MENU

Pendiang Api Dan Permaidani


Cantik kan pemandangan depan 'fireplace' tu? Ikhsan dari pak google....😊... kita kat Malaysia memang tak pakai la alat tu...dah sedia panas..biasanya negara yang bersalji je yang ada tu....(tiba-tiba datang semangat nak rasa makan angin negeri orang...insya allah....amiin)...baiklah...cuba anda bayangkan sedang duduk kat depan 'fireplace' tu sambil hirup air kegemaran anda...tengok lenggokan api dan harumnya bau  kayu...pasti anda akan terdengar bunyi 'pop' - kayu meletup....lepas tu, keluar la percikan api yang kecil-kecil..terus kena kat permaidani di hadapannya...tentulah berlubang kan?...lubang-lubang kecil je, hampir tak terlihat....anda biarkan sahaja...lepas setahun, 2 tahun atau sebagainya, anda akan mula perasan, lubang kecil tu menjadi besar...nampak ketara koyakannya...tembus sampai bahagian bawah dan merosakkan lantai...lantai jadi buruk kan?

Menurut Dr Michael Colgan, begitulah perumpamaan yang berlaku pada tubuh kita...'fireplace' itu umpama proses metabolisma, permaidani tu umpama badan kita dan percikan api itulah radikel bebas...umpama permaidani, bahagian mana yang kena percikan paling banyak, bahagian itulah yang akan koyak dahulu....begitu juga badn kita, bahagian badan mana yang paling banyak terdedah, bahagian itulah yang rosak dahulu...contoh penyakit kronik yang boleh disebabkan radikel bebas :

1) Kerosakan Otak --> Penyakit Parkinson atau Alzheimer / Dementia

2) Kerosakan Arteri --> Serangan Jantung atau Strok

3) Kerosakan Mata --> Katarak atau Macular Degeneration

4) Kerosakan Sendi --> Arthritis

Sesetengah saintis penyelidikan berpendapat, secara genetik bahagian tertentu badan kita lebih cenderung terdedah kepada oksidatif stress...ini menjelaskan mengapa faktor keturunan adalah salah satu penyebab kepada penyakit degeneratif...

Berbalik kepada persoalan di atas, bagaimana pula antioksidan bertindak? Antioksidan umpama penutup 'fireplace' itu....ia mengelakkan percikan api tersebut keluar daripada merosakan permaidani yang berharga itu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan