Tulang merupakan rangka utama tubuh (macam tiang rumah). Cuba bayangkan kalau tiang rumah kita tak kuat atau dimakan anai-anai, memang tunggu masa je nak roboh kan? Macam tu la dengan badan kita, kalau kita tak menjaga dengan baik tulang kita, lama kelamaan ia akan mengalami penipisan DALAM bahagian tulang atau dikenali sebagai osteoporosis. Ini akan menyebabkan tulang mudah patah. Selalu kan kita dengar orang-orang tua yang jatuh kat bilik air patah kaki atau pinggul? Kita tengok macam jatuhnya tak teruk, hakikatnya tulang memang dah tak kuat.
Semasa zaman kanak-kanak & remaja,badan kita membentuk sel-sel tulang lebih cepat dari kehilangannya (resorption process). Proses ini berlanjutan sehinggalah kita mencapai umur 30 tahun, di mana ia merupakan titik tertinggi untuk kepadatan tulang. Selepas itu, pembinaan tulang mula menurun & kadar perleraian mineral dalam tulang meningkat.
Para penyelidik mendapati, ada beberapa faktor adalah di luar kawalan, contohnya faktor genetik, jantina, umur & kaum; mempengaruhi 50% hingga 90% kepadatan tulang. Tetapi kita mampu mengurangkan risiko osteoporosis melalui permakanan & bersenam.
Para penyelidik mendapati, ada beberapa faktor adalah di luar kawalan, contohnya faktor genetik, jantina, umur & kaum; mempengaruhi 50% hingga 90% kepadatan tulang. Tetapi kita mampu mengurangkan risiko osteoporosis melalui permakanan & bersenam.
NUTRISI PENTING UNTUK TULANG YANG SIHAT
1) KALSIUM
● nutrien yang penting untuk menentang osteoporosis @ tulang reput
● ia dapat mengurangkan insiden tulang retak pada pinggul, tulang belakang & pergelangan tangan
● kalsium yang perlu diambil adalah sebanyak 800 hingga 1500 mg sehari
2) MAGNESIUM
● memainkan peranan dalam beberapa tindakan biokimia di dalam tulang
● ia mengaktifkan enzim alkaline phosphatase yang bertanggungjawab dalam proses pembentukan tulang baru
● ia juga menukarkan vitamin D kepada bentuknya yang paling aktif iaitu D3
3) VITAMIN D
● diperlukan dalam penyerapan kalsium
● kurangkan kehilangan mineral di dalam tulang
● dos yang dicadangkan adalah sebanyak 1,000 ke 1,200 IU sehari
4)Manganese
● penting dalam pembentukan tisu penyambung dalam tulang dan rawan
● seperti magnesium, kandungan manganese hilang sewaktu pemprosesan tepung
5) BORON
● bantu dalam metabolisma tulang
● ia mengekalkan paras kalsium dan estrogen dalam darah
● dos yang dicadangkan ialah 3 mg sehari
6) ZINC
● mineral yang penting bagi memastikan Vit D berfungsi dengan baik
● pesakit yang mengalami osteoporosis biasanya mempunyai paras zink yang rendah dalam darah