MENU

7 Jenis Penyakit Kulit

As Salam....Selamat petang... Agak lama tak menulis di blog.. Alhamdulillah minggu ni diberi sedikit kelapangan waktu... Hari ni, sha nak berkongsi beberapa jenis penyakit kulit & makanan yang perlu dielakkan atau diambil, serta beberapa suplemen yang penting...

1) HIVES (URTICARIA)


Sakit kulit yang disebabkan oleh alergi. Rupa sakitnya macam kena gigit nyamuk, selalunya gatal & boleh kena di mana-mana sahaja. Serangan boleh jadi hanya beberapa minit atau berhari-hari. Antara puncanya ialah stress,keimunan yang merosot, tindak balas alergi, perubahan cuaca & pemakaian baju yang ketat. Biasanya, doktor akan bagi antihistamin untuk mengurangkan simptom
Bagi nak elakkan serangan yang disebabkan alergi, cuba untuk jauhkan makanan yang mengandungi kadar histamin yang tinggi; keju, tempe, tauhu, jeruk, bayam, ikan, coklat, tomato, labu, raisin, buahan sitrus, daging yang diproses, terung, pic & ceri.

Suplemen Cadangan : Vitamin C & E bantu untuk mengurangkan stress, meningkatkan keimunan & suplemen yang baik untuk kulit


2) SHINGLES (HERPES ZOSTER)


Shingles ni macam chicken pox. Ia seperti ruam dengan bintik-bintik merah yang boleh berubah kepada lepuh yang menyakitkan. Selalunya ia kena di bahagian peha & punggung. Penderita akan merasa sakit & gatal. Doktor akan membekalkan ubat anti-viral & krim sapu untuk mengurangkan simptom.
Makanan yang perlu dielakkan ialah kacang atau coklat yang mengandungi L-arginine (sejenis asid amino yang menjadi makanan utama virus).

Suplemen Cadangan : Vitamin C yang banyak untuk meningkatkan sistem keimunan, mengambil L-Lysine untuk mengurangkan kesan L-arginine atau herba Echinacea untuk keimunan.


3) PSORIASIS


Sejenis ruam tidak berjangkit yang terlihat seperti tompokan merah yang ditutupi dengan kerak putih. Biasanya ia terlihat di siku, lutut, bahagian belakang (bawah) & kulit kepala. Psoriasis biasanya disebabkan oleh kekurangan asid lemak (omega 3, 6 @ 9) dalam diet makanan. Oleh itu, sangat digalakkan untuk makan ikan yang kaya dengan EPA & sayuran yang berdaun hijau.

Suplemen Cadangan : Minyak Ikan (EPA) yang mampu mengurangkan simptom psoriasis, mengekalkan kelembapan kulit & mengurangkan keradangan


4) ECZEMA


Keadaan di mana kulit mengalami keradangan, kering, merah & gatal. Ia disebabkan kurang asid lemak penting, kurang beberapa vitamin @ mineral, stress, alergen (bahan yang mencetuskan alergi), perubahan cuaca & bahan-bahan yang menyebabkan kulit mudah iritasi (contoh; produk yang mempunyai bahan kimia). Siku & tangan adalah bahan yang sering terlibat.

Suplemen Cadangan : Minyak ikan & minyak Borage adalah sumber asid lemak penting yang baik. Vitamin A, B, C & E perlu untuk meningkatkan ketahanan kulit


5) ROSACEA


Muka kemerah-merahan di bahagian pipi, dagu, hidung, dahi & mata. Lama kelamaan kulit akan menjadi tebal & jerawat mula tumbuh. Untuk mengatasi masalah ini, banyakkan makan sayuran warna hijau gelap (seperti brokoli, bayam, asparagus).

Suplemen Cadangan : Vitamin A (beta-carotene), Vitamin C yang mengandungi bioflavonoid, Zinc untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan luka & Selenium, antioksidan kulit yang terbaik.


6) COLD SORES (FEVER BLISTER)


Lepuh-lepuh di bahagian mulut, walaupun kecil tetapi sangat menyakitkan. Ia disebabkan oleh Herpes Simplex Virus & senang berjangkit. Seperti penyakit herpes yang lain, sakitnya akan berbalik & tiada penawar.

Suplemen Cadangan : Lysine boleh mengurangkan risiko penyakit ini berbalik, tetapi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi atau penyakit jantung tidak digalakkan untuk ambil. Propolis membantu untuk mengurangkan jangkitan & meningkatkan keimunan.


7) ACNE


Jerawat & acne adalah masalah yang sering dialami. Ia terjadi apabila liang pori tersumbat dan menyebabkan ia mengalami keradangan. Terdapat banyak produk pencuci muka & krim jerawat yang dijual, tetapi nutrisi yang baik juga amat penting untuk meningkatkan kualiti kulit. Antara makanan yang digalakkan ialah kobis, sayuran hijau, brokoli, bell pepper, kentang, lobak, pisang, oat & telur.

Suplemen Cadangan : Vitamin C dan E memberikan perlindungan kepada sel-sel kulit dari pancaran matahari. Vitamin A telah terbukti mampu mengawal pembentukan acne & mengurangkan kedutan. Biotin merupakan bahan asas bagi pembentukan kulit, kuku & rambut. Niacin membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mempunyai sifat anti radang yang mengurangkan iritasi kulit. (Biotin & Niacin merupakan salah satu dari Vitamin B)

Setakat ini sahaja perkongsian sha. Insyaa Allah, di lain kesempatan, sha akan berkongsi dengan lebih mendalam tentang ACNE... 😊


Rujukan Produk Shaklee :
1) Vitamin A (beta carotene) terkandung dalam Carotomax
2) Biotin & Niacin boleh didapati di dalam B Complex
3) Vitamin C & bioflavonoid ada dalam Vita-C Plus (500 mg setiap tablet)
4) Vitamin E & Selenium, seperti di dalam Vit E Complex
5) Minyak Ikan = Omegaguard, kaya dengan DHA dan EPA
6 ) GLA Complex dihasilkan dari minyak Borage
7) Zin Complex tentunya mengandungi Zinc

Menguatkan Fungsi Keimunan

CHEWABLE VITA-C PLUS
Banyak fungsi yang mampu dilakukan oleh tubuh kita, tetapi tidak mampu menghasilkan @ menyimpan vitamin C. Shaklee menawarkan Chewable Vita-C Plus yang memberikan 100mg vitamin c, ditambah dengan "rose hips" dan kompleks bioflavonoid. "Rose hips" dan kompleks bioflavonoid ini mempertingkatkan fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin C itu sendiri.

Manfaat utama Chewable Vita-C Plus :
● mempertingkatkan fungsi keimunan
● antioksidan semulajadi yang melindungi tubuh
● menyokong intergriti sel
● menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang, gusi, otot dan salur darah

# sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar untuk menelan tablet

Mengekalkan Tekanan Darah Normal

GARLIC COMPLEX

Garlic Complex Shaklee dihasilkan dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak & ditanam secara organik di California pada waktu panas. Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan 100% Allicin aktif. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen, yang menyamai 2 ulas garlic. Ia mengandungi spearmint yang membantu dalam mempertingkatkan sistem penghadaman & fungsi jantung.

Fungsi Garlic?
1) merupakan antibiotik semulajadi yang selamat digunakan untuk jangka masa panjang, bagi meningkatkan sistem keimunan tubuh & menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kuman, virus & fungus (candida). Selain itu, ia juga mengurangkan alergi seperti hidung sensitif, sinus, asma & hepatitis.

2) formula uniknya mampu mengurangkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, ulser gastrik & menentang bakteria H. pylori (bakteria penyebab diarhea)

3) kajian menunjukkan, pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi denga  8 point

4) garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum & kadmium adalah logam toksik yang boleh menaikkan tekanan darah. Garlic penting dalam proses detoksifikasi, melindungi sel darah dari kemusnahan akibat logam toksik & menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia

5) menurunkan kolesterol, LDL & trigliserida, mengurangkan kelikatan darah & pembekuan darah, meningkatkan HDL melindungi jantung & menghalang strok/penykit jantung

6) membantu mengelak & merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser ; Nitrosamine

7) menolong mengstabilkan glukosa di dalam tubuh kita

Pengemulsi Semulajadi

LECITHIN
Diekstrak dari kacang soya organik, bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya (termasuk 80 mg kolin & 48 mg Inositol). Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-choline, inositol, fosforus & lemak tak tepu.

Manfaat utama :
● membantu tubuh dalam penyerapan vitamin yang larut lemak (A,D,E,K)

● menghalang enapan lemak di hati, mengelakkan sirosis hati & membantu memulihkan kesihatan hati

● lecithin bertindak sebagai pembersih darah dimana ia mengemulsi & memecahkan lemak, kolesterol & trigliserida tubuh

● pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak, menghalang obesiti & untuk kesan pelangsingan yang seimbang

● membentuk membran sel, melembapkan & menghaluskan kulit, untuk kulit cantik, mengaktifkan metabolisme sel & melambatkan penuaan

● mengurangkan alergi seperti penyakit kulit;  dermatitis & demam alergi

● menghalang pembentukan batu karang kerana 90% batu karang adalah disebabkan kolesterol & lecithin membantu mengemulsi kolesterol yang berlebihan

● mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer & meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil lecithi n yang secukupnya untuk perkembangan janin yang sihat

● memperbaiki tekanan darah tinggi, menghalang arteriosklerosis & menggalakkan peredaran darah

● kajian telah membuktikan masalah prostat & urethra lelaki dapat dikurangkan dengan pengambilan lecithin yang banyak

● lecithin bantu melembutkan najis, melembapkan usus & menyingkirkan toksin

Mengurangkan Berat Badan & Memelihara Otot

CINCH SHAKE MIX
Setiap kali anda minum Cinch Shake Shaklee, anda akan dapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin & mineral serta 6 gram serat larut. Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme & mempercepatkan pembakaran kalori. Makanan yang kaya protein juga boleh membuatkan anda tahan lapar lebih lama, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Faedah utama :
● Indeks glisemik 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
● glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal & mengekalkan tenaga
● campuran eksklusif protein yang ditambah leucine (asid amino)
● leucine penting untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
● 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas & kenyang
● tinggi kandungan serat (6 gram setiap hidangan)
● membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian vitamin & mineral
● menggunakan soya bebas GMO, tiada perisa tiruan, tiada pewarna & tiada pemanis


Perlindungan Hati Anda

DTX COMPLEX
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama DTX Complex iaitu Milk Thistle yang mengandungi silymarin (80%) berupaya menyokong keupayaan badan untuk menjana semula sel-sel hati. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik & saintifik ; ekstrak Schizandra, cendawan Reishi, ekstrak dandelion, kunyit & artichoke (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia & tidak seperti jantung, sel hati mampu dijanakan semula. Kerosakan jantung selalunya disebabkan oleh serangan jantung, manakala hati boleh rosak akibat pengambilan alkohol yang berlebihan. Hati dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia. Ia menjalankan fungsi-fungsi kritikal seperti :

1) Menghasilkan jus hempedu yang penting dalam pencernaan lemak, membantu penyerapan vitamin A,D,E,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Ia juga penting dalam penukaran Beta Carotene kepada vitamin A

2) Bertindak sebagai detoksifikasi. Metabolisme protein & penapaian makanan oleh bakteria dalam usus menghasilkan ammonia yang didektoksifikasi (disingkirkan) oleh hati. Hati juga membantu menyingkirkan bahan-bahan toksik dari sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol & bahan-bahan kimia lain. Kemudian, bahan-bahan ini akan dikumuhkan melalui buah pinggang.

3) Mengawal paras gula dalam darah dengan menukarkan tiroksina (hormon tiroid) kepada bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati menghasilkan GTF (glucose tolerence factor) dari kromium & glutathione. GTF diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah. Sekiranya gula berlebihan, ia disimpan sebagai glikogen dan kemudian ia akan ditukar kembali kepada gula apabila badan memerlukan tenaga.

4) Penting dalam metabolisma lemak dimana ia membantu dalam sintesis asid lemak dari asid amino & gula, menghasilkan kolesterol, lipoprotein & phospolipid, pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga dan menukarkan makanan yang berlebihan kepada lemak sebelum diangkut & disimpan di tisu lemak badan

Formulasi DTX Complex yang dipaten :
1) Ekstrak Milk Thistle - melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun & bahan kimia. Merawat masalah hati seperti hepatitis & sirosis. Mengurangkan kadar kerosakkan hati akibat lebihan alkohol. Mencegah & merawat masalah batu karang. Membantu masalah kulit seperti psoriasis & eczema

2) Dandelion - menyokong fungsi hati, sangat bagus untuk hati bengkak (hepatitis) & jaundis. Membantu melancarkan pengaliran jus hempedu & mencegah batu karang. Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi (mengurangkan anemia). Melawan tumor & kanser. Merendahkan paras gula dalam darah. Baik untuk masalah kekembungan & kelebihan air dalam badan.

3) Cendawan Reishi (Ling zhi) - meningkatkan keimunan, membantu dalam mencegah atau merawat kanser, mengurangkan masalah bronkitis & sinusitis, merawat keletihan yang kronik & membantu mencegah penyakit jantung

4) Artichoke - membina semula sel-sel hati& meransang pengaliran hempedu

5) Turmeric (kunyit) - mengandungi curcumin (anti-oksida) yang bersifat anti radang, mengurangkan kesakitan & mempunyai kesan anti-viral (HIV)

6) Ekstrak Schizandra - meransang sintesis protein untuk meningkatkan enzim dalam hati yang bertanggungjawab dalam proses detoksifikasi & memperlahankan pembentukan toksin

Menghidratkan Tubuh

PERFOMANCE DRINK
Pertama kali dihasilkan pada 1980an oleh saintis Shaklee & Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme) dimana penerbangan ini telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu. Perfomance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA. Para atlet bertaraf antarabangsa & pengembara terkemuka memilih Perfomance sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia.

Ujian klinikal membuktikan bahawa rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga & memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Perfomance mempunyai lebih 67% sumber tenaga &  menyediakan tenaga  dari 3 jenis karbohidrat dengan segera

Manfaat Utama :
1) Memberikan tenaga kepada otot & sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot & memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh

2) Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium & chloride yang membantu mengimbangi & membekalkan elektrolit dan mengimbangi metabolism air dalm tubuh. Produk ini dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tropika & aktif bekerja seharian

3) Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembapkam kulit & kelihatan muda.

4) Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot & percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot

Perfomance sangat sesuai untuk para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum & selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahidratan otot & kulit vagina yang kering, cirit birit, tiada selera makan, rendah paras gula, pening dan sebagainya

Melengkapi Nutrien Yang Diperlukan

VITA-LEA
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin & mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize - Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" (perkataan vitamin yang disebut sekarang asalnya dari Shaklee). Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dulu) kepada bentuk tablet yang dipanggil "Vita-Lea". Setiap tablet mengandungi formulasi khusus dengan 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran & buah, 12 vitamin dan 7 mineral; yang diperlukan seorang dewasa. Suplemen seimbang dan paling komprehensif yang mampu dimiliki. Disokong oleh 7 kajian klinikal & menjalani 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan & keberkesanan produk.

Tablet Vita-Lea ini diselaputi dengan spirulina yang dihasilkan dengan kaedah yang terkini & teknologi eksplosif yang kompleks disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air & tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah bertindak balas dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Manfaat utama :
● Pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

● Pelengkap nutrisi kerana kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, pengamal sayur (vegetarian) & anemia

● Penting untuk pertumbuhan kanak-kanak & remaja yang sedang membesar

● Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan penuaan.

● Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku & hormon serta menjaga kesihatan tiroid

● Melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati

Membekalkan Tenaga Berkekalan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein (*) berasaskan soya. Pengasingan (isolation) protein yang pertama ni dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Bahan utama produk ialah kacang soya yang tidak diubah genetiknya (non-Genetically Modified Organism @ non-GMO). Setiap tong ESP yang beratnya 850gm adalah dihasilkan daripada 30,000 gm @ 30 kg kacang soya!!  Ia selamat dari sebarang bahan kimia. Isoflavone (genistein & daidzein) yang penting juga dapat dikekalkan sebab pemprosesannya menggunakan air, bukan alkohol.

ESP mengandungi 9 asid amino(**) penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 jenis vitamin & 4 jenis mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, muda hingga tua. Kandungan Indeks Glisemik(***) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai bagi penghidap kencing manis. Setiap satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik & sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat ESP :
● Awet  muda - Mengandungi asid amino penting untuk bina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain lagi. Jadi, protein sangat penting dalam proses membaik pulih sel badan. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda

● Baik untuk hormon - Kacang soya mengandungi isoflavone yang mempunyai fungsi sama seperti hormon wanita. Ia bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis & sakit jantung.

● Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser serta menghalang ia daripada merebak. Ia memusnahkan  radikel bebas di dalam badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus & pembesaran prostat.

● Kulit remaja - meransang pembentukan semula kulit & otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit & kepejalan otot, percepat penyembuhan luka & mengurangkan kesan parut

● Membekal tenaga dengan segera &  kekal lama, meningkatkan sistem  imun, mencegah migraine, insomnia  & tekanan

● Membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, mengurangkan pigmentasi, kedutan & kesan tua

● Meningkatkan kualiti memori, kesuburan & seksual

Penerangan
(*) Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama yang membentuk hormon manusia. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan masalah lebihan air yang tinggi dalam tubuh, sistem ketahanan badan yang rendah, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah & hormon, membawa kepada kegagalan fungsi organ & akhirnya boleh membawa kepada kematian.

(**) Apa itu asid amino? Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza, mengikut keperluan protein & enzim yang diperlukan tubuh. Terdapat asid amino tertentu yang tidak dapat dihasilkan tubuh & mesti diperolehi dari sumber permakanan (asid amino perlu). ESP menyediakan kesemua asid amino tersebut. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Programme (IPP) untuk memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik; dari benih hingga kepada pengeluarannya.

(***) Indeks Glisemik (G.I) menempatkan kedudukan karbobidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah kepada gula dengan cepat mempunyai G.I. yang tinggi manakala karbohidrat yang terpecah kepada gula secara perlahan-lahan mempunyai G.I. yang rendah. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah adalah penting dalam pengurangan berat badan & kesihatan jangka masa panjang,

Melegakan Senak Perut

PEPPERMINT-GINGER PLUS
Kombinasi 4 herba dari Barat & Timur ini dihasilkan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal, ia sangat membantu dalam merawat @ mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa & penghadaman.

Manfaat utama :

● Pudina ; Mempunyai kesan penenang yang bantu melegakan otot perut. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati & cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu sangat baik untuk mereka yang ingin mengelakkan demam akibat selesema. Pudina mempunyai khasiat sejuk & menyegarkan, maka ia boleh membantu dalam memelihara fikiran yang jelas & fokus

● Halia ; Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2000 tahun. Halia meransang perembesan enzim untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut & usus, sakit haid, loya & mual angin ketika mengandung & selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan bagi pesakit wanita. Penyelidik Switzerland pula mendapati halia adalah berkesan untuk merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal pula mendapati, halia dapat mencegah/merawat masalah kesakitan semasa perjalanan/pengembaraan

●Pokok Adas (fennal) ; Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut & gejala flu. Ia juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

● Cekur Manis (Anise) ; Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan & gejala kesakitan haid, batuk & kahak. Ia meransang perembesan jus gastrik untuk pencernaan menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, memberi tenaga dalam badan & lembut pada perut

Tingkatkan Tenaga Anda

CINCH ENERGY TEA MIX
Perbezaan Shaklee;
● Selamat, penggalak tenaga semulajadi
● Taurina, meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
● Alternatif untuk menggantikan kopi, soda @ manisan bagi meningkatkan kecergasan tubuh
● Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, tiada pewarna & tiada bahan pemanis

Cinch tea Shaklee terhasil daripada gabungan 4 jenis teh :
a) Matcha Green Tea Powder - disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral & antioksidan

b) Red Tea Extract - teh merah mengandungi polifenol iaitu salah satu antioksidan yang membantu mengurangkan radikel bebas yang boleh merosakkan badan. Polifenol telah dikaji sebagai agen pencegah kanser & menghalang sel kanser dari merebak

c) White Tea Extract - teh hijau muda yang mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau

d) Rooibos Red Tea Extract - tumbuhan unik yang berasal dari afrika selatan, kaya dengan sebatian polifenol

Menyokong Pelawasan

HERB-LAX
Ramuan asas produk terdiri daripada gabungan sains perubatan tradisi & teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed & culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti sesuai secara klinikal untuk digunakan tubuh buat jangka masa yang panjang.

Manfaat utama :
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut bagi najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement).
  • Mengempiskan perut
Info : Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami masalah cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Bagi yang normal, Herb-lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan