MENU

5 Sebab Kenapa Wanita Perlukan Omega-3

Terjumpa artikel yang menarik minat saya malam ni...benda baik tak bagus simpan seorang...nak juga berkongsi sama....😊...

Kenapa wanita memerlukan Omega-3?

1) Mengurangkan kesakitan akibat menstruasi :

Setiap bulan kaum wanita mengalami senggugut. Ia disebabkan oleh kontraksi pada dinding uterus akibat tindakan prostaglandin. Prostaglandin ini boleh menyebabkan rasa sakit dan inflamasi. Kajian mendapati, omega 3 merupakan agen anti-inflamasi yang baik. Maka, ia membantu meredakan kesakitan.
Selain itu, ia membantu mengurangkan masalah ketidak seimbangan hormon dan stabilkan emosi.


2) Mengurangkan risiko kanser kolon :

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang makan ikan 3 kali seminggu mengurangkan sehingga 33% dari pembentukan polyps atau perkembangan abnormal tisu kolon. Polyps ini berisiko untuk bertukar menjadi malignant. Tahap risiko meningkat seiring usia dan cenderung untuk menjadi kanser kolon. Namun, berbeza dengan kaum lelaki dimana omega 3 tiada kesan untuk menghalang kanser kolon!


3) Mengurangkan risiko osteoporosis :

Osteoporosis adalah keadaan di mana kepadatan tulang berkurang. Wanita lebih cenderung terkena osteoporosis berbanding lelaki. Faktor risiko ini meningkat akibat faktor genetik. Penurunan hormon estrogen akibat menopause juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Beberapa kajian awal mendapati omega-3 membantu meningkatkan kadar kalsium, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang.


 4) Mengurangkan risiko kanser payudara :

Menurut kajian ke atas 35,000 post-menopause wanita Amerika  (tiada sejarah kanser payudara), yang makan suplemen minyak ikan, mampu mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 32%. Namun, kajian tersebut adalah kajian awal dan cara tindak omega-3 dalam mengelakkan kanser payudara masih dalam kajian.


 5) Meninggalkan kesan mood ceria :

Omega-3 juga dapat membantu dalam masalah kemurungan. Salah satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry; suplemen Omega-3 didapati efektif dalam melawan masalah kemurungan major (tetapi tidak pada masalah anxiety). Kajian mendapati kandungan EPA dalam Omega-3 bantu stabilkan mood dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Pavia, Italy juga mendapati hubung kait omega-3 dan wanita yang sudah berumur; kesan yang sama seperti di atas dapat diperhatikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan