Sambil menghayati bunyi hujan petang ni, sha baca dalam majalah tentang Jangkitan Salur Kencing atau Urinary Tract Infection (UTI)... Sha pernah kena sekali, sewaktu di kampus KL dulu... Sejak tu, memang sangat berjaga-jaga tentang kebersihan luar dan dalam... Punca jangkitan tu ialah dari pakaian dalam yang dijemur di ampaian... Waktu tu ampaian kami dekat balkoni...Tak boleh sidai baju luar bangunan... Sebab blok kami terlalu dekat dengan penuntut lelaki... nak dijadikan cerita, ada lah hamba Allah ni yang dipertanggungjawabkan untuk membersih bangunan... Dijirusnya air kotor dari lantai dari tingkat 4... Memang ngam la kena kat amapaian kami di tingkat 2... waktu tu, tak tahu lagi... balik dari kampus, angkat jemuran yang dah kering, terus lipat...
2 hari lepas tu, sha tak sedap badan...macam nak demam...bahagian sulit tu memang terasa gatal & sakit... rasa loya & nak muntah pun ada...sudahnya, pergi ke klinik, doktor kata kena UTI...terpaksa makan antibiotik selama seminggu....Rupanya waktu tu, bukan sha seorang yang kena, malah 2 hingga 3 orang juga mengalami nasib yang serupa...
Baik... tamat cerita sha di situ... Jadi, antara gejala yang anda perlu tahu ialah :
● gatal-gatal yang teruk pada bahagian intim
● rasa sakit semasa kencing
● kencing kerap terutama waktu malam
● rasa terdesak nak kencing
● kencing tak lawas @ pundi tak dapat dikosongkan dengan sempurna (kencing sikit-sikit)
● air kencing berbau busuk, keruh @ berdarah
● sakit di bahagian belakang @ tepi badan (kes di mana UTI tidak dirawat awal, di mana jangkitan sudah sampai ke buah pinggang @ pyelonephritis)
Walaupun fakta menyatakan 50% wanita akan kena UTI sekali seumur hidup, tetapi seiring peningkatan usia, faktor risiko akan meningkat disebabkan penurunan sistem ketahanan badan... Maka, langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan UTI ialah :
1) MINUM AIR PUTIH yang banyak, kerana bakteria boleh disingkirkan melalui kencing yang kerap
2) BUANG AIR sebelum dan selepas hubungan seks (bagi yang sudah berkahwin)
3) CUCI bahagian intim dengan BERSIH, basuhan mestilah dari depan ke belakang
4) LAP dengan KERING, juga dari depan ke belakang
5) Hentikan penggunaan tampon dan TUKAR TUALA WANITA setiap kali ke tandas
6) JANGAN TAHAN kencing
7) KURANGKAN pengambilan minuman berKAFEIN, berGAS atau COKLAT
8) Kurangkan MAKANAN YANG DIPROSES dan GULA
9) ELAKKAN penggunaan pakaian dalam dari fabrik NILON
10) Gunakan pakaian yang berasaskan KAPAS supaya mudah menyerap peluh & peredaran udara menjadi lebih baik
SUPLEMEN CADANGAN :
1) Vitamin C boleh meningkatkan sistem ketahanan badan dan membuatkan bahagian intim lebih berasid (kuman tidak dapat membiak)
2) Garlic adalah antibiotik semulajadi dan membantu untuk membunuh kuman
3) ESP mengandungi protein yang penting dalam pembentukan sistem keimunan dan bertindak sebagai sumber makanan rendah gula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan