Hari ni, sha nak berkongsi pasal kaitan tentang rokok & kesihatan...sekarang ni dah banyak program kesedaran tentang bahaya rokok...harga rokok dah melambung naik...kat mana2 kita pergi, kebanyakkannya letak sign 'No Smoking'...tapi, kes kematian disebabkan rokok terus meningkat...kenapa ekh?...sha pernah dengar seorang perokok tegar cakap "biar tak makan, asalkan ada rokok"...boleh macam tu?...(kenyang kot bila hisap rokok)..
Ada apa pada rokok?
Sebatang rokok memgandungi 4000 bahan kimia termasuk 43 bahan berbahaya penyebab kepada kanser... Manakala perokok pasif (iaitu orang sekeliling yang menghidu asap rokok) dapat kesannya 20-30% lebih tinggi!!!!. Antara isi kandungan rokok & asapnya :
1) Nicotine...bahan ni la penyebab kepada ketagihan rokok...50 % perokok mengakui bahawa mereka berharap agar tak mula hisap rokok...bila dah start, memang susahla nak stop...ok...apa nicotine ni buat ialah, ia akan mengecutkan (constrict) salur darah termasuk salur darah yang halus contohnya kat bahagian kulit & penis (alat sulit lelaki)...
a) kesan pada kulit : bila salur darah mengecut, kurangla oksigen & nutrien yang sampai...ini menyebabkan kulit kering, kasar & terbentuk kedutan pada bahagian mulut yang dikenali sebagai 'smoker's face'...
b) kesan pada penis : kurang oksigen- sperma kurang dihasilkan @ abnormal menyebabkan kemandulan... di samping tu, bila oksigen kurang, mesti ada masalah ejakulasi...
2) Cadmium ..biasanya digunakan dalam pembuatan dakwat, dye & bateri... cadmium ni menggantikan zinc...jadi, pada orang yang kurang kandungan zinc, berisiko tinggi mengalami keracunan cadmium..antara simptom keracunan cadmium ialah sakit kepala, sakit2 otot, mual, muntah2 & cirit birit...bagi ibu yang menyusu, cadmium menurunkan paras kalsium pada susu ibu..penurunan kalsium menyebabkan penurunan kadar pertumbuhan bayi...antara kesan cadmium yang tinggi ialah darah tinggi, kekuningan padagigi, rambut gugur & kulit bersisik...jangka masa lama pulak, boleh menyebabkan kerosakkan pada hati & buah pinggang.....oh ya...fakta tentang cadmiun, ia sukar untuk disingkirkan...separuh dari jangka hayat cadmium hanya hilang selepas 1 hingga 4 dekad umur kita!!!
3) carbon monoksida....ia akan terikat pada sel darah merah, menganggu peredaran oksigen ke seluruh tubuh.....di samping tu, ia menggalakkan pengumpulan lemak pada salutan darah yang menyebabkan penyakit jantung & strok...
4)hidrogen sianida...ia menyebabkan keradangan pada lapisan perparu...jangka masa panjang, bahagian tersebut rosak...menurunkan fungsi perparu & akhirnya memyebabkan olsigen tidak sampai ke otak...
5) nitrogen dioksida... menyebabkan proses oksidasi vitamin2 antioksidan..(bahan yang bertanggungjawab melindungi sel)..selain itu, ia juga boleh merosakkan DNA iaitu kod genetik manusia...
Antara kesan rokok & asap :
1) bahan2 toksik ini merosakkan hormon... ini menjejaskan metabolik badan, merosakkan rupa paras & kulit, pigmentasi & keguguran rambut, mudah lupa, stress & tekanan & kurang keyakinan diri...
2) kandungan radikel bebas yang tinggi menyebabkan oksidasi lipid & protein, meningkatkan LDL (lemak jahat) & menurunkan HDL (lemak baik) & meningkatkan risiko penggumpalan darah (blood clotting)...punca2 di atas boleh meningkatkan risiko penyakit jantung & strok
3) bagi wanita, rokok juga boleh menyebabkan menopause awal, jadi meningkatkan risiko osteoporosis, kanser servik & uterus, kurang subur, kesukaran untuk hamil, keguguran dan bayi pramatang
4) untuk bayi & kanak pula kebanyakkan menghadapi masalh pernafasan seperti serangan asma yang kerap, batuk, bersin, sukar bernafas, jangkitan pernafasan...selain itu, meningkatkan risiko kematian tiba2 (Infant Sudden Death)...
Tidak ada tahap bebas risiko jika terdedah pada asap rokok...kalau disenaraikan pro & kontra, rasa-rasanya takde pun kebaikkan merokok...tapi, yang tak baik itulah yang disukai..Sayangilah nyawa anda & orang di sekeliling anda...
*******************************
Prevention Is Better Than Cure
*******************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan