Perut Bukan Tong Sampah
Sebelum kita menjamah hidangan, kita harus sedar bahawa sedap hanya di lidah. Apabila ia melepasi kerongkong, kesedapan akan menjadi penyakit. Bila penyakit melanda, para doktor akan menasihatkan supaya berserdehana dalam permakanan. Elakkan gula, garam dan lemak berlebihan. Hakikatnya, sebelum para doktor menemui rahsia ini, Al-Quran dan Rasullullah sudah lama membimbing kita untuk berserdehana mengisi perut...
Firman Allah, " Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat). Makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas". (Surah Al-A'raf :31)
Rasulullah juga sudah menyarankan agar kita memberikan hak perut dengan membahagikan keperluannya kepada tiga. Sabda Rasulullah; " Anak Adam itu tidak memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk pernafasan". (Riwayat Al-Tarmizi)
Amalkanlah gaya hidup sihat seperti yang disarankan Rasulullah. Berikan perut anda haknya. Jadikanlah perut kita sebagai gedung tenaga yang membantu kita menjalankan amanah Allah di bumi. Jangan sesekali menjadikan perut kurniaan Allah itu seperti tong sampah yang menyimpan segala kuman dan penyakit
(Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan