan, tangan utama...tiap kali basuh pinggan atau mandikan anak..memang sampai menangis...sebab pedih dan sakitnya...Allah sahaja yang tahu...pergi klinik, dapat antibiotik hanyalah untuk matikan jangkitan....tapi luka ulser yang besar tu, terpaksa ambil masa untuk pulih...dari situ, sha start makan set kulit shaklee pula....Vitamin A, B, C, E, Zinc dan ESP...Alhamdulillah luka memang sangat cepat sembuh...tambahan lain, suami cakap KULIT SHA BERSIH, HALUS & GEBU....hehehe..siapa yang tak kembang bila dipuji kan?

....akan bersambung....

PART 2 : MACAM MANA AHLI KELUARGA BOLEH TERJEBAK DENGAN SHAKLEE?

Pendiang Api Dan Permaidani


Cantik kan pemandangan depan 'fireplace' tu? Ikhsan dari pak google....😊... kita kat Malaysia memang tak pakai la alat tu...dah sedia panas..biasanya negara yang bersalji je yang ada tu....(tiba-tiba datang semangat nak rasa makan angin negeri orang...insya allah....amiin)...baiklah...cuba anda bayangkan sedang duduk kat depan 'fireplace' tu sambil hirup air kegemaran anda...tengok lenggokan api dan harumnya bau  kayu...pasti anda akan terdengar bunyi 'pop' - kayu meletup....lepas tu, keluar la percikan api yang kecil-kecil..terus kena kat permaidani di hadapannya...tentulah berlubang kan?...lubang-lubang kecil je, hampir tak terlihat....anda biarkan sahaja...lepas setahun, 2 tahun atau sebagainya, anda akan mula perasan, lubang kecil tu menjadi besar...nampak ketara koyakannya...tembus sampai bahagian bawah dan merosakkan lantai...lantai jadi buruk kan?

Menurut Dr Michael Colgan, begitulah perumpamaan yang berlaku pada tubuh kita...'fireplace' itu umpama proses metabolisma, permaidani tu umpama badan kita dan percikan api itulah radikel bebas...umpama permaidani, bahagian mana yang kena percikan paling banyak, bahagian itulah yang akan koyak dahulu....begitu juga badn kita, bahagian badan mana yang paling banyak terdedah, bahagian itulah yang rosak dahulu...contoh penyakit kronik yang boleh disebabkan radikel bebas :

1) Kerosakan Otak --> Penyakit Parkinson atau Alzheimer / Dementia

2) Kerosakan Arteri --> Serangan Jantung atau Strok

3) Kerosakan Mata --> Katarak atau Macular Degeneration

4) Kerosakan Sendi --> Arthritis

Sesetengah saintis penyelidikan berpendapat, secara genetik bahagian tertentu badan kita lebih cenderung terdedah kepada oksidatif stress...ini menjelaskan mengapa faktor keturunan adalah salah satu penyebab kepada penyakit degeneratif...

Berbalik kepada persoalan di atas, bagaimana pula antioksidan bertindak? Antioksidan umpama penutup 'fireplace' itu....ia mengelakkan percikan api tersebut keluar daripada merosakan permaidani yang berharga itu!

Faktor Yang Meningkatkan Radikel Bebas

Sebelum ni sha ada menulis tentang suplemen yang sangat baik dalam bertindak menurunkan kadar oksdatif stress. Hari ini sha akan menulis dengan lebih terperinci lagi.

Untuk pengetahuan anda, proses normal badan, contohnya metabolisme makanan akan menghasilkan radikel bebas; iaitu molekul yang sangat tidak stabil. Sifat semulajadi badan, ia akan bantu untuk meneutralkan radikel bebas ini dengan cepat. Oksidatif stress berlaku apabila badan tidak mampu untuk meneutralkan radikel bebas yang terhasil; boleh disebabkan oleh antioksidan dalam badan yang rendah atau disebabkan radikel bebas yang terlalu banyak terhasil.

Berikut adalah faktor yang meningkatkan penghasilan radikel bebas dalam badan:

1) Senaman yang berlebihan
● Senaman yang melampau atau ekstrem menyebabkan penghasilan radikel bebas yang sangat cepat & lama kelamaan antioksidan di dalam badan tidak mencukupi. Senaman ekstrem hanya disyorkan pada mereka yang mengambil antioksidan dalam dos yang tinggi

2) Stress @ Tekanan
● Sekiranya kita mempunyai tahap stress yang tinggi, radikel bebas akan meningkat dengan cepat. Ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit yang disebabkan oksidatif stress seperti serangan jantung dan sebagainya

3) Pencemaran Udara, Makanan dan Air.
● Zaman sekarang ni, kadar pencemaran semakin meningkat di mana-mana. Bahan kimia pula telah banyak digunakan bagi tujuan komersial. Toksin dari 2 punca ini mula terkumpul di dalam badan terutama di dalam lemak menyebabkan meningkatnya radikel bebas.

4) Asap rokok
● Asap rokok merupakan salah satu penyebab tertinggi   oksidatif stress. Banyak kajian klinikal menunjukkan dasyatnya penghasilan radikel bebas dari asap rokok. Mereka yang menghidu juga mendapat kesan yang hampir sama

5) Sinaran Matahari
● Pancarannya meningkatkan radikel bebas pada kulit. 'Sunblock' hanya mengelakkan kulit menjadi gelap tetapi risiko kanser kulit boleh meningkat. Pastikan 'sunblock' yang digunakan mempunyai perlindungan UVA dan UVB

6) Ubatan & Radiasi
● Ubatan sintetik menggunakan bahan kimia yang perlu disingkirkan oleh badan. Namun,semasa proses penyingkiran berlaku, badan akan menghasilkan banyak radikel bebas. Rawatan radiasi seperti kemoterapi pula bukan sahaja meningkatkan radikel bebas dalam badan, malah berbahaya untuk sel tubuh yang sihat.

7) Makanan Berlemak atau Mempunyai Nilai Glisemik Yang Tinggi
● Kedua makanan ini menyebabkan kerosakkan pada saluran darah dan menyebabkan inflamasi serta pengecutan arteri.

Mengurangkan risiko hanyalah langkah permulaan kerana agak mustahil untuk mengelakkan keadaan yang disebut di atas sepenuhnya. Maka, kita mestilah mempersiapkan diri dalam perang oksidatif stress ini dengan mengambil antioksidan dan nutrien sokongan, bagi mengurangkan risiko penyakit degeneratif kronik.

Antioksidan Yang Membantu Mengurangkan Oksidatif Stress

Bulan Jun datang lagi... Bagi sha sekeluarga, bulan 6 ini banyak memori dan kenangan yang mendatang... tak dilupakan, bulan Ramadhan yang hampir tiba (17 hari sahaja lagi)....😊😊😊....

Ok....hari ini, sha nak bercerita tentang promosi yang berlangsung iaitu Vitamin E dan Vitamin C....orang kata, KALAU TAK KENAL, MAKA TAK CINTA....disini sha fokuskan kelebihan kedua vitamin ini dalam MENGURANGKAN OKSIDATIF STRESS...


KELEBIHAN VITAMIN E :
1) Vitamin E memberikan perlindungan terbaik bagi menentang serangan jantung dan strok kerana ia membantu mengelakkan modifikasi atau pengoksidaan LDL

2) Vitamin E meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal diabetik

3) Kajian menunjukkan, penurunan paras Vitamin E meningkatkan kanser tertentu seperti kanser usus

4) Vitamin E mempunyai kesan yang sama seperti aspirin yang digunakan untuk mengurangkan serangan jantung. Ia mengelakkan pengumpulan (aggregation) platlet

5) Vitamin E meningkatkan sistem keimunan terutama di kalangan mereka yang sudah berumur

6) Sifat anti-oksidan Vitamin E menyebabkan ia merupakan nutrien yang sangat penting dalam menentang penyakit-penyakit degeneratif seperti diabetik


 KELEBIHAN VITAMIN C :
1) Vitamin C meningkatkan fungsi peparu bagi pesakit asma, empisema dan cystic fibrosis

2) Vitamin C merupakan anti-oksidan yang penting dalam mengelakkan pengoksidaan LDL di dalam sel plasma. Ia juga membantu dalam regenerasi Vitamin E. Banyak kajian menunjukkan, individu yang mengambil paras vitamin C yang tinggi, mampu menurunkan penyakit koronori arteri

3) Vitamin C membantu neningkatkan HDL

4) Vitamin C bantu menurunkan tekanan darah

5) Terdapat penurunan yang signifikan dalam risiko bagi sesetengah kanser seperti kanser perparu, usus, serviks dan pankreas

6) Vitamin C membantu menurunkan insiden katarak dan degenerasi makular

7) Vitamin C meningkatkan sistem keimunan

8) Paras Vitamin C yang tinggi mampu membantu mengelakkan strok

9) Paras Vitamin C yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko diabetik sehingga 62%

Sendi Sihat, Pergerakan Lancar (PART 1)

Bahagian yang sering terlibat (sakit atau patah)

SET SENDI SHAKLEE
-----------------------------------
1) VIVIX
● antara punca kesakitan sendi adalah disebabkan faktor penuaan dan penggunaan yang kerap (seperti sering berjalan/berdiri @ bersukan)
● produk ini membantu di peringkat sel iaitu jasad asas tubuh badan kita terutama pada mitokondria iaitu kilang tenaga di dalam badan
●kilang tenaga ini lah yang bertanggungjawab dalam membaik pulih sel & membentuk tisu-tisu sendi
● selain itu, efek antioksidan yang sangat baik membuatkan ia bagus untuk menyingkirkan toksin dalam badan.
● toksin yang terlalu banyak boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti atritis, rheumatik, sakit jantung, strok, kencing manis dan sebagainya
● produk ini sangat baik untuk KESELURUHAN kesihatan badan

2) OMEGAGUARD
● asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Hanya didapati dari permakanan @ suplemen
● bertindak seperti peincir pada sendi jadi sendi kurang berbunyi sewaktu kita duduk atau bergerak
● mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan
● membantu mengurangkan rasa sakit & bengkak pd sekitar sendi dan mengurangkan rheumatik

3) OSTEMATRIX
● bertindak pada tulang di mana dia bantu tulang yang kuat & kurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh
● memberikan efek relax pada otot-otot kita. seharian bekerja pasti akan rasa tegang. jadi ia kurangkan ketegangan
● ia juga bantu mengurangkan rasa kebas dan kekejangan serta baik untuk sakit kepala

4) AJHT
  ● mengandungi asid Boswella yang merupakan komponen aktif utama, yang bertindak sebagai agen anti radang semulajadi.
  ● Ia menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan & memberikan keselesaan pada sendi
  ● telah digunakan dalam perubatan Ayuverdic (>5000 tahun) untuk merawat Osteoathritis & Rheumatoid Athritis
  ● Ekstrak Jagung yang mengandungi glukosamina; merupakan komponen utama dalam pembentukan tulang rawan & cecair sinovial
  ● cecair ini bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan & bertindak sebagai kusyen @ pelapik, bagi menyerap hentakan & melindungi sendi disekeliling tulang

5) ALFALFA COMPLEX
  ● Gout merupakan salah satu penyakit sendi
  ● Ia berlaku apabila asid urik terlampau tinggi di dalam badan
  ● Ini menyebabkan pembentukan kristal di bahagian tertentu badan (selalunya di ibu jari kaki)
  ● Alfalfa membantu dalam meneutralkan asid urik dan menghalang pembentukan kristal
  ● Selain itu ia membantu mengurangkan keasidan badan (badan yang berasid tidak baik untuk sistem badan; antaranya sistem tulang kerangka & sendi)
  ● Ia juga kaya dengan vitamin & mineral yang membantu dalam kesihatan sendi


Konsultan Shaklee Anda

PERSONAL DETAIL :

Nama : Norhaisah Amir @ Shasha
No Ahli : ID 1043702
Alamat : Taman Johor Jaya, Johor Bahru
No Tel : 016-7151674 / 019-7145288
Email : reddm02@gmail.com
fb : Haisa Shasha
fb page : TYA's Health Store
Kawasan COD : Taman Johor Jaya, Plentong, Kempas,  Damansara Aliff & Tampoi
Khidmat Pos : Semenanjung Malaysia (Rm 10) / Sabah & Sarawak (RM 20)

KETERANGAN LANJUT :

● Shasha, ibu kepada 3 orang anak merupakan WAHM sejak November 2012
● Mempunyai Ijazah Sains Bioperubatan dari UKM
● Mempunyai 4 tahun pengalaman dalam bidang nutraseutikal (makanan kesihatan)
● Menjalankan perniagaan Shaklee sejak September 2013 sehingga sekarang
● Mempunyai kelebihan dalam memahami masalah kesihatan dan penyelesaiannya
● Pakar dalam kesihatan sendi, kesihatan jantung & peredaran darah serta kulit cantik




5 Sebab Kenapa Wanita Perlukan Omega-3

Terjumpa artikel yang menarik minat saya malam ni...benda baik tak bagus simpan seorang...nak juga berkongsi sama....😊...

Kenapa wanita memerlukan Omega-3?

1) Mengurangkan kesakitan akibat menstruasi :

Setiap bulan kaum wanita mengalami senggugut. Ia disebabkan oleh kontraksi pada dinding uterus akibat tindakan prostaglandin. Prostaglandin ini boleh menyebabkan rasa sakit dan inflamasi. Kajian mendapati, omega 3 merupakan agen anti-inflamasi yang baik. Maka, ia membantu meredakan kesakitan.
Selain itu, ia membantu mengurangkan masalah ketidak seimbangan hormon dan stabilkan emosi.


2) Mengurangkan risiko kanser kolon :

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang makan ikan 3 kali seminggu mengurangkan sehingga 33% dari pembentukan polyps atau perkembangan abnormal tisu kolon. Polyps ini berisiko untuk bertukar menjadi malignant. Tahap risiko meningkat seiring usia dan cenderung untuk menjadi kanser kolon. Namun, berbeza dengan kaum lelaki dimana omega 3 tiada kesan untuk menghalang kanser kolon!


3) Mengurangkan risiko osteoporosis :

Osteoporosis adalah keadaan di mana kepadatan tulang berkurang. Wanita lebih cenderung terkena osteoporosis berbanding lelaki. Faktor risiko ini meningkat akibat faktor genetik. Penurunan hormon estrogen akibat menopause juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Beberapa kajian awal mendapati omega-3 membantu meningkatkan kadar kalsium, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang.


 4) Mengurangkan risiko kanser payudara :

Menurut kajian ke atas 35,000 post-menopause wanita Amerika  (tiada sejarah kanser payudara), yang makan suplemen minyak ikan, mampu mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 32%. Namun, kajian tersebut adalah kajian awal dan cara tindak omega-3 dalam mengelakkan kanser payudara masih dalam kajian.


 5) Meninggalkan kesan mood ceria :

Omega-3 juga dapat membantu dalam masalah kemurungan. Salah satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry; suplemen Omega-3 didapati efektif dalam melawan masalah kemurungan major (tetapi tidak pada masalah anxiety). Kajian mendapati kandungan EPA dalam Omega-3 bantu stabilkan mood dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Pavia, Italy juga mendapati hubung kait omega-3 dan wanita yang sudah berumur; kesan yang sama seperti di atas dapat diperhatikan.

Menurunkan Kolesterol, Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

PHYTOCOL DAN OMEGAGUARD

Secara am, Phytocol bertindak sebagai pencegah, manakala Omegaguard membantu kadar penurunan kolesterol (sila rujuk gambarajah 1). Bagaimana ia bertindak?

PHYTOCOLmengandungi fitosterol yang mempunyai bentuk yang sama seperti kolesterol...bezanya, fitosterol berasas tumbuhan, manakala kolesterol kebanyakkannya dari sumber haiwan...keduanya akan berebut nak melekat pada tapak reseptor pada dinding usus..bila fitosterol masuk dalam hati, ia tak akan ditukarkan atau disimpan...ia disingkirkan keluar dari tubuh...dengan cara ni, LDL tak dihasilkan, mengurangkan risiko endapan plak & mengelakkan sakit jantung....kajian mendapati, pengambilan sebanyak 2000mg fitosterol mampu menurunkan 10-15% kolesterol dalam badan & menurunkan sehingga 80% risiko sakit jantung!...

OMEGAGUARD pula bertindak meningkatkan kadar HDL (lemak baik)... HDL penting dalam mengangkut & menyingkirkan LDL dalam badan...maka, ia mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan...ia juga membantu mengekalkan paras trigliserida pada tahap normal dan mengelakkan pembekuan darah (thrombosis).... selain itu, ia membantu menukarkan lemak kepada bentuk tenaga (mempercepatkan proses penyingkiran lemak tubuh)....

Gambarajah 1
PROMOSI MAY 2015


A) BELI 2 BOTOL, DISKAUN 5%

     i) Phytocol = (RM 197 × 2 botol) - 5% OFF

        = JIMAT ----> RM 19.70


     ii) Omegaguard = (RM 136 × 2 botol) - 5% OFF

        = JIMAT ----> RM 13.60


B) BELI 6 BOTOL (melebihi 200 uv), DAPAT 7 BOTOL & KEAHLIAN PERCUMA (klik disini)

     i) Phytocol (harga 7 botol + yuran keahlian) = RM 1449.00

        NOW!!! HANYA RM 1008.00!...PLUS bonus RM 72 !!
     
        = JIMAT ---> RM 513!!!

     ii) Omegaguard (harga 7 botol + yuran keahlian) = RM 1022.00

        NOW!!! HANYA RM 696.00!...PLUS bonus RM 32 !!

        = JIMAT ---> RM 358!!!


Hubungi Sekarang :

Shasha 016-7151674 / 016-7145288



Set Kesuburan (PART 2)

Siang tadi, sha ada berkongsi tentang sistem reproduktif & masalah kesihatan yang terlibat.... Artikel ini pula adalah berkaitan dengan suplemen kesihatan yang SHAKLEE  cadangkan..
SET KESUBURAN LELAKI : Vit E, Zinc & CoQ

1) VITA E COMPLEX
● mengandungi 400IU vitamin E yang diekstrak dari minyak soya organik & minyak biji gandum
● berfungsi dalam mempertingkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan pengiraan sperma, meningkatkan motiliti (pergerakan) & morfologi (bentuk/rupa) sperma
● ia juga meningkatkan kualiti air mani, meningkatkan fungsi seksual & meningkatkan penyaluran oksigen pada alat sulit lelaki (tegang lebih lama)
● anti-oksidan yang sangat kuat untuk mengelakkan kanser prostat
● selain itu, isteri juga boleh ambil untuk menguatkan rahim & mengelakkan keguguran

2) ZINC COMPLEX
 ● Zink adalah khazanah lelaki & terkandung dalam prostat; 10 kali ganda berbanding organ lain.
● ia melindungi kesihatan prostat & mengurangkan pembengkakan prostat
 ● ia bantu dalam memperbaiki kemampuan seks lelaki, meningkatkan kiraan sperma & keupayaan seks yang bertenaga
● Kekurangannya boleh mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, tidak  subur, perkembangan yang kecil@pincang pada testikal, kiraan sperma yang kurang, kemerosotan fungsi seksual & rambut gugur

3) COQ HEALTH PLUS
 ● Tenaga dalam badan diperolehi adalah atas bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10) yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan & wujud pada seluruh tubuh. 
● Tetapi, keperluan untuk nutrien ini telah meningkat akibat daripada permakanan yang tidak seimbang, faktor usia, pengambilan ubat-ubatan tertentu & pendedahan harian kepada bahan-bahan radikel bebas.
● Kekurangan CoQ10 menyebabkan sel-sel badan tidak mampu menghasilkan tenaga & organ-organ tidak berfungsi dengan betul.
● CoQ10 berfungsi meningkatkan peredaran darah & mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan 
● Ia penting untuk meningkatkan tenaga, menambahkan stamina & mengurangkan kelesuan
● Ia juga meningkatkan kesuburan kerana ia bantu mengurangkan stress oksidatif (yang menyebabkan kerosakan pada sperma), meningkatkan kiraan sperma pergerakan sperma & kualiti sperma.

SET KESUBURAN WANITA : GLA, ESP & Alfalfa

1) GLA COMPLEX
 ● GLA merupakan sumber terbaik Omega-6
● kebanyakan produk di pasaran menghasilkan GLA daripada Evening Primrose Oil (EPO)
● tetapi Shaklee mengekstrak GLA dari Borage kerana ia mengandungi kandungan GLA, 2 kali ganda dari EPO. 
● Bioavailabiliti GLA Complex telah dibuktikan secara klinikal, di mana ia mampu menyerap & sebati ke dalam sel & tisu 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO
● ia bantu melegakan kelesuan, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina
● ia memperbaiki simptom PMS (seperti senggugut, mood swing, retensi air & sakit payudara) 
● menghalang pertumbuhan sel tumor & kanser
● mengurangkan rambut kering & gugur

2) ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
● Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser serta menghalang ia daripada merebak.
● Ia memusnahkan  radikel bebas di dalam badan
● Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus & pembesaran prostat.
● Kacang soya juga mengandungi isoflavone yang mempunyai fungsi sama seperti hormon wanita
● Ia bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis & sakit jantung.
● ESP juga bantu meningkatkan kualiti memori, kesuburan & seksual

3) ALFALFA COMPLEX
● telah digunakan manusia sejak lebih dari 2500 tahun
● dikenali sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi & zat galian
● kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 10 vitamin, 15 mineral, 8 enzim & fitokimia yg lain
● Ia juga dikenali sebagai kacip fatimah bagi sesetengah wanita
● ia bantu mencuci hati, darah & usus kerana ia makanan yang beralkali yg boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid
● menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah & mencantikkan kulit & otot
● ia dapat mengurangkan keletihan yang merupakan salah satu penyebab kurangnya kemahuan untuk bersama suami

TESTIMONI ( selepas ambil GLA & ESP)

PILIHAN SUPLEMEN

1) Set Optimum (6 produk) : 
Vita E + Zinc + CoQ & GLA + ESP + Alfalfa

2) Set Normal (4 produk) :
 Vita E + Zinc & GLA + ESP 

3) Set Bajet (2 produk):
Vita E & GLA

Shasha 019-7145288 / 016-7151674


Set Kesuburan (PART 1)

Pagi ni sha hantar message WA kat customer tentang set kesuburan.. tergerak hati nak berkongsi dalam ni juga....sebelum kita tengok produk yang disarankan, kita kena tahu dulu apa itu sistem peranakan (reproductive system) dan masalah yang berkaitan dengan tidak subur....

SISTEM REPRODUKTIF LELAKI :

Sperma dihasilkan di dalam TESTIS & disimpan di dalam EPIDIDYMIS. Semen @ minyak pelincir pula dihasilkan oleh PROSTATE  GLAND & disimpan di SEMINAL VESICLE. Sewaktu ejakulasi, sperma dibawa melalui DUCTUS DEFERENS dan disalurkan ke PENIS.


SISTEM REPRODUKTIF WANITA :
Ovum @ telur dihasilkan di dalam OVARY. Ketika waktu subur, ia dilepaskan dan masuk ke FALLOPIAN TUBE. Sekiranya dalam masa 2 hari, tiada persenyawaan berlaku, telur akan luruh bersama dinding uterus (ENDOMETRIUM) & dikenali sebagai waktu haid. Sekiranya proses persenyawaan berjaya, ovum + sperma (zigot) ini akan turun & melekat pada dinding UTERUS. Bayi akan membesar selama 38 hingga 42 minggu.


MASALAH KESIHATAN (LELAKI) :

■ testis yang tidak turun ke scrotum (biasanya berlaku ketika masih dalam kandungan ibu)

■ masalah kesihatan seperti diabetik

■ jangkitan kuman pada bahagian testis

■ salur darah mengembang, menyebabkan haba berlebihan disalurkan & boleh memberi kesan pada bilangan & bentuk sperma

■ kegagalan dalam penghantaran sperma dari kilang ke penis; contoh disebabkan oleh premature ejaculation

■ air mani memasuki pundi kencing , bukan penis sewaktu orgasm

■ penyakit genetik seperti sistic fibrosis, saluran epididimis tersumbat @ kerosakkan pada organ reproduktif

■ terdedah kepada sesetengah bahan kimia @ toksin seperti pestisida, radiasi, asap rokok, alkohol, dadah atau sreroid

■ terdedah kepada haba yang kerap seperti sauna menyebabkan penghasilan sperma terganggu

■ rawatan kanser seperti kemoterapi @ radiasi


 MASALAH KESIHATAN WANITA :

■ masalah ovulasi, ovum @ telur tidak dilepaskan akibat masalah hormon seperti polisistic ovary syndrome (PCOS) - keadaan dimana ovari menghasilkan terlalu banyak testosterone (hormon lelaki) & prolaktin

■ pre-menopause dimana ovum telah berhenti dihasilkan sebelum umur 40 tahun (biasanya disebabkan penyakit sisyem imun, rawatan beradiasi @ kemoterapi & merokok)

■ tumor yang menyebabkan salur fallopio tersumbat (jarang berlaku)

■ kerosakkan tiub fallopio akibat sexual transmitted infection, endometrosis (tisu endometrial yang tumbuh di luar uterus) @ adhesion (usus & sistem peranakan yang melekat)

■ bentuk @ ruang uterus yang tidak normal

■ fibroid yang boleh menghalang perlekatan telur yang telah disenyawakan

■ masalah pada pembukaan servik @ cecair pada servik

■ senaman yang berlebihan

■ masalah dalam habit permakanan

■ cedera @ trauma

■ selain itu masalah tiroid (hypo @ hyper) juga boleh mengganggu kitar menstruasi