MENU

7 Jenis Penyakit Kulit

As Salam....Selamat petang... Agak lama tak menulis di blog.. Alhamdulillah minggu ni diberi sedikit kelapangan waktu... Hari ni, sha nak berkongsi beberapa jenis penyakit kulit & makanan yang perlu dielakkan atau diambil, serta beberapa suplemen yang penting...

1) HIVES (URTICARIA)


Sakit kulit yang disebabkan oleh alergi. Rupa sakitnya macam kena gigit nyamuk, selalunya gatal & boleh kena di mana-mana sahaja. Serangan boleh jadi hanya beberapa minit atau berhari-hari. Antara puncanya ialah stress,keimunan yang merosot, tindak balas alergi, perubahan cuaca & pemakaian baju yang ketat. Biasanya, doktor akan bagi antihistamin untuk mengurangkan simptom
Bagi nak elakkan serangan yang disebabkan alergi, cuba untuk jauhkan makanan yang mengandungi kadar histamin yang tinggi; keju, tempe, tauhu, jeruk, bayam, ikan, coklat, tomato, labu, raisin, buahan sitrus, daging yang diproses, terung, pic & ceri.

Suplemen Cadangan : Vitamin C & E bantu untuk mengurangkan stress, meningkatkan keimunan & suplemen yang baik untuk kulit


2) SHINGLES (HERPES ZOSTER)


Shingles ni macam chicken pox. Ia seperti ruam dengan bintik-bintik merah yang boleh berubah kepada lepuh yang menyakitkan. Selalunya ia kena di bahagian peha & punggung. Penderita akan merasa sakit & gatal. Doktor akan membekalkan ubat anti-viral & krim sapu untuk mengurangkan simptom.
Makanan yang perlu dielakkan ialah kacang atau coklat yang mengandungi L-arginine (sejenis asid amino yang menjadi makanan utama virus).

Suplemen Cadangan : Vitamin C yang banyak untuk meningkatkan sistem keimunan, mengambil L-Lysine untuk mengurangkan kesan L-arginine atau herba Echinacea untuk keimunan.


3) PSORIASIS


Sejenis ruam tidak berjangkit yang terlihat seperti tompokan merah yang ditutupi dengan kerak putih. Biasanya ia terlihat di siku, lutut, bahagian belakang (bawah) & kulit kepala. Psoriasis biasanya disebabkan oleh kekurangan asid lemak (omega 3, 6 @ 9) dalam diet makanan. Oleh itu, sangat digalakkan untuk makan ikan yang kaya dengan EPA & sayuran yang berdaun hijau.

Suplemen Cadangan : Minyak Ikan (EPA) yang mampu mengurangkan simptom psoriasis, mengekalkan kelembapan kulit & mengurangkan keradangan


4) ECZEMA


Keadaan di mana kulit mengalami keradangan, kering, merah & gatal. Ia disebabkan kurang asid lemak penting, kurang beberapa vitamin @ mineral, stress, alergen (bahan yang mencetuskan alergi), perubahan cuaca & bahan-bahan yang menyebabkan kulit mudah iritasi (contoh; produk yang mempunyai bahan kimia). Siku & tangan adalah bahan yang sering terlibat.

Suplemen Cadangan : Minyak ikan & minyak Borage adalah sumber asid lemak penting yang baik. Vitamin A, B, C & E perlu untuk meningkatkan ketahanan kulit


5) ROSACEA


Muka kemerah-merahan di bahagian pipi, dagu, hidung, dahi & mata. Lama kelamaan kulit akan menjadi tebal & jerawat mula tumbuh. Untuk mengatasi masalah ini, banyakkan makan sayuran warna hijau gelap (seperti brokoli, bayam, asparagus).

Suplemen Cadangan : Vitamin A (beta-carotene), Vitamin C yang mengandungi bioflavonoid, Zinc untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan luka & Selenium, antioksidan kulit yang terbaik.


6) COLD SORES (FEVER BLISTER)


Lepuh-lepuh di bahagian mulut, walaupun kecil tetapi sangat menyakitkan. Ia disebabkan oleh Herpes Simplex Virus & senang berjangkit. Seperti penyakit herpes yang lain, sakitnya akan berbalik & tiada penawar.

Suplemen Cadangan : Lysine boleh mengurangkan risiko penyakit ini berbalik, tetapi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi atau penyakit jantung tidak digalakkan untuk ambil. Propolis membantu untuk mengurangkan jangkitan & meningkatkan keimunan.


7) ACNE


Jerawat & acne adalah masalah yang sering dialami. Ia terjadi apabila liang pori tersumbat dan menyebabkan ia mengalami keradangan. Terdapat banyak produk pencuci muka & krim jerawat yang dijual, tetapi nutrisi yang baik juga amat penting untuk meningkatkan kualiti kulit. Antara makanan yang digalakkan ialah kobis, sayuran hijau, brokoli, bell pepper, kentang, lobak, pisang, oat & telur.

Suplemen Cadangan : Vitamin C dan E memberikan perlindungan kepada sel-sel kulit dari pancaran matahari. Vitamin A telah terbukti mampu mengawal pembentukan acne & mengurangkan kedutan. Biotin merupakan bahan asas bagi pembentukan kulit, kuku & rambut. Niacin membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mempunyai sifat anti radang yang mengurangkan iritasi kulit. (Biotin & Niacin merupakan salah satu dari Vitamin B)

Setakat ini sahaja perkongsian sha. Insyaa Allah, di lain kesempatan, sha akan berkongsi dengan lebih mendalam tentang ACNE... 😊


Rujukan Produk Shaklee :
1) Vitamin A (beta carotene) terkandung dalam Carotomax
2) Biotin & Niacin boleh didapati di dalam B Complex
3) Vitamin C & bioflavonoid ada dalam Vita-C Plus (500 mg setiap tablet)
4) Vitamin E & Selenium, seperti di dalam Vit E Complex
5) Minyak Ikan = Omegaguard, kaya dengan DHA dan EPA
6 ) GLA Complex dihasilkan dari minyak Borage
7) Zin Complex tentunya mengandungi Zinc

Menguatkan Fungsi Keimunan

CHEWABLE VITA-C PLUS
Banyak fungsi yang mampu dilakukan oleh tubuh kita, tetapi tidak mampu menghasilkan @ menyimpan vitamin C. Shaklee menawarkan Chewable Vita-C Plus yang memberikan 100mg vitamin c, ditambah dengan "rose hips" dan kompleks bioflavonoid. "Rose hips" dan kompleks bioflavonoid ini mempertingkatkan fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin C itu sendiri.

Manfaat utama Chewable Vita-C Plus :
● mempertingkatkan fungsi keimunan
● antioksidan semulajadi yang melindungi tubuh
● menyokong intergriti sel
● menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang, gusi, otot dan salur darah

# sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar untuk menelan tablet

Mengekalkan Tekanan Darah Normal

GARLIC COMPLEX

Garlic Complex Shaklee dihasilkan dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak & ditanam secara organik di California pada waktu panas. Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan 100% Allicin aktif. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen, yang menyamai 2 ulas garlic. Ia mengandungi spearmint yang membantu dalam mempertingkatkan sistem penghadaman & fungsi jantung.

Fungsi Garlic?
1) merupakan antibiotik semulajadi yang selamat digunakan untuk jangka masa panjang, bagi meningkatkan sistem keimunan tubuh & menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kuman, virus & fungus (candida). Selain itu, ia juga mengurangkan alergi seperti hidung sensitif, sinus, asma & hepatitis.

2) formula uniknya mampu mengurangkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, ulser gastrik & menentang bakteria H. pylori (bakteria penyebab diarhea)

3) kajian menunjukkan, pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi denga  8 point

4) garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum & kadmium adalah logam toksik yang boleh menaikkan tekanan darah. Garlic penting dalam proses detoksifikasi, melindungi sel darah dari kemusnahan akibat logam toksik & menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia

5) menurunkan kolesterol, LDL & trigliserida, mengurangkan kelikatan darah & pembekuan darah, meningkatkan HDL melindungi jantung & menghalang strok/penykit jantung

6) membantu mengelak & merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser ; Nitrosamine

7) menolong mengstabilkan glukosa di dalam tubuh kita

Pengemulsi Semulajadi

LECITHIN
Diekstrak dari kacang soya organik, bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya (termasuk 80 mg kolin & 48 mg Inositol). Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-choline, inositol, fosforus & lemak tak tepu.

Manfaat utama :
● membantu tubuh dalam penyerapan vitamin yang larut lemak (A,D,E,K)

● menghalang enapan lemak di hati, mengelakkan sirosis hati & membantu memulihkan kesihatan hati

● lecithin bertindak sebagai pembersih darah dimana ia mengemulsi & memecahkan lemak, kolesterol & trigliserida tubuh

● pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak, menghalang obesiti & untuk kesan pelangsingan yang seimbang

● membentuk membran sel, melembapkan & menghaluskan kulit, untuk kulit cantik, mengaktifkan metabolisme sel & melambatkan penuaan

● mengurangkan alergi seperti penyakit kulit;  dermatitis & demam alergi

● menghalang pembentukan batu karang kerana 90% batu karang adalah disebabkan kolesterol & lecithin membantu mengemulsi kolesterol yang berlebihan

● mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer & meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil lecithi n yang secukupnya untuk perkembangan janin yang sihat

● memperbaiki tekanan darah tinggi, menghalang arteriosklerosis & menggalakkan peredaran darah

● kajian telah membuktikan masalah prostat & urethra lelaki dapat dikurangkan dengan pengambilan lecithin yang banyak

● lecithin bantu melembutkan najis, melembapkan usus & menyingkirkan toksin

Mengurangkan Berat Badan & Memelihara Otot

CINCH SHAKE MIX
Setiap kali anda minum Cinch Shake Shaklee, anda akan dapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin & mineral serta 6 gram serat larut. Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme & mempercepatkan pembakaran kalori. Makanan yang kaya protein juga boleh membuatkan anda tahan lapar lebih lama, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Faedah utama :
● Indeks glisemik 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
● glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal & mengekalkan tenaga
● campuran eksklusif protein yang ditambah leucine (asid amino)
● leucine penting untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
● 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas & kenyang
● tinggi kandungan serat (6 gram setiap hidangan)
● membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian vitamin & mineral
● menggunakan soya bebas GMO, tiada perisa tiruan, tiada pewarna & tiada pemanis


Perlindungan Hati Anda

DTX COMPLEX
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama DTX Complex iaitu Milk Thistle yang mengandungi silymarin (80%) berupaya menyokong keupayaan badan untuk menjana semula sel-sel hati. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik & saintifik ; ekstrak Schizandra, cendawan Reishi, ekstrak dandelion, kunyit & artichoke (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia & tidak seperti jantung, sel hati mampu dijanakan semula. Kerosakan jantung selalunya disebabkan oleh serangan jantung, manakala hati boleh rosak akibat pengambilan alkohol yang berlebihan. Hati dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia. Ia menjalankan fungsi-fungsi kritikal seperti :

1) Menghasilkan jus hempedu yang penting dalam pencernaan lemak, membantu penyerapan vitamin A,D,E,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Ia juga penting dalam penukaran Beta Carotene kepada vitamin A

2) Bertindak sebagai detoksifikasi. Metabolisme protein & penapaian makanan oleh bakteria dalam usus menghasilkan ammonia yang didektoksifikasi (disingkirkan) oleh hati. Hati juga membantu menyingkirkan bahan-bahan toksik dari sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol & bahan-bahan kimia lain. Kemudian, bahan-bahan ini akan dikumuhkan melalui buah pinggang.

3) Mengawal paras gula dalam darah dengan menukarkan tiroksina (hormon tiroid) kepada bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati menghasilkan GTF (glucose tolerence factor) dari kromium & glutathione. GTF diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah. Sekiranya gula berlebihan, ia disimpan sebagai glikogen dan kemudian ia akan ditukar kembali kepada gula apabila badan memerlukan tenaga.

4) Penting dalam metabolisma lemak dimana ia membantu dalam sintesis asid lemak dari asid amino & gula, menghasilkan kolesterol, lipoprotein & phospolipid, pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga dan menukarkan makanan yang berlebihan kepada lemak sebelum diangkut & disimpan di tisu lemak badan

Formulasi DTX Complex yang dipaten :
1) Ekstrak Milk Thistle - melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun & bahan kimia. Merawat masalah hati seperti hepatitis & sirosis. Mengurangkan kadar kerosakkan hati akibat lebihan alkohol. Mencegah & merawat masalah batu karang. Membantu masalah kulit seperti psoriasis & eczema

2) Dandelion - menyokong fungsi hati, sangat bagus untuk hati bengkak (hepatitis) & jaundis. Membantu melancarkan pengaliran jus hempedu & mencegah batu karang. Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi (mengurangkan anemia). Melawan tumor & kanser. Merendahkan paras gula dalam darah. Baik untuk masalah kekembungan & kelebihan air dalam badan.

3) Cendawan Reishi (Ling zhi) - meningkatkan keimunan, membantu dalam mencegah atau merawat kanser, mengurangkan masalah bronkitis & sinusitis, merawat keletihan yang kronik & membantu mencegah penyakit jantung

4) Artichoke - membina semula sel-sel hati& meransang pengaliran hempedu

5) Turmeric (kunyit) - mengandungi curcumin (anti-oksida) yang bersifat anti radang, mengurangkan kesakitan & mempunyai kesan anti-viral (HIV)

6) Ekstrak Schizandra - meransang sintesis protein untuk meningkatkan enzim dalam hati yang bertanggungjawab dalam proses detoksifikasi & memperlahankan pembentukan toksin

Menghidratkan Tubuh

PERFOMANCE DRINK
Pertama kali dihasilkan pada 1980an oleh saintis Shaklee & Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme) dimana penerbangan ini telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu. Perfomance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA. Para atlet bertaraf antarabangsa & pengembara terkemuka memilih Perfomance sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia.

Ujian klinikal membuktikan bahawa rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga & memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Perfomance mempunyai lebih 67% sumber tenaga &  menyediakan tenaga  dari 3 jenis karbohidrat dengan segera

Manfaat Utama :
1) Memberikan tenaga kepada otot & sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot & memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh

2) Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium & chloride yang membantu mengimbangi & membekalkan elektrolit dan mengimbangi metabolism air dalm tubuh. Produk ini dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tropika & aktif bekerja seharian

3) Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembapkam kulit & kelihatan muda.

4) Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot & percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot

Perfomance sangat sesuai untuk para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum & selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahidratan otot & kulit vagina yang kering, cirit birit, tiada selera makan, rendah paras gula, pening dan sebagainya

Melengkapi Nutrien Yang Diperlukan

VITA-LEA
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin & mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize - Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" (perkataan vitamin yang disebut sekarang asalnya dari Shaklee). Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dulu) kepada bentuk tablet yang dipanggil "Vita-Lea". Setiap tablet mengandungi formulasi khusus dengan 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran & buah, 12 vitamin dan 7 mineral; yang diperlukan seorang dewasa. Suplemen seimbang dan paling komprehensif yang mampu dimiliki. Disokong oleh 7 kajian klinikal & menjalani 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan & keberkesanan produk.

Tablet Vita-Lea ini diselaputi dengan spirulina yang dihasilkan dengan kaedah yang terkini & teknologi eksplosif yang kompleks disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air & tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah bertindak balas dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Manfaat utama :
● Pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

● Pelengkap nutrisi kerana kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, pengamal sayur (vegetarian) & anemia

● Penting untuk pertumbuhan kanak-kanak & remaja yang sedang membesar

● Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan penuaan.

● Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku & hormon serta menjaga kesihatan tiroid

● Melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati

Membekalkan Tenaga Berkekalan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein (*) berasaskan soya. Pengasingan (isolation) protein yang pertama ni dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Bahan utama produk ialah kacang soya yang tidak diubah genetiknya (non-Genetically Modified Organism @ non-GMO). Setiap tong ESP yang beratnya 850gm adalah dihasilkan daripada 30,000 gm @ 30 kg kacang soya!!  Ia selamat dari sebarang bahan kimia. Isoflavone (genistein & daidzein) yang penting juga dapat dikekalkan sebab pemprosesannya menggunakan air, bukan alkohol.

ESP mengandungi 9 asid amino(**) penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 jenis vitamin & 4 jenis mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, muda hingga tua. Kandungan Indeks Glisemik(***) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai bagi penghidap kencing manis. Setiap satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik & sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat ESP :
● Awet  muda - Mengandungi asid amino penting untuk bina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain lagi. Jadi, protein sangat penting dalam proses membaik pulih sel badan. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda

● Baik untuk hormon - Kacang soya mengandungi isoflavone yang mempunyai fungsi sama seperti hormon wanita. Ia bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis & sakit jantung.

● Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser serta menghalang ia daripada merebak. Ia memusnahkan  radikel bebas di dalam badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus & pembesaran prostat.

● Kulit remaja - meransang pembentukan semula kulit & otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit & kepejalan otot, percepat penyembuhan luka & mengurangkan kesan parut

● Membekal tenaga dengan segera &  kekal lama, meningkatkan sistem  imun, mencegah migraine, insomnia  & tekanan

● Membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, mengurangkan pigmentasi, kedutan & kesan tua

● Meningkatkan kualiti memori, kesuburan & seksual

Penerangan
(*) Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama yang membentuk hormon manusia. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan masalah lebihan air yang tinggi dalam tubuh, sistem ketahanan badan yang rendah, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah & hormon, membawa kepada kegagalan fungsi organ & akhirnya boleh membawa kepada kematian.

(**) Apa itu asid amino? Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza, mengikut keperluan protein & enzim yang diperlukan tubuh. Terdapat asid amino tertentu yang tidak dapat dihasilkan tubuh & mesti diperolehi dari sumber permakanan (asid amino perlu). ESP menyediakan kesemua asid amino tersebut. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Programme (IPP) untuk memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik; dari benih hingga kepada pengeluarannya.

(***) Indeks Glisemik (G.I) menempatkan kedudukan karbobidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah kepada gula dengan cepat mempunyai G.I. yang tinggi manakala karbohidrat yang terpecah kepada gula secara perlahan-lahan mempunyai G.I. yang rendah. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah adalah penting dalam pengurangan berat badan & kesihatan jangka masa panjang,

Melegakan Senak Perut

PEPPERMINT-GINGER PLUS
Kombinasi 4 herba dari Barat & Timur ini dihasilkan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal, ia sangat membantu dalam merawat @ mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa & penghadaman.

Manfaat utama :

● Pudina ; Mempunyai kesan penenang yang bantu melegakan otot perut. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati & cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu sangat baik untuk mereka yang ingin mengelakkan demam akibat selesema. Pudina mempunyai khasiat sejuk & menyegarkan, maka ia boleh membantu dalam memelihara fikiran yang jelas & fokus

● Halia ; Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2000 tahun. Halia meransang perembesan enzim untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut & usus, sakit haid, loya & mual angin ketika mengandung & selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan bagi pesakit wanita. Penyelidik Switzerland pula mendapati halia adalah berkesan untuk merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal pula mendapati, halia dapat mencegah/merawat masalah kesakitan semasa perjalanan/pengembaraan

●Pokok Adas (fennal) ; Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut & gejala flu. Ia juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

● Cekur Manis (Anise) ; Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan & gejala kesakitan haid, batuk & kahak. Ia meransang perembesan jus gastrik untuk pencernaan menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, memberi tenaga dalam badan & lembut pada perut

Tingkatkan Tenaga Anda

CINCH ENERGY TEA MIX
Perbezaan Shaklee;
● Selamat, penggalak tenaga semulajadi
● Taurina, meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
● Alternatif untuk menggantikan kopi, soda @ manisan bagi meningkatkan kecergasan tubuh
● Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, tiada pewarna & tiada bahan pemanis

Cinch tea Shaklee terhasil daripada gabungan 4 jenis teh :
a) Matcha Green Tea Powder - disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral & antioksidan

b) Red Tea Extract - teh merah mengandungi polifenol iaitu salah satu antioksidan yang membantu mengurangkan radikel bebas yang boleh merosakkan badan. Polifenol telah dikaji sebagai agen pencegah kanser & menghalang sel kanser dari merebak

c) White Tea Extract - teh hijau muda yang mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau

d) Rooibos Red Tea Extract - tumbuhan unik yang berasal dari afrika selatan, kaya dengan sebatian polifenol

Menyokong Pelawasan

HERB-LAX
Ramuan asas produk terdiri daripada gabungan sains perubatan tradisi & teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed & culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti sesuai secara klinikal untuk digunakan tubuh buat jangka masa yang panjang.

Manfaat utama :
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut bagi najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement).
  • Mengempiskan perut
Info : Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami masalah cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Bagi yang normal, Herb-lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan

Vitamin C Semulajadi

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vit c, sedangkan manusia tidak. Tambahan pula vitamin C bersifat larut air & akan hilang berterusan dari tubuh. Maka, kita perlu mengambil vitamin C setiap hari.

Adakah vitamin C dari buah mencukupi?
Setiap hidangan buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas ia ranum. Oleh itu, buahan yang tidak cukup masak mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Vitamin C juga akan berkurangan apabila dipetik @ terdedah kepada kepanasan.

Setiap tablet vitamin C plus Shaklee adalah bersamaan dengan 7.5 hidangan buah iaitu 500 mg dan hanya 1.5 vitamin C tersebut dilepaskan setiap jam (pembebasan berterusan). Ujian klinikal telah membuktikan di dalam 2 tablet vitamin C, mampu kekal di dalam plasma darah selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh, melegakan inflamasi,  menentang infeksi bakteri & radikel bebas.

Manfaat Utama :
  • Meransang pembentukan kolagen iaitu sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka & tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mempertingkatkan kedut & menghalang otot menjadi lembik
  • Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari cedera, kulit kering & kasar serta ruam.
  • Membantu penyerapan zat besi, iaitu komponen penting dalam membina sel darah merah, membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan asma dan alergi hidung & kulit. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan & mengurangkan simptom flu & selesema
  • Antioksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh & meransang pengeluaran T-cell untuk melawan sel-sel kanser & membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikel bebas sebelum ia menyerang sel tubuh
  • Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang cerah, melambatkan penuaan & meyekat pembentukan pigmen yang boleh menyebabkan jeragat
  • Ia membantu dalam masalah berkaitan mental seperti stress, keresahan & insomnia (kesukaran untuk tidur)
  • Ia mengekalkan salur darah yang sihat, mengurangkan tekanan darah & kolesterol, menghindar arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalam, hidung berdarah, pendarahan serebral & skurvi
Info :
  • Sebatang rokok melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Keresahan, kontraseptif & pil penahan sakait mempercepatkan penyusutan vitamin C

Vitamin Penting Untuk Kesihatan Yang Baik

B-COMPLEX

Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik di pasaran bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin & asid folik. Kesemua komponen ini penting untuk menjaga keseimbangan & keberkesanan vitamin B. Vitamin B bersifat larut air & sebarang lebihan tidak akan disimpan. Ia akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, penting untuk kita mengambilnya setiap hari.

B-Complex bermanfaat untuk :
  • Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat & protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, melawan tekanan, meredakan sakit kepala, tekanan, insomnia & kemurungan
  • Membanu tumbesaran yang sihat & normal bagi bayi & kanak-kanak, membantu pembinaan DNA sel-sel baru, mengurangkan risiko kecacatan otak @ tulang belakang
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & kekalkan kesihatan rambut
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori & daya pemerhatian/ fokus
  • Membantu pembentukan sel darah merah & antibodi yang sihat, meransang peredaran darah, merendahkan paras cystine untuk kesihatan kardiovaskular, merawat @ mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah @ mabuk (darat & laut)
  • Meredakan senggugut, kerisauan, keresahan & masalah penghadaman terutama mereka yang mengambil ubat hormon & ubat tahan sakit.
  • Mencegah mulut merekah, jangkitan lidah & nafas berbau
  • Meredakan alahan

Info : B-Complex shaklee tidak menggunakan 'Brewer Yeast', maka pengambilannya selamat dari jangkitan fungi/kulat

Jantung Lebih Sihat Bertenaga

COQHEALTH PLUS
Setiap hari, jantung mengepam hampir 2000 gelen darah ke seluruh tubuh. Sebagai pusat kawalan utama sistem peredaran darah & otot yang paling keras bekerja berbanding organ tubuh yang lain, ia memerlukan jumlah tenaga yang cukup besar untuk berfungsi dengan efisien. Tenaga diperolehi adalah atas bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10). CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan & wujud pada seluruh tubuh. Ia boleh didapati dari pemakanan (dianggarkan lebih kurang 10 mg sehari). Tetapi, keperluan untuk nutrien ini telah meningkat akibat daripada permakanan yang tidak seimbang, faktor usia, pengambilan ubat-ubatan tertentu & pendedahan harian kepada bahan-bahan radikel bebas.
CoQ10 adalah nutrien yang larut lemak yang paling banyak didapati di jantung, hati, buah pinggang & pankreas. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula & lemak dari makanan. Nutrien ini akan dipecahkan & diangkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses ini berterusan beribu-ribu kali setiap saat untuk memastikan aliran tenaga yang berterusan. Kekurangan CoQ10 menyebabkan sel-sel badan tidak mampu menghasilkan tenaga & organ-organ tidak berfungsi dengan betul.
Resveratrol adalah fitonutrien yang memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan arteri. Kajian makmal menunjukkan ia mampu menghalang oksidasi LDL & menggalakkan salur darah melebar dan lebih relaks.

CoQHealth Plus merupakan campuran semulajadi 100mg CoQ10 & resveraterol di dalam softgel yang bioavailable. Ia telah dibuktikan :
  • Membantu dalam menghasilkan tenaga bagi jantung, meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam, mengurangkan serangan angina (sakit pada bahagian jantung) & mengurangkan palpitasi (rasa berdebar) jantung 
  • Meningkatkan peredaran darah & mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan 
  • Antioksidan yang menghalang oksidasi LDL & melindungi arteri dari pengumpulan plak yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat
  • Mengekalkan kandungan CoQ dalam darah adalah penting untuk meningkatkan tenaga, menambahkan stamina & mengurangkan kelesuan
  • Meningkatkan kecerdasan mental, memori & keupayaan kognitif, mengurangkan serangan migraine, pening & loya
  • Peningkatan dalam peredaran darah mampu membekalkan oksigen yang cukup, menyalurkan nutrisi yang penting untuk pemulihan, rejuvenasi & penghasilan kolagen pada kulit. Ini membantu kulit agar lebih tegang, cerah & berseri
  • CoQ meningkatkan kesuburan kerana ia bantu mengurangkan stress oksidatif (yang menyebabkan kerosakan pada sperma), meningkatkan kiraan sperma pergerakan sperma & kualiti sperma.
Siapa yang disyorkan mengambil CoQHealh?
  • Mereka yang 18 tahun ke atas yang prihatin tentang kesihatan jantung & salur darah
  • Lelaki & wanita yang mengambil ubatan yang boleh mengurangkan tahap CoQ (contohnya ubat menurunkan kolesterol yang dibekalkan oleh doktor)
  • Mereka yang mempunyai masalah kegagalan jantung kongestif & mengalami serangan jantung
  • Mereka yang telah menjalani "heart bypass"
  • Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, serangan migraine, parkinson & distrofi otot

* Info : Tahukah anda; Jantung berdenyut 100,000 kali setiap hari & diameter aorta (arteri terbesar) hampir menyamai hos taman anda?

Perlindungan Sel Dari Dalam

CAROTOMAX
Penemuan terawal vitamin A adalah pada tahun 1912 & kajian mendapati pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun, pada tahun 1932, satu prekursor vitamin A telah ditemui & pengambilannya adalah selamat ; iaitu Beta Carotene. Carotomax diekstrak dari rangkaian sayuran & buahan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ia mengandungi Alpha carotene, Beta carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein & Zeaxanthin.

Antara manfaat utama :
  • Mempertingkatkan fungsi penglihatan & membantu mereka yang mempunyai masalah seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism (silau), mata kering, kelesuan mata, glaukoma, katarak, eye bag & lingkaran hitam pada mata
  • Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat & akne. Manakala penggunaan luaran bantu untuk merawat pastule, scabies, akne & ulser kulit
  • Ia juga memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing & tisu ovari
  • Pengambilan yang kerap bantu dalam mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan, menyekat aktiviti bahan penyebab kanser & menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara & paru-paru. Ia juga mengurangkan radikel bebas & menyingkirkan sel mati yang telah teroksida
  • Mempertingkatkan fungsi paru-paru & meransang enzim yang bantu membunuh kuman, menyekat penyakit respiratori seperti batuk, hepatitis, asma, flu & selesema
  • Menggalakkan perkembangan yang normal & sihat, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi & gusi yang sihat & sistem reproduksi yang sihat
* Info : 1 hidangan Carotomax adalah bersamaan dengan :
1) 89 hidangan raspberries 
2) 102 hidangan pisang
3) 714 hidangan aprikot
4) 113g salmon
5) 285 hidangan pink grapefruit

Makanan Segera, Tanpa Curiga

MEAL SHAKES
Meal Shake (MS) Shaklee merupakan makanan segera yang berkhasiat kerana ia menyediakan hidangan lengkap, penuh dengan nutrien & asid amino. Ia dibuat daripada bahan semulajadi (buahan, sayuran, kacang soya, lactalbulmin dll). Lactalbumin adalah bahan terbaik  & mengandungi protein yang sangat berkualiti, mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Ia dihasilkan untuk semua golongan ; bayi pelajar, kanak-kanak membesar, ibu hamil, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, yang sibuk bekerja & mereka yang selalu mengambil makanan segera.

  • Menyediakan nutrisi yang lengkap, iaitu 24 jenis vitamin & mineral. Ia turut mengandungi lecithin dari soya yang berfungsi dalam membantu penyerapan vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein yang penting dalam pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium yang berfungsi dalam pembinaan tulang & proses tumbesaran
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink & selenium yang merupakan agen anti oksidan yang bertindak melawan radikel bebas & melambatkan proses penuaan
  • Kandungan vitamin B yang lengkap, zat besi & cooper yang cukup dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat, sekaligus mengembalikan seri wajah & memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Kaya dengan serat larut yng membantu proses detoksifikasi, membuang lemak berlebihan & sisa buangan dari perut & usus
  • Mempunyai rasa yang lazat & kandungan fruktosa semulajai, tidak mengandungi sebarang pewarna & gula tiruan
Info : kekurangan zat dalam makanan boleh menganggu penyerapan nutrien dalam badan

Makanan Yang Berkhasiat

ALFALFA COMPLEX
Produk ni dihasilkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an... Ia merupakan ekstrak dari tanaman Alfalfa (Medicago sativa) yang ditanam secara organik di California... Tanamannya bebas dari pestisid, herbasid & baja/kompos kimia... 'Raja Segala Tumbuhan' ini mengambil masa selama 2 tahun untuk membesar   & akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.... Daun alfalfa dari Shaklee hanya akan dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak kerana ia kaya dengan klorofil...

Alfalfa telah digunakan manusia sejak lebih dari 2500 tahun & dikenali sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi & zat galian... Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 10 vitamin, 15 mineral, 8 enzim & fitokimia yg lain... Alfalfa sangat bermanfaat dalam :
1) Mencuci hati, darah & usus kerana ia makanan yang beralkali yg boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah & mencantikkan kulit & otot...

2) Memperbaiki alahan seperti mengurangkan hidung sensitif, kurap, bau badan, ulat air (athlete's foot) & membaiki keadaan kulit...

3) Membaiki masalah penghadaman seperti kembung perut, hiperasid, ulser, gastrik hepatitis & sembelit..

4) Menyingkirkan lemak & mengurangkan kolesterol kerana ia mengandungi saponin yang bertindak seperti serat yang menyerap kolesterol sekaligus dapat mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi...

5) Membuang tumor & melawan sel-sel kanser...

6) Melegakan kesakitan yang disebabkan atritis & mengurangkan keletihan

* Info : Setiap tablet Alfalfa Complex Shaklee mengandungi 300mg ekstrak Alfalfa...

****************************************
PREVENTION IS BETTER  THAN CURE
&
HEALTH IS PRICELESS
***************************************

Antioksidan Yang Kuat

VITA-E COMPLEX

Setiap kapsul gel mengandungi 400IU vitamin E yang diekstrak dari minyak soya organik & minyak biji gandum. Tambahan lain adalah 10 mg selenium semulajadi yang berfungsi dalam membantu penyerapan vitamin E, memelihara membran setiap sel, mengukuhkan anti-oksidan, melindungi retina & penyahtoksik logam berat seperti merkuri & kadmium.

Vitamin E itu sendiri berfungsi dalam...
●  Melindungi jantung dengan mengelakkan oksidasi lipid (menyebabkan penghasilan radikel bebas), meningkatkan HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat pada dinding arteri, menghalang anemia hemolitik & penyakit jantung

●  Mempertingkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan pengiraan sperma, meningkatkan motiliti (pergerakan) & morfologi (bentuk/rupa) sperma, meningkatkan kualiti air mani, meningkatkan fungsi seksual & meningkatkan penyaluran oksigen

●  Agen anti penuaan iaitu membantu melambatkan penuaan mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne & bintik penuaan (brown spot). Ia juga mampu memulihkan tekstur & tona kulit

●  Anti-oksidan yang kuat dan mampu melawan kanser, mengukuhkan sistem keimunan, menghalang & melambatkan pertumbuhan tumor, memperbaiki masalah oksidasi (seperti katarak) & mengurangkan kerosakkan akibat radikel bebas.

●  Mengurangkan kesan parut pada kulit, meningkatkan keanjalan salur darah, & memperbaiki kitaran darah

* Info : kajian mendapati pengambilan vitamin E mengurangkan risiko penyakit jantung (41%) & strok (33%) 

**********************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
**********************************************************************

Sekat kolesterol dengan Phytocol

PHYTOCOL-ST

Baru2 ni Shaklee ada keluarkan produk baru...Phytocol... sebelum sha berkongsi kebaikan produk ni, jom kita cuba fahami apa tu kolesterol atau lebih difahami sebagai lemak..
sebenarnya lemak ni ada peranan kat dalam tubuh...antaranya, ialah komponen penting untuk membina sel membran, iaitu sel yang bertindak melindungi struktur dalam sel contohnya nukleus (kat dalam ada kod genetik manusia), mitokondria (kilang pembuat tenaga) dll.....(banyak2 karang dah macam kelas sains plak...hehe..)
fungsi kedua... jadi transporter (tetiba teringat kat Jason Statham yang macho) atau pembawa...darah kita unsur air kan?...lemak tak bercampur ngan air kan?...macam mana badan nak bawa nutrien yang larut lemak contoh nya vitamin A & E?...korang pun tahu vitamin ni pun penting juga dalam tubuh... sebab tu ada 2 pembawa iaitu lipoprotein...LDL & HDL...LDL bawa nutrien masuk sel, HDL pula bawa LDL untuk disingkirkan...
Badan kita juga menghasilkan lemak...lebih tepat lagi, dihasilkan kat hati....jadi kalau kita tak amik makanan yang ada lemak pun, Insya Allah kita boleh survive...masalahnya, Malaysia ni kaya dengan makanan yang tinggi lemak...lemak yang tak baik pulak tu...jadi, LDL akan lebih banyak dihasilkan berbanding HDL...HDL terhasil melalui permakanan lemak yang sihat contohnya Omega 3, 6 dan 9...cuba korang check, makanan yang korang ambil kaya dengan lemak baik atau jahat?...bila LDL terlampau banyak, tapi HDL sangat2 sikit, menyebabkan LDL mudah terenap (embedded) pada salur darah arteri & membentuk plak...itu yang menyebabkan serangan jantung, koma, strok dll...

okey...macam mana Phytocol bertindak?...lemak tak masuk dalam sel sesuka hati...ada 'pintu' yang perlu dilalui...macam kunci & mangga...bentuk keduanya mesti sama barulah boleh dibuka...macam tu juga dengan lemak...ada receptor yang dia kena lalui, barulah boleh masuk dalam sel...Phytocol pula mengandungi phytosterol yang mempunyai bentuk yang sama seperti kolesterol...bezanya, phytosterol berasas tumbuhan, manakala kolesterol kebanyakkannya dari sumber haiwan...jadi, ia akan berebut nak melekat pada receptor tu...bila phytosterol masuk dalam hati, ia tak akan ditukarkan atau disimpan...ia disingkirkan keluar dari tubuh...dengan cara ni, LDL tak dihasilkan, mengurangkan risiko endapan plak & mengelakkan sakit jantung....
kajian mendapati, pengambilan sebanyak 2000mg phytosterol mampu menurunkan 10-15% kolesterol dalam badan & menurunkan sehingga 80% risiko sakit jantung!!!!

apa kaitan phytocol dengan orang yang nak kuruskan badan?...
sumber tenaga badan adalah dari karbohidrat, protein & lemak...badan akan gunakan karbohidrat & protein yang kita makan....kemudian, badan akan gunakan glikogen iaitu tenaga simpanan badan...bila dah tak jumpa sumber2 tadi, barulah badan gunakan lemak sebagai sumber tenaga alternatif...kalau kita nak kurus, tentulah kita nak buang lemak yang sedia ada kat badan kan?...tapi, macam mana nak buang secara efektif, kalau lemak baru asyik masuk?...sebab tu nak kena ambil phytocol sebagai penyekat lemak (fat blocker)..barulah kita focus nak hilangkan lemak yang sedia ada dalam badan melalui permakanan suplemen seperti Omegaguard, bersenam & makanan yang seimbang....

*****************************************************
Prevention Is Better Than Cure
******************************************************

Mineral Penting Untuk Metabolik Semulajadi

ZINC COMPLEX

Zink adalah khazanah lelaki & terkandung dalam prostat; 10 kali ganda berbanding organ lain. Kekurangannya boleh mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, tidak  subur, perkembangan yang kecil@pincang pada testikal, kiraan sperma yang kurang, kemerosotan fungsi seksual & rambut gugur.

Selain itu, Zink sangat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua untuk :
□ mengaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh seterusnya meransang regenerasi sel & tumbesaran
□ membantu pembentukan protein & kolagen yang bertanggungjawab dalam pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku & organ
□ membantu pengeluaran & fungsi insulin, sekaligus memperbaiki diabetes
□ membantu pengeluaran T-cell di kelenjar Thymus yang berfungsi dalam meningkatkan sistem keimunan, menghalang kanser & menghalang infeksi penyakit
□ mempercepatkan pemulihan luka dalaman & luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi & bintik dikulit
□ melindungi kesihatan prostat & mengurangkan pembengkakan prostat
□ memperbaiki kemampuan seks lelaki, meningkatkan kiraan sperma & keupayaan seks yang bertenaga
□ membantu dalam pengecutan uterus (wanita selepas bersalin) & mengembalikan daya ketahanannya
□ mengurangkan masalah radang kulit seperti akne & jerawat
□ untuk mengekalkan deria rasa & bau yang sihat

*Info : Pengambilan zinc untuk jangka panjang berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh

*******************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
♡♡♡
CHANGE YOUR LIFE NOW!
*******************************************

Tip Menguruskan Kelesuan, Tekanan & Kemurungan Suri Rumah

Jadi seorang suri rumah memang melelahkan... menghadapi hari yang buruk, kerja2 rumah yang tak pernah habis dan tak cukup tidur akan meningkatkan tekanan...bila dalam keadaan tertekan, kita berasa lesu dari segi emosi & fizikal....
Tip bagi meransang tenaga :
♡ cuba cari masa untuk berehat... bagi anak2 mainan & baring kat sebelah mereka sambil tengok-tengok
♡ selalunya kalau anak2 tidur, kita sibuk tengok tv lah, belek fb lah...cuba ubah; ikut tidur kalau anak2 tidur, tapi agak2 la... janganlah lama sangat...
♡ perbanyakkan minum air putih sebabnya bila kita kurang minum air, badan akan mengalami dehadrasi...ini menyebabkan kita lemah... ops! Kawal pengambilan kafein...bila kafein tinggi dalam badan, kita lebih cepat kehilangan air dalam badan...
♡makan secara teratur & seimbang...tapi,jangan amek makanan ringan semasa perut kosong... snek ringan tiada nutrien berkhasiat, bahkan kita kehilangan tenaga lebih cepat...

Tekanan adalah perkara biasa, tapi jangan sampai ia bagi kesan negatif pada tubuh.... kurangkan tekanan dengan :
♡ Semaikan sikap tolak ansur dengan pasangan
♡ Ketawa....adalah penawar duka..tak semestinya wajib tengok komedi...(biasanya kalau sha stress, sha akan call kawan sha sewaktu di UKM...memang gelak habis...☺)
♡ bermain dengan haiwan peliharaan
♡ menghubungi rakan2 (juga seorang ibu)..mungkin boleh minta pendapat atau meluahkan rasa...

Kemurungan pula berlaku bila kita tak menangani tekanan dengan baik... keadaan yang kronik ini bukan sahaja memberi kesan pada kesihatan anda sendiri, bahkan kesannya dapat dirasai oleh orang sekeliling terutamanya anak2...
Hilangkan rasa murung dengan :
♡ luangkan masa untuk diri sendiri... tanpa anak2, pergilah tengok wayang ke, pergi spa ke atau apa sahaja aktiviti yang anda suka secara solo @ bersama rakan2...
♡ rehat daripada rutin seharian...kalau biasanya  jadual penuh dari 5 pagi hingga 10 malam, dengan nak masak, mengemas bla!bla!... cuba buat aktivti lain, contohnya membaca ke...
♡ bersenam boleh meransang pengeluaran hormon yang membuatkan kita rasa gembira...
♡ sentiasa bersyukur - Pakar psikologi mendapati, apabila kita bersyukur dengan segala yang kita miliki, menurunkan paras tekanan ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 2 hingga 3 tahun..

Semoga perkongsian ini mampu membantu ibu2 surirumah di luar sana....


***********************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
**********************************************************************

Mengawal Atur Hormon

GLA COMPLEX

Gamma Linolenic Acid (GLA) merupakan sumber terbaik Omega-6. Kebanyakan produk di pasaran menghasilkan GLA daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tetapi Shaklee mengekstrak GLA dari Borage kerana ia mengandungi kandungan GLA, 2 kali ganda dari EPO. Borage yang digunakan adalah di tanam secara organik di kawasan Saskatchewan. Kenapa ia dipanggil sebagai GLA Complex?...sebab di setiap gel bukan sahaja mengandungi 300mg GLA, ia juga mengandungi minyak bunga matahari & Vitamin E...Bioavailabiliti GLA Complex telah dibuktikan secara klinikal, di mana ia mampu menyerap & sebati ke dalam sel & tisu 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO....

Kebaikan GLA COMPLEX...
♧ merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina
♧ membentuk prostaglandin yg bertindak dalam mengawal hormon estrogen & testosteron
♧ memperbaiki simptom PMS (seperti senggugut, mood swing, retensi air & sakit payudara) dan memperbaiki keadaan menopaus (seperti hot flash, insomnia, ketidakhadaman & depresi)
♧ membaiki masalah prostat lelaki (prostatomegaly) & kerap kencing
♧ menghalang pertumbuhan sel tumor & kanser
♧ ejen anti radang - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, elergi, gatal2, kulit kering, bintik2 penuaan, tinea, kurap, bengkak akibat athritis
♧ menghalang kompilasi diabetik - kawal kandungan gula, kurangkan kebas & kesakitan
♧ merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dan memberi tone kepada kulit & otot wanita secara berperingkat
♧ menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengurangkan risiko penyakit jantung
♧ mengurangkan rambut kering & gugur
♧ memperbaiki keadaan kanak2 autisma, sukar memberi tumpuan utk belajar & hiperaktif

# Kalau dulu orang lelaki tak nak makan GLA, katanya untuk wanita sahaja...tapi sekarang, customer lebih banyak tahu dari tak tahu...😉

************************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
************************************************************************

Tulang Kuat, Susuk Tubuh Tegap

Ostematrix

Suplemen ini mempunyai kombinasi 3 jenis kalsium, Vit D & Magnesium - membolehkan penyerapan yang optimum sehingga 99%!...Terbukti secara klinikal, penggunaan 2 caplets ostematrix menyebabkan peningkatan statistik tahap kalsium dalam darah untuk 12 jam.

Manfaatnya?
◆ menguatkan tulang - mengurangkan risiko osteoporosis,merawat tulang retak & osteomalacia, menguatkan kuku (menghalang kuku rapuh), kerangka & gigi...serta kurangkan gusi berdarah
◆ mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membaiki jantung berdebar
◆ ia juga penting dalam impuls saraf, merupakan unsur penenang, mengurangkan gementar, stress & depresi, membaiki mood swing, mengurangkan sakit kepala & pitam, memberi keselesaan sewaktu tidur
◆ sifatnya yang beralkali, mengimbangkan pH, mengurangkan risiko obesiti sewaktu tua, membaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik...
◆ kajian mendapati, pengambilan 1000mg kalsium (diambil bersama magnesium) sehari mampu mengurangkan simptom PMS (mood swing, retensi air dll) serta membaiki masalah membuang air kecil
◆untuk  membaiki kekejangan, kebas2, sakit sendi & athritis, disarankan untuk mengambil 600 mg (2 hingga 3 biji) sebelum tidur

Kenapa perlu ambil bersama Magnesium & Vit D?
◇ Vit D meningkatkan penyerapan kalsium & fosforus - komponen yg penting dalam meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka & membaiki periodontal...(orang yg kurang terdedah kepada matahari, vegetarian, orang2 tua - lebih dari 55 tahun & wanita hamil lebih memerlukan Vit D)...
◇ Magnesium pula menggalakkan komposisi tulang & rawan, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, penting dalam pengecutan otot & saraf, menstabilkan denyutan jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut & usus, menghalang endapan kalsium (yg boleh menyebabkan batu karang @ batu hempedu)
◇ komponen lain dalam ostematrix ialah zinc, boron, mangan & kuprum untuk memelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot, membantu enzim dalam membaiki tulang & rawan

Fakta : 1 caplet ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam

*******************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
*********************************************************************

Membantu Bergerak Bebas

Advance Joint Health Tablet

sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sakit pingang, sakit lutut, sakit tumit & gout...

Suplemen ini mengandungi Ekstrak Boswella, Ekstrak Jagung, Vit C, Zink, Tembaga & Mangan. Ia bertindak dengan 3 cara iaitu :
• meningkatkan keselesaan sendi
• meningkatkan kusyen/pelapik
• memelihara kesihatan tisu penyambung

Ekstrak Boswella
- digunakan dalam perubatan Ayuverdic (>5000 tahun) untuk merawat Osteoathritis & Rheumatoid Athritis
- mengandungi asid Boswella yang merupakan komponen aktif utama, yang bertindak sebagai agen anti radang semulajadi. Ia juga bertindak menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan

Ekstrak Jagung
- mengandungi glukosamina yang merupakan komponen utama dalam pembentukan tulang rawan & cecair sinovial. Cecair ini bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan (fungsi macam minyak grease) & mengelakkan tulang2 bergeser antara satu sama lain...selain tu, ia bertindak sebagai kusyen a.k.a pelapik, bagi menyerap hentakan & melindungi sendi2 disekeliling tulang...

Komponen Lain
Vitamin C pula nutrien penting dalam sintesis kolagen...Zink, Tembaga & Mangan merupakan co-factor bagi enzim yang membina kolagen & gkukosaminonglikan (apa tu co-factor?..lebih kurang macam co-pilot kapal terbang, tolong pilot terbangkan kapal..hahaha)

Fakta : Dalam kajian klinikal, pengambilan ekstrak boswella dalam AJHT memberi kesan positif dalam masa 5 hari

*********************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
**********************************************************************

Persiapan Untuk Bercuti

Salam petang pembaca sekalian.. sedar tak sedar, bulan Ramadhan tinggal 3 hari sahaja lagi... kalau kat jb, budak2 sekolah dah start cuti esok...sha percaya, ada sesetengah family akan pergi bercuti (termasuklah kami sekeluarga...Insya Allah)...alang2 tengah  mengemas, sha nak berkongsi beberapa persediaan yg perlu kita buat utk percutian yang menyenangkan (actually,perkongsian ni boleh diguna pakai untuk percutian dalam & luar negara)...


Bagi mereka yang bercuti di luar negara, pastikan segala2nya lengkap....pasport (tarikh luput mesti 6 bulan ke atas)....tiket & boarding pass (kalau ada)...duit tukaran (kalau tukar kat sana, rugi sikit)...duit RM (standby nak bayar apa2 kat airport)...kad kredit (ini tak wajib...kalau mat saleh ckp..'in case'...kalo bershopping, jgn pki..takut terover plak)...lagi satu yg penting ialah fotokopi surat beranak/ic & pasport utk 1 family...pastikan fotokopi ni kita simpan lain tempat dari yg original...logiknya, katalah (minta dijauhkan) kita kehilangan beg atau dokumen asli, insya Allah mudah sikit urusan kan?...


First Aid kit kami..
1) digital termometer & cool fever - memang prepare utk ank2...maklumla, perubahan cuaca kan...takut juga kalau2 demam smpi sana...
2) minyak angin - minyak kapak tu utk sha..tetiba kalo pening kepala @ sakit perut, boleh sapu...vicks utk ank2...selalunya sha guna waktu diorg batuk atau cuaca hujan@ sejuk..terutama kalau naik motor malam2 kan...
3) sunblock & aloe vera (shaklee) - utk lindung kulit dari cahaya uv...mana tahu nak pergi berkelah...takla hitam sgt bila balik nnti...sunblock pki sbelum kuar rumah...lepas aktiviti, kulit akn jd kering & kepanasan kan?.. sbb tu sapu aloe vera...bantu utk sejukkan & lembapkan kulit...
4) hand sanitizer - agak2 kalau tempat yg kita pergi tu takde sabun utk cuci tangan..gunala hand sanitizer ni sbgi ganti...sbb apa?.. utk kurangkan jangkitan akibat sentuhan...
5) panadol & plaster - standby je...hanya digunakan bila perlu...=)


Kalau bercuti, tak lengkap rasanya tanpa suplemen...terutama waktu perayaan macam ni kan?..Nutriferon & Vita C Plus utk tingkatkan ketahanan badan..kurangkan risiko batuk, selesema & demam.... Phytocol & cinch tea memang wajib bawa..sebabnya, kampung suami syurga makanan...pagi, tengah hari, petang & malam dihidangkan nasi...kali ni balik time raya pula tu...entah naik berapa kilo pula..huhu...seramm...ostematrix plak utk kurangkan lenguh2 badan...nak berjalan2 & beraya rumah orang kan?...lagi pun, kebanyakkan masa kami naik motor je kesana sini...mudah...kadang smpi 2 jam atas motor...patah juga ar pinggang...at least, ada ostematrix ni kurangla sakit...perfomance drink tu pula ala2 100 plus perasa oren...bantu gantikan elektrolit penting dalam badan...mana tahu nak pergi bersawah, boleh teguk utk hilangkan haus...hehe...

Minuman pertama yg sha akan beli setiap kali pergi mana2...sebabnya, probiotik sgt bagus utk perlindungan usus..kita selalu dengar orang cirit-birit(diarhea),muntah @ keracunan makanan , bila pergi sesuatu tempat kan?..sebabnya...
* mikroorganisma berbeza di tempat yg berbeza...bila normal flora (bakteria baik dalam usus) kita kurang @ tak dapat lawan bakteria baru, ia akan bertapak kat usus...bila dia kuarkan toksin, itu yg menyebabkan diarhea...
* air atau makanan yg tercemar..terutama kawasan yang tak ada sistem perawatan air yg kurang baik...probiotik bantu utk tingkatkan keimunan badan kita..
* kadang2, bila kita tak biasa dgn makanan diorg, kita akan rasa kembung perut (bloated) atau ada masalah penghadaman (indigestion)...mulalah nnti perut mual & angin gastrik keluar....jadi, secara tak langsung probiotik ni bantu penghadaman kita....
Kenapa bakteria baik boleh berkurang?...pertama, kanak2 sbb badan diorg belum terdedah sepenuhnya pada mikroorganisma kat muka bumi... kedua, org yg mempunyai sistem ketahanan rendah contoh org2 tua & mereka yg melalui kemoterapi...ketiga, tak cukup tidur & stress...ini selalunya sebab terlalu excited nak bercuti @ terkejar2 nak siapkan kerja2 sebelum bercuti..

Akhir sekali, jangan pula lupa pakaian & keperluan2 lain...kalau pergi sehelai sepinggang, susah juga...haha...mungkin korang boleh tiru cara sha..tulis kat kertas semuanya...even hal2 kecik macam brooch tudung atau getah rambut..kertas tu mesti sentiasa ada kat poket...tiap kali teringat, terus tulis..setakat ni teknik ni memang berkesan..terutama yg ada pasangan yg mudah lupa....haha....sebelum keluar pula, jgn lupa pesan kat jiran sebelah, minta tolong tengok2 kan rumah..kalo nak bagi kunci rumah@kereta, pastikan kita kenal orang tu, luar & dalam....ok?!...

Di kesempatan ni, sha nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT BERCUTI kepada semua...semoga perjalanan dilindungi & dimudahkan Allah...amiinn..