MENU

Atasi Perubahan Wajah

Macam tak percaya umur dah nak masuk 30 tahun... rasanya baru semalam habis belajar...haha...ok...hari ni sha nak kongsikan langkah2 untuk tangani masalah perubahan pada wajah....biasa lah....bila dah cecah umur 30 ke atas, macam2 penyakit yang timbul...kalau utk wanita, kecantikkan kulit tu umpama menjaga emas...berharga!!..
antara masalah yang sering timbul ialah,  kulit tegang dah jadi kendur, bintik2 hitam penuh kat muka & kedutan kat tepi mata, dahi & tepi bibir... Pada yang suka ambil lewa bab2 jaga kesihatan sebelum ni, berubahlah jadi orang yang ambil kisah...sebab perubahan2 ni memang tak boleh nak elak...

Pertama, bersihkan wajah selepas beraktiviti luar atau lepas pakai mekap... penat macam mana sekalipun,  bersihkan dulu muka tu sebelum tidur...(yang ni sha selalu buat...hahaha...tapi, dulu punya cerita...waktu masih bekerja...).. Pilih pembersih yang sesuai dgn kulit kita... produk yang ada AHA ( Alpha Hydroxy Acids) bagus utk proses eksfoliasi @ penyingkiran sel2 kulit mati...

Kedua,gunakan pelembap...sebabnya, pelembap ni membantu untuk mengawal kadar air pada lapisan epidermis...jadi, bila banyak air, kulit lebih lembap...kedutan pun berkurang... kalau boleh, usahakan untuk guna pelembap yang ada SPF 15/20 dengan pelindung UV... tambahan lain, guna produk yang ada antioksidan seperti Vitamin C utk mengelakkan sel2 kulit diserang oleh radikel bebas yang jahat...

Ketiga, gunakan masker sekali sekala...contohnya, seminggu 2 kali ke, atau sebulan 2 kali...masker bagus untuk menyegar & membaiki kulit, menegangkan kulit, lancarkan peredaran darah & ransang pertumbuhan sel2 kulit...(sha suka tepek masker buatan sendiri...hehe...ESP + kolagen + Vitamin E + Vitamin C)

Keempat, elakkan bertukar produk..(eksperimen kononnya)...pilih sejenis produk yang sesuai dgn kulit lepas tu gunakan secara konsisten...sebabnya, bila kita
asyik bertukar produk, ia boleh mempercepatkan proses penuaan...selain tu, boleh rosakkan kulit kalau2 produk tu tak sesuai dengan kita...

Tip kelima, kasi la kulit muka kita rehat & bernafas...kalau tak ada urusan penting waktu kerja (contoh; jumpa client ke), takyah la pakai mekap tebal2...pakai gincu atau pelembap bibir je pun dah cukup ayu...sekali sekala tunjukkan kecantikkan semulajadi..apa salahnya ...

Tips terakhir, jaga permakanan...makanan segera memang mengenyangkan tapi zat die sikit sangat...kadang2 takde..mulai sekarang, amalkan permakanan sihat & seimbang..pengambilan suplemen pun baik untuk tubuh & kulit dan ia boleh diamalkan selama mana yang anda perlukan...antara suplemen yang baik untuk kulit ialah vitamib A, B,C, E , Kolagen, ESP & Vivix... Jangan lupa untuk minum air putih sebab ia membantu untuk menyingkirkan toksin secara semulajadi & penting dalam menghidratkan tubuh...

***************************************
Prevention Is Better Than Cure
***************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan