MENU

JLD Kesayanganku

JLD ye....bukan JDT...haha... apabila ramai yang bertanya;

"Accident ke hari tu?"

Sebenarnya bukan accident...'TER'senggol sikit dengan pembahagi jalan...tahulah, bumper Myvi SE sha tu agak rendah sedikit...dah banyak kali juga tersodok batu dll...sikit-sikit, lama-lama KEPARAHAN nya berbukit...waktu kat KL, terus tercabut 'daun pisang'nya...(sha tak tahu nama sebenarnya, tapi husband kata daun pisang...semacam pelapik bahagian dalam bumper)...disebabkan kepenatan tahap melampau sebab baru lepas mandi manda kat Sunway Lagoon, kami putuskan untuk cari mekanik hari berikutnya..

Keesokan harinya, dah siap-siap susun barang, baru nak ambil port dalam kereta, enjin kereta tak juga 'start'..pulas starter, asyik keluar bunyi 'Cess! Cess!'..(lebih kurang bunyi pemetik api yang tak keluar api)...rupanya bateri kereta kong...disebabkan ia nya bateri kering, kami terpaksa la beli bateri kereta baru....puncanya ; tak tutup api dalam kereta...haha...kecuaian fatal....

Sha agak, JLD sha merajuk kot....orang sekeliling asyik suruh beli kereta baru...sha ngan husband pun selalu cakap dalam kereta...makanya dia mogok...(haha..dah macam karangan autobiografi- Aku Sebuah Kereta Tua)... nak kata kami tak jaga, husband bagai menatang minyak yang penuh tau!... servis mesti on time...in fact, sebelum gerak ke kl, kami berhabis sampai RM 600 untuk servis dan 'tinted'... Namanya nasib... dah nak kena, nak buat macam mana...kan?..hehe...

Sha sayang JLD sha ni...KERETA PERTAMAKU...datanglah Estima atau Starex... JLD tetap menjadi pujaan hatiku!...haha... Apa-apa pun, kami sekeluarga Alhamdulillah selamat... tak ada apa yang berlaku...cuma calar-calar je kat body JLD... Insya Allah, si putih ni akan bertukar jadi si merah kalau tak ada aral melintang....(can't wait for it...☺)..

Masalah Penghadaman & Cara Mengatasi


A) SEMBELIT ( IRREGULAR BOWEL MOVEMENT)

     - Gangguan pada pergerakan usus, masalah pada enzim penghadaman

    - PUNCA : kehamilan (terutama trimester ketiga), penuaan, kurang air, kurang serat dalam makanan

     - KESAN : masalah bau badan, jerawat, buasir

    - Suplemen cadangan : Herblax@ Alfalfa Complex, Ostematrix, B Complex 


B) BUASIR (HEMORHOIDS @ PILES)
   
     - sebahagian usus keluar dari anus/dubur akibat tekanan, masalah sembelit berterusan

     - PUNCA :Kehamilan, berdiri atau duduk terlalu lama

    - KESAN : pendarahan akibat luka dibahagian pembukaan, gatal-gatal, rasa sakit

    - Suplemen Cadangan : Ostematrix, Alfalfa Complex, Vit C/Zinc


C) GASTRIK, PEDIH ULU HATI, KEMBUNG (ACID REFLUX @ BLOATED

   - jus perut dihasilkan berlebihan,

   - PUNCA : Kehamilan, stress, badan kekurangan enzim tertentu (contoh : lactose intolerence)

   - KESAN : apabila asid hidroklorik yang berasal dari perut memasuki duodenum ia menyebabkan asid refluks & muntah (muntah berasa pahit & bewarna kuning)

  - Suplemen Cadangan : Peppermint Ginger Plus, ESP & Ostematrix


   D)KEGAGALAN HATI (HEPATITIS, FATTY LIVER, CIRHOSIS)

   - Hati berperanan dalam merembeskan jus hempedu yang penting untuk menyokong fungsi sesetengah enzim seperti lipase (untuk menghadam protein)

   - PUNCA : kerosakkan akibat pengambilan ubat yang mengandungi dadah, merokok, alkohol, kurang tidur @ tidak tidur pada waktu hati membaik pulih secara optimum (di antara 11 pm hingga 2 am)

   - KESAN : warna kekuningan pada tapak tangan & bawah mata akibat jaundis, rasa kembung apabila makan makanan yang berasaskan protein (terutama daging), sembelit dan rasa letih melampau

  - Suplemen Cadangan : DTX Complex, B Complex & Lecithin


FUNGSI-FUNGSI SUPLEMEN
1) Herblax - mempunyai fiber yang melawaskan sistem penghadaman, julap moden

2) Alfalfa Complex - bantu untuk detoksifikasi, melancarkan pergerakan usus

3) Ostematrix - menyokong fungsi otot licin pada dinding usus, mengandungi kalsium yang penting dalam membantu pergerakan (peristalsis), bersifat alkali untuk meneutralkan asid

4) B Complex - membantu dalam menghadam makanan & penyerapan nutrien, memberi tenaga untuk proses menghadam makanan & mengurangkan stress

5) Vit C/Zinc - meningkatkan sistem keimunan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

6) Peppermint Ginger Plus - mengandungi ekstrak halia yang sangat bagus untuk memberi keselesaan pada perut, mengurangkan gas

7) ESP - Glisemik Index yang rendah mengelakkan jus perut menghasilkan asid berlebihan, menahan rasa lapar lebih lama

8) DTX Complex - mengandungi milk thistle & dandelion yang bantu dalam membina sel-sel hati yang baru, produk khas untuk detoksifikasi hati

9) Lecithin - membantu untuk mengemulsi lemak, mengurangkan pengumpulan lemak di dalam hati

Norhaisah
ID 1043702

Set Kesihatan Jantung


1) VIVIX
♡ antioksidan yang melindungi jantung & salur darah daripada kerosakan akibat radikel bebas
♡ mengelakkan radikel bebas mengubah bentuk LDL yang boleh mengakibatkan pengumpulan plak
♡ mengekalkan keanjalan salur darah & melambatkan penuaan

2) OMEGAGUARD
♡ meningkatkan lemak baik (HDL) 
♡ menurunkan paras trigliserida
♡ melindungi sel otot jantung

3) PHYTOCOL-ST
♡menyekat penyerapan lemak di usus
♡ menurunkan paras kolesterol 10 hingga 15%
♡ menurunkan paras lemak jahat (LDL)

4) COQHEALTH PLUS
♡ makanan utama jantung & meningkatkan oksigen pada otot jantung
♡ memberi tenaga untuk mengepam darah secara efektif ke seluruh tubuh
♡ boleh mengelakkan serangan sakit jantung yang kedua

5) GARLIC COMPLEX
♡ mengekalkan tekanan darah
♡ mengelakkan pembekuan darah
♡ tingkatkan peredaran darah



CADANGAN KOMBINASI

A) Set Optimum : Vivix + Omegaguard + Phytocol-ST+ CoQHealth Plus + Garlic Complex
B) Set Asas : Omegaguard + CoqHealth Plus + Phytocol-ST
C) Set Bajet : CoQHealth Plus + Garlic Complex

HAISA SHASHA
019-7145288 / 016-715164
#ID1043702

Masalah Wanita (UTI)


Sambil menghayati bunyi hujan petang ni, sha baca dalam majalah tentang Jangkitan Salur Kencing atau Urinary Tract Infection (UTI)... Sha pernah kena sekali, sewaktu di kampus KL dulu... Sejak tu, memang sangat berjaga-jaga tentang kebersihan luar dan dalam... Punca jangkitan tu ialah dari pakaian dalam yang dijemur di ampaian... Waktu tu ampaian kami dekat balkoni...Tak boleh sidai baju luar bangunan... Sebab blok kami terlalu dekat dengan penuntut lelaki... nak dijadikan cerita, ada lah hamba Allah ni yang dipertanggungjawabkan untuk membersih bangunan... Dijirusnya air kotor dari lantai dari tingkat 4... Memang ngam la kena kat amapaian kami di tingkat 2... waktu tu, tak tahu lagi... balik dari kampus, angkat jemuran yang dah kering, terus lipat...

2 hari lepas tu, sha tak sedap badan...macam nak demam...bahagian sulit tu memang terasa gatal & sakit... rasa loya & nak muntah pun ada...sudahnya, pergi ke klinik, doktor kata kena UTI...terpaksa makan antibiotik selama seminggu....Rupanya waktu tu, bukan sha seorang yang kena, malah 2 hingga 3 orang juga mengalami nasib yang serupa...

Baik... tamat cerita sha di situ... Jadi, antara gejala yang anda perlu tahu ialah :


● gatal-gatal yang teruk pada bahagian intim
● rasa sakit semasa kencing
● kencing kerap terutama waktu malam
● rasa terdesak nak kencing
● kencing tak lawas @ pundi tak dapat dikosongkan dengan sempurna (kencing sikit-sikit)
● air kencing berbau busuk, keruh @ berdarah
● sakit di bahagian belakang @ tepi badan (kes di mana UTI tidak dirawat awal, di mana jangkitan sudah sampai ke buah pinggang @ pyelonephritis)




Walaupun fakta menyatakan 50% wanita akan kena UTI sekali seumur hidup, tetapi seiring peningkatan usia, faktor risiko akan meningkat disebabkan penurunan sistem ketahanan badan... Maka, langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan UTI ialah :

1) MINUM AIR PUTIH yang banyak, kerana bakteria boleh disingkirkan melalui kencing yang kerap

2) BUANG AIR sebelum dan selepas hubungan seks (bagi yang sudah berkahwin)

3) CUCI bahagian intim dengan BERSIH, basuhan mestilah dari depan ke belakang

4) LAP dengan KERING, juga dari depan ke belakang

5) Hentikan penggunaan tampon dan TUKAR TUALA WANITA setiap kali ke tandas

6) JANGAN TAHAN kencing

7) KURANGKAN pengambilan minuman berKAFEIN, berGAS atau COKLAT

8) Kurangkan MAKANAN YANG DIPROSES dan GULA

9) ELAKKAN penggunaan pakaian dalam dari fabrik NILON

10) Gunakan pakaian yang berasaskan KAPAS supaya mudah menyerap peluh & peredaran udara menjadi lebih baik

SUPLEMEN CADANGAN :
1) Vitamin C boleh meningkatkan sistem ketahanan badan dan membuatkan bahagian intim lebih berasid (kuman tidak dapat membiak) 

2) Garlic adalah antibiotik semulajadi dan membantu untuk membunuh kuman

3) ESP mengandungi protein yang penting dalam pembentukan sistem keimunan dan bertindak sebagai sumber makanan rendah gula