MENU

Vitamin Untuk Kulit

Salam....hari ni sha nak cerita pasal vitamin untuk kulit... banyak sebenarnya, tapi ia bergantung pada masalah kulit yang dihadapi...blog ni sha cerita secara am sahaja...
kulit merupakan organ terbesar tubuh...ia membantu untuk melindungi struktur dalaman & membantu dalam penyingkiran toksin melalui peluh...kalau ikutkan, pembuangan toksin dilakukan oleh hati & buah pinggang kita...tapi, dalam sesetengah kes, toksin dah banyak sangat dalam badan...badan tak ada pilihan lain, terpaksa la singkirkan melalui kulit...bila ini berlaku, itu yang menyebabkan masalah kulit seperti jerawat & sebagainya...

Berikut adalah suplemen untuk kesihatan kulit :
1) Alfalfa Complex berfungsi untuk menyingkirkan toksin & membantu penghadaman...ada buku yang tulis permulaan kulit yang sihat adalah dengan membersihkan darah dari toksin & membersihkan serta melancarkan pergerakan usus..sebab apa?...toksin ni berbahaya utk sel yang sihat..darah berfungsi bawa nutrien & oksigen keseluruhan tubuh..bila toksin banyak sangat, dengan toksin sekali dibawa masuk ke dalam sel...perut pula tempat penyerapan nutrien...bila sistem penghadaman tak sihat, nutrien pun kurangla...

2) Protein merupakan binaan asas sel...pembentukan kulit yang sihat bergantung pada hormon, enzim, kolagen & sebagainya...manakala protein penting dalam pembentukan sel2 tersebut...jadi, bila sel2 kulit mati, kulit yang baru akan ganti...kalau kurang protein, sel baru tu kurang utuh..umpama tiang dalam binaan...kurang tiang yang diperlukan, robohlah binaan kan?

3) Vitamin A( beta carotene) - terkandung dalam carotomax Shaklee - mengukuhkan dinding sel yg berfungsi melindungi organel @ bahan dalaman seperti mitokondria (kilang tenaga) & kromosom (kod genetik manusia)...beta carotene juga sangat bagus dalam mengawal pembentukan akne & jerawat...kajian juga mendapati beta carotene mmmpu mengurangkan kedutan wajah, kurangkan garis2 halus pada muka dan samarkan tanda2 penuaan (seperti pigmentasi)..(sha baru beli..baru makan 2 biji...tak sabar nak habiskan 1 botol ♥♥)..

4) Vitamin B Complex pula bertindak sebagai koenzim iaitu bahan yang membantu segala enzim dalam badan utk tindakan2 kimia..vitamin yang sangat penting bagi tona kulit yang sihat...kulit kita sering terdedah pada pencemaran kan? ini boleh menyebabkan kulit kita mengalami tekanan...sebab tu kena amik B Complex ni (anti-stress vitamin)...selain tu, dalam B Complex Shaklee ada Biotin yang membantu dalam perkembangan sel & Niacin (B3) yang meningkatkan peredaran darah ke bahagian kulit...(buatkan kulit muka nampak berseri)

5) Vitamin C pula terlibat dalam 300 aktiviti metabolit tubuh termasuklah perkembangan & baikpulih tisu,  meningkatkan fungsi keimunan, diperlukan dalam pembentukan kolagen & melindungi kulit dari sinaran uv matahari.

6) Vitamin E pula meningkatkan baikpulih tisu (termasuk mengurangkan parut) ....ia juga bantu meningkatkan sistem keimunan & melindungi sel dari sinaran uv matahari..
**nota : kita disarankan untuk mengambil suplemen Vit C & Vit E bersama sebab :
a) sifat vit C larut air manakala vit E larut lemak...sel2 badan pula ada yang bersifat air & ada yang dibuat dari lemak...maka, tapak tindakan keduanya adalah berbeza...Vit E bertindak pada membran sel manakala Vit C bertindak dalam cecair biologi...

b) selepas vit E meneutralkan radikel bebas, Vit C akan bantu untuk menjana kembali vit E (revitalize)...ini membolehkan prosea penyingkiran radikel bebas yang berterusan...

7) fungsi zinc complex :
- mengekalkan kepekatan vit E dalam badan & meningkatkan penyerapan vitamin A
- terlibat utk membantu  enzim2 dalam sintesis protein & pembentukan kolagen
- bantu dalam baik pulih tisu & mengelakkan pembentukan parut
- elemen penting dalam mengawal perembesan minyak oleh kelenjar minyak..

Bila customer tanya suplemen apa yang baik untuk kulit...di atas adalah jawapan2 sha....setiap masalah, auplemen nye berbeza...di kesempatan lain sha akan berkongsi beberapa masalah kulit & suplemen2 cadangan...Insya Allah...

*****************************
Prevention Is Better Than Cure
*****************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan