MENU

Kulit Berminyak, Bagaimana Jerawat Terbentuk?


Jerawat atau Acne terbentuk akibat daripada beberapa faktor. Antaranya :
● perubahan hormon badan (terutama sewaktu remaja)
● Kulit yang terlalu berminyak/kering
● pengumpulan toksin yang terlalu banyak di dalam badan
● terdedah kepada habuk dan persekitaran
● permakanan
● stress
● kulit sensitif
● pemakaian produk yang salah atau berbahaya


Di setiap bulu roma kita terdapat kilang yang menghasilkan minyak atau dikenali sebagai sebaceous gland. Minyak penting untuk melembapkan kulit kita. Setiap hari kulit kita akan menyingkirkan sel-sel yang sudah mati. Dalam keadaan normal, sel-sel ini disingkirkan dengan mudah. Namun, apabila badan kita mengalami faktor yang disebut di atas, kilang minyak akan merembeskan minyak lebih daripada biasa. Ini menyebabkan liang roma melekit dan sel-sel mati terperangkap, tidak dapat disingkirkan. 

Sekiranya perkara ini berlarutan dan tidak ditangani, bakteria akan mula menyerang dan menyebabkan jangkitan. Sudah menjadi lumrah badan, sekiranya terdapat jangkitan, sistem keimunan akan mula bertindak. Kulit akan menjadi bengkak dan kemerahan. Andainya sistem keimunan kita lemah, jangkitan dapat dipulihkan untuk jangkamasa yang agak lama. Nanah yang terhasil adalah terdiri daripada sel bakteria yang mati dan sel darah putih (sistem keimunan).

Selepas itu, kulit akan membaik pulih secara semulajadi dan bekas yang tertinggal menjadi parut. Parut yang terbentuk adalah lebih kasar dari sel kulit yang baru. Sekiranya jerawat berulang di tempat yang sama, kulit akan menjadi tebal dan parut semakin sukar dipudarkan.


Suplemen yang dicadangkan adalah bergantung kepada punca atau faktor penyebab. Bagi setiap masalah, lebih dari satu produk akan dicadangkan, memandangkan tapak tindak yang berbeza. Bagi masalah jerawat yang disebabkan faktor di atas iaitu minyak yang berlebihan, sha akan cadangkan Zinc Complex, Vit C Plus & Vit E Complex.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan