MENU

Punca Sakit Belakang

Salam semua...semalam sha ada bercerita pasal gout... hari ni, nak cakap pasal sakit belakang... Tahu tak? sakit belakang merupakan penyakit yang ke-2 paling kerap dihidapi selepas selesema?!...dan...80% orang dewasa US mengalami sakit belakang-minimum sekali seumur hidup!!!.... sakit belakang ni boleh kata ada 2 kategori iaitu akut & kronik... akut ni berlaku secara tiba2, biasanya disebabkan oleh pergerakan badan yang bertentangan dengan kemampuan tulang belakang...contohnya; terseliuh sewaktu bersenam.... kronik plak biasanya sakit belakang yang berulang TANPA diketahui punca sakit...ia juga boleh disebabkan kesan jangka panjang dariapada sakit belakang akut yang tak dirawat secara efektif...

Apa tu tulang belakang?..Tulang belakang penting untuk menyokong tubuh kita... ia ada 3 bahagian iaitu toraks (7 tulang), lumbar (5 tulang) & sacrum(5 tulang)...dan spinal cord pulak terdapat di tengah-tengah tulang belakang....spinal cord ni mengandungi saraf & di belakang tulang belakang ada lubang kecil, dimana saraf2 kecil dibawa ke kaki & bahagian bawah tubuh...setiap lapisan tulang ni ada disk yang bertindak macam kusyen-melapik permukaan tulang...ia berfungsi untuk menyerap hentakan & melindungi tulang daripada bergeseran antara satu sama lain..

Apa pulak punca2 sakit belakang?...90% sakit belakang adalah berpunca dari sakit urat & otot..kat sini sha senaraikan beberapa punca sakit belakang ok?!...
1) Slipped disk berlaku apabila disk yang sha sebutkan kat atas mengalami kecederaan seperti mengangkat objek yang terlalu berat... ini menyebabkan disk terkoyak atau terkeluar dari tempat asalnya lalu menekan saraf...itu yang buatkan kita sakit terutama pada bahagian tubuh yang bawah

2) ia juga berpunca dari prosea penuaan...dimana, disk menjadi haus..semakin umur bertambah, kusyen @ sendi menjadi kering & kehilangan pelincir semulajadi tubuh...

3) sakit belakang juga boleh disebabkan oleh masalah kejang otot (biasanya dialami oleh orang yang bersenam)...bila kita bersenam, badan akan menghasilkan asid laktik &pyruvat..apabila ia terkumpul terlalu banyak, ia akan menyebabkan rasa sakit & menganggu penghantaran impuls saraf dalam otot...

4) mengandung adalah punca biasa yang dihadapi oleh bakal2 ibu...sebabnya, bila rahim ibu membesar, otot2 perut akan tertarik kedepan manakala otot dibelakang menjadi pendek & ketat... selain itu, bila mengandung, tulang belakang terpaksa menampung berat badan yang bertambah...

4) ada kalanya, sakit belakang berpunca daripada organ2 disekelilingnya seperti buah pinggang, perut dll...

selain tu juga ia boleh disebabkan oleh postur badan yang salah, pemakaian kasut yang salah, cara berjalan, kekurangan kalsium, tidur di atas tilam yang terlalu lembut, obesiti & penyakit lain seperti atritis, reumatik & tulang yang abnormal...

walau apa pun punca anda sakit belakang, jangan pandang ringan masalah ini...sekiranya ada tanda2 sakit belakang yang serius, sila dapatkan nasihat doktor...


*********************************
Prevention Is Better Than Cure
*********************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan