MENU

BAGAIMANA SAYA BOLEH TERJEBAK DENGAN SHAKLEE? (PART 1)


Jujurnya, pada awal saya join adalah untuk mengisi masa lapang ketika berada di kedai....saja kerja part-time....cari duit poket tepi...sha sendiri pun cuba juga ESP & Ostematrix...kita jual, tak kan kita tak try satu @ dua produk kan?...cuba cari pengalaman sendiri....apa perubahan yang sha rasa?....PERTAMA, DAH TAK ADA SEMBELIT....masalah sembelit ni memang dah kena waktu sekolah rendah lagi....waktu pregnant, lagi teruk...ada juga sampai tahap kena BUASIR seminggu...lepas nampak perubahan tu, sha cuba cari tahu lebih lanjut...kenapa 2 produk ni membantu...rupanya sebab ESP ni ada fiber & oste tu bantu proses pergerakan perut kita....

Kesan KEDUA yang sha dapat adalah, GASTRIK JARANG MENYERANG...sha masih ingat, pertama kali sha kena gastrik sewaktu umur 11 tahun...masa tu bulan puasa...perut dah sakit sangat, tetap nak puasa semata-mata nak puasa penuh sebulan...waktu sha pregnant lagi sadis....makanan yang masuk memang tak jadi daging....non-stop muntah....trimester 1 & 3 adalah waktu yang paling teruk.....waktu sha pregnant anak ketiga baru lah sha start makan ESP...Alhamdulillah, sampai sekarang sha memang jarang sangat kena gastrik...bila dicari gali, rupanya ESP ni mempunyai Glisemik Index yang rendah...maksudnya, kandungan gula dalam badan tidak melonjak naik selepas minum ESP...gula yang tinggi boleh menyebabkan perut kita merembes asid perut berlebihan....gabungan dengan oste memberi kesan  lebih baik sebab ia bantu pula meneutralkan asid perut tu....sebab sifat oste yang beralkali....



Kemudian, 2 bulan setengah selepas bersalin...Allah datangkan ujian dengan sakit....tangan sha seperti melepuh (macam ulser)...kena pula tangan kanan, tangan utama...tiap kali basuh pinggan atau mandikan anak..memang sampai menangis...sebab pedih dan sakitnya...Allah sahaja yang tahu...pergi klinik, dapat antibiotik hanyalah untuk matikan jangkitan....tapi luka ulser yang besar tu, terpaksa ambil masa untuk pulih...dari situ, sha start makan set kulit shaklee pula....Vitamin A, B, C, E, Zinc dan ESP...Alhamdulillah luka memang sangat cepat sembuh...tambahan lain, suami cakap KULIT SHA BERSIH, HALUS & GEBU....hehehe..siapa yang tak kembang bila dipuji kan?

....akan bersambung....

PART 2 : MACAM MANA AHLI KELUARGA BOLEH TERJEBAK DENGAN SHAKLEE?

Pendiang Api Dan Permaidani


Cantik kan pemandangan depan 'fireplace' tu? Ikhsan dari pak google....😊... kita kat Malaysia memang tak pakai la alat tu...dah sedia panas..biasanya negara yang bersalji je yang ada tu....(tiba-tiba datang semangat nak rasa makan angin negeri orang...insya allah....amiin)...baiklah...cuba anda bayangkan sedang duduk kat depan 'fireplace' tu sambil hirup air kegemaran anda...tengok lenggokan api dan harumnya bau  kayu...pasti anda akan terdengar bunyi 'pop' - kayu meletup....lepas tu, keluar la percikan api yang kecil-kecil..terus kena kat permaidani di hadapannya...tentulah berlubang kan?...lubang-lubang kecil je, hampir tak terlihat....anda biarkan sahaja...lepas setahun, 2 tahun atau sebagainya, anda akan mula perasan, lubang kecil tu menjadi besar...nampak ketara koyakannya...tembus sampai bahagian bawah dan merosakkan lantai...lantai jadi buruk kan?

Menurut Dr Michael Colgan, begitulah perumpamaan yang berlaku pada tubuh kita...'fireplace' itu umpama proses metabolisma, permaidani tu umpama badan kita dan percikan api itulah radikel bebas...umpama permaidani, bahagian mana yang kena percikan paling banyak, bahagian itulah yang akan koyak dahulu....begitu juga badn kita, bahagian badan mana yang paling banyak terdedah, bahagian itulah yang rosak dahulu...contoh penyakit kronik yang boleh disebabkan radikel bebas :

1) Kerosakan Otak --> Penyakit Parkinson atau Alzheimer / Dementia

2) Kerosakan Arteri --> Serangan Jantung atau Strok

3) Kerosakan Mata --> Katarak atau Macular Degeneration

4) Kerosakan Sendi --> Arthritis

Sesetengah saintis penyelidikan berpendapat, secara genetik bahagian tertentu badan kita lebih cenderung terdedah kepada oksidatif stress...ini menjelaskan mengapa faktor keturunan adalah salah satu penyebab kepada penyakit degeneratif...

Berbalik kepada persoalan di atas, bagaimana pula antioksidan bertindak? Antioksidan umpama penutup 'fireplace' itu....ia mengelakkan percikan api tersebut keluar daripada merosakan permaidani yang berharga itu!

Faktor Yang Meningkatkan Radikel Bebas

Sebelum ni sha ada menulis tentang suplemen yang sangat baik dalam bertindak menurunkan kadar oksdatif stress. Hari ini sha akan menulis dengan lebih terperinci lagi.

Untuk pengetahuan anda, proses normal badan, contohnya metabolisme makanan akan menghasilkan radikel bebas; iaitu molekul yang sangat tidak stabil. Sifat semulajadi badan, ia akan bantu untuk meneutralkan radikel bebas ini dengan cepat. Oksidatif stress berlaku apabila badan tidak mampu untuk meneutralkan radikel bebas yang terhasil; boleh disebabkan oleh antioksidan dalam badan yang rendah atau disebabkan radikel bebas yang terlalu banyak terhasil.

Berikut adalah faktor yang meningkatkan penghasilan radikel bebas dalam badan:

1) Senaman yang berlebihan
● Senaman yang melampau atau ekstrem menyebabkan penghasilan radikel bebas yang sangat cepat & lama kelamaan antioksidan di dalam badan tidak mencukupi. Senaman ekstrem hanya disyorkan pada mereka yang mengambil antioksidan dalam dos yang tinggi

2) Stress @ Tekanan
● Sekiranya kita mempunyai tahap stress yang tinggi, radikel bebas akan meningkat dengan cepat. Ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit yang disebabkan oksidatif stress seperti serangan jantung dan sebagainya

3) Pencemaran Udara, Makanan dan Air.
● Zaman sekarang ni, kadar pencemaran semakin meningkat di mana-mana. Bahan kimia pula telah banyak digunakan bagi tujuan komersial. Toksin dari 2 punca ini mula terkumpul di dalam badan terutama di dalam lemak menyebabkan meningkatnya radikel bebas.

4) Asap rokok
● Asap rokok merupakan salah satu penyebab tertinggi   oksidatif stress. Banyak kajian klinikal menunjukkan dasyatnya penghasilan radikel bebas dari asap rokok. Mereka yang menghidu juga mendapat kesan yang hampir sama

5) Sinaran Matahari
● Pancarannya meningkatkan radikel bebas pada kulit. 'Sunblock' hanya mengelakkan kulit menjadi gelap tetapi risiko kanser kulit boleh meningkat. Pastikan 'sunblock' yang digunakan mempunyai perlindungan UVA dan UVB

6) Ubatan & Radiasi
● Ubatan sintetik menggunakan bahan kimia yang perlu disingkirkan oleh badan. Namun,semasa proses penyingkiran berlaku, badan akan menghasilkan banyak radikel bebas. Rawatan radiasi seperti kemoterapi pula bukan sahaja meningkatkan radikel bebas dalam badan, malah berbahaya untuk sel tubuh yang sihat.

7) Makanan Berlemak atau Mempunyai Nilai Glisemik Yang Tinggi
● Kedua makanan ini menyebabkan kerosakkan pada saluran darah dan menyebabkan inflamasi serta pengecutan arteri.

Mengurangkan risiko hanyalah langkah permulaan kerana agak mustahil untuk mengelakkan keadaan yang disebut di atas sepenuhnya. Maka, kita mestilah mempersiapkan diri dalam perang oksidatif stress ini dengan mengambil antioksidan dan nutrien sokongan, bagi mengurangkan risiko penyakit degeneratif kronik.