Jadi seorang suri rumah memang melelahkan... menghadapi hari yang buruk, kerja2 rumah yang tak pernah habis dan tak cukup tidur akan meningkatkan tekanan...bila dalam keadaan tertekan, kita berasa lesu dari segi emosi & fizikal....
Tip bagi meransang tenaga :
♡ cuba cari masa untuk berehat... bagi anak2 mainan & baring kat sebelah mereka sambil tengok-tengok
♡ selalunya kalau anak2 tidur, kita sibuk tengok tv lah, belek fb lah...cuba ubah; ikut tidur kalau anak2 tidur, tapi agak2 la... janganlah lama sangat...
♡ perbanyakkan minum air putih sebabnya bila kita kurang minum air, badan akan mengalami dehadrasi...ini menyebabkan kita lemah... ops! Kawal pengambilan kafein...bila kafein tinggi dalam badan, kita lebih cepat kehilangan air dalam badan...
♡makan secara teratur & seimbang...tapi,jangan amek makanan ringan semasa perut kosong... snek ringan tiada nutrien berkhasiat, bahkan kita kehilangan tenaga lebih cepat...
Tekanan adalah perkara biasa, tapi jangan sampai ia bagi kesan negatif pada tubuh.... kurangkan tekanan dengan :
♡ Semaikan sikap tolak ansur dengan pasangan
♡ Ketawa....adalah penawar duka..tak semestinya wajib tengok komedi...(biasanya kalau sha stress, sha akan call kawan sha sewaktu di UKM...memang gelak habis...☺)
♡ bermain dengan haiwan peliharaan
♡ menghubungi rakan2 (juga seorang ibu)..mungkin boleh minta pendapat atau meluahkan rasa...
Kemurungan pula berlaku bila kita tak menangani tekanan dengan baik... keadaan yang kronik ini bukan sahaja memberi kesan pada kesihatan anda sendiri, bahkan kesannya dapat dirasai oleh orang sekeliling terutamanya anak2...
Hilangkan rasa murung dengan :
♡ luangkan masa untuk diri sendiri... tanpa anak2, pergilah tengok wayang ke, pergi spa ke atau apa sahaja aktiviti yang anda suka secara solo @ bersama rakan2...
♡ rehat daripada rutin seharian...kalau biasanya jadual penuh dari 5 pagi hingga 10 malam, dengan nak masak, mengemas bla!bla!... cuba buat aktivti lain, contohnya membaca ke...
♡ bersenam boleh meransang pengeluaran hormon yang membuatkan kita rasa gembira...
♡ sentiasa bersyukur - Pakar psikologi mendapati, apabila kita bersyukur dengan segala yang kita miliki, menurunkan paras tekanan ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 2 hingga 3 tahun..
Semoga perkongsian ini mampu membantu ibu2 surirumah di luar sana....
***********************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
**********************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan