semuanya masih sihat & bertenaga... dan semoga ia kekal sehingga ke penghujung Ramadhan...
Itu ayat2 mukadimah...hehe...ok...hari ni sha nak bercerita sikit pasal GOUT... sha pilih tajuk ni sbb 2 daripada ahli keluarga sha memang positif kena gout...jadi penyakit ni boleh kata dah jadi common...semua orang berisiko...tak kira usia...
Gout berlaku bila kepekatan asid urik meningkat dalam darah, tisu sel & air kencing....asid urik ni pulak terbentuk daripada penguraian purin (salah satu jenis protein) yang didapati dari permakanan...antara makanan yang tinggi kandungan purin ialah bijiran, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, teh, kopi, kerangan (seperti kerang,kepah dll), cendawan & banyak lagi...jadi, kalau korang dah start alami tanda2 nak kena gout, cuba kurangkan makanan kat atas..ok?!..
Gout ni adalah kategori penyakit atritis atau sakit sendi...kenapa?..sebab asid urik ni kerap terkumpul kat sendi, antaranya ibu jari kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jejari....asid urik ni boleh menjadi kristal (berbentuk jarum)...bila tak dikawal, ia akan mencucuk sendi2 kita...tu yang buat kita sakit sangat2...pembentukan kristal ni pulak berlaku dalam cuaca yang ekstrim sejuk...sebab tu kebanyakkan penderita lebih menderita waktu pagi atau pada waktu hujan...oh ya!! apa tanda2 yang menunjukkan kemungkinan kita ada masalah gout :
1) rasa amat sakit yang tiba2 pada bahagian2 yg sha sebut tadi
2) kawasan tersebut juga mengalami bengkak, kemerah-merahan, panas & sangat sensitif pada sentuhan
macam mana kita boleh kena gout?...sebenarnya asid urik ada fungsi yang tersendiri...tetapi, keadaan menjadi memburuk apabila kepekatan asid urik ni terlampau tinggi.. antara penyebab meningkatnya asid urik ni ialah ketiadaan enzim uricase..enzim ni berfungsi untuk melarutkan asid urik bagi memudahkan ia disingkir keluar... enzim boleh berkurang bila terlampau banyak asid urik (enzim menjadi tepu)...Penyebab kedua ialah berpunca dari permakanan yang tinggi protein & diet yang tak seimbang.. Selain tu, peningkatan asid urik ada kaitan dengan fungsi ginjal yang menurun atau kurang efektif..
Siapa yang berisiko utk kena gout?...90% pesakit gout adalah terdiri daripada lelaki....wanita puka berisiko tinggi bila sudah mencapai menopause atau hormon estrigen menurun...kemudian, mereka yang banyak minum minuman keras juga berisiko tinggi...orang yang mempunyai masalah obesiti juga sangat2 berisiko ( ada kaitan dengan permakanan & diet yang tak seimbang)...ada juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gout ;tekanan darah tinggi yg tak dikawal, diabetes, kolesterol tinggi & arteriosklerosis... ada kajian yang mendapati, 1 daripada 4 pesakit datang daripada keluarga yang mempunyai masalah gout...(kenyataan ini menimbulkan rasa risau pulak...huhu)... faktor keenam ialah faktor usia..biasanya gout menyerang mereka yang berumur 30 hingga 50 tahun...
Antara suplemen yang dicadangkan untuk masalah gout ialah :
a) Asid Lemak Perlu (EPA) - diperlukan untuk baik pulih tisu
b) B Complex - perlu untuk peghadaman protein yang normal
c) Vit C - membantu menurunkan asid urik dalamdarah
d) alfalfa - mempunyai protein lengkap & mineral yang penting untuk menurunkan asid urik di dalam serum
*************************************
Prevention Is Better Than Cure
Tiada ulasan:
Catat Ulasan