Tekanan/Stress didefinasikan sebagai reaksi tidak spesifik yang berlaku ke atas seseorang disebabkan oleh satu bebanan yang menimpa ke atasnya.Bebanan tersebut boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti ancaman, cabaran atau apa saja perubahan yang berlaku dalam hidupnya sekaligus memerlukan sedikit pengubahsuaian (Dr Hans Selye).
Walau bagaimanapun, bukan semua tekanan memberi impak negatif. Ada juga tekanan perasaan yang baik. Tekanan yang positif boleh menjadikan diri lebih berhati-hati, teransang, kreatif selain lebih fokus terhadap apa yang dilakukan.
Ketika tertekan, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon ransangan yang dikenali sebagai adrenalin ke dalam salur darah. Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, pertambahan gula, kolesterol & lemak di dalam darah, kadar penafasan menjadi lebih laju & sebagainya.
Tanda-tanda pada tubuh sekiranya stress menyerang
1) FIZIKAL
Tubuh yang keletihan, pening kepala, sukar tidur, sakit-sakit badan terutamanya di sekitar kawasan bahu & belakang, jantung berdegup kencang,sakit dada, loya, badan ketar, tangan menjadi sejuk & berpeluh
2) MENTAL
Mudah hilang tumpuan, sering lupa,susah membuat keputusan, gagal berfikir dengan baik, pemikiran bercelaru serta kurang humor
3) EMOSI
Mudah risau, bimbang, sugul, dan marah-marah, cepat rasa kecewa & putus asa, takut, sensitif, hilang sabar serta panas baran.
4) SIKAP
Sering keluh-kesah, mencipta tabiat baru seperti meggoyang-goyangkan kaki, cenderung makan berlebihan, merokok, mengambil minuman beralkohol, menjerit, memaki hamun, gemar mengungkit& menunding kesalahan pada orang lain serta bertindak agresif
Antara penyakit yang disebabkan oleh tekanan
1) SAKIT JANTUNG & ANGIN AHMAR
Stress mengakibatkan pertambahan asid lemak di dalam darah, di mana bahan-bahan ini kemudiannya akan ditukar menjadi lemak asli & kolesterol sekaligus menutupi salurun pembuluh darah. Pada masa yang sama, ia turut memudahkan proses pembekuan darah. Kronologi yang berlaku secara tidak langsung menjadi punca kepada serangan jantung & strok
2) INSOMNIA
Individu yang tertekan cenderung berhadapan masalah sukar tidur. Di amerika Syarikat, jumlah pesakit yang diserang penyakit ini adalah seramai 36-62 juta orang.
3) DIABETES
Murung & sering tertekan boleh meningkatkan tahap gula dalam darah sekaligus menjurus kepada penyakit kencing manis.
4) GASTRIK
Tekanan juga boleh menyebabkan penyakit di bahagian sistem penghadaman seperti gastrik & ulser lantaran pengeluaran asid ketika itu. Lebih membahayakan apabila tekanan yang dialami menyebabkan masalah kemurungan yang terlampau, menjurus kepada masalah jenayah selain menyakitkan diri sendiri
* Artikel dipetik dari Majalah Mingguan Wanita
*****************************************************
Prevention Is Better Than Cure
******************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan