MENU

BAGAIMANA SAYA BOLEH TERJEBAK DENGAN SHAKLEE? (PART 1)


Jujurnya, pada awal saya join adalah untuk mengisi masa lapang ketika berada di kedai....saja kerja part-time....cari duit poket tepi...sha sendiri pun cuba juga ESP & Ostematrix...kita jual, tak kan kita tak try satu @ dua produk kan?...cuba cari pengalaman sendiri....apa perubahan yang sha rasa?....PERTAMA, DAH TAK ADA SEMBELIT....masalah sembelit ni memang dah kena waktu sekolah rendah lagi....waktu pregnant, lagi teruk...ada juga sampai tahap kena BUASIR seminggu...lepas nampak perubahan tu, sha cuba cari tahu lebih lanjut...kenapa 2 produk ni membantu...rupanya sebab ESP ni ada fiber & oste tu bantu proses pergerakan perut kita....

Kesan KEDUA yang sha dapat adalah, GASTRIK JARANG MENYERANG...sha masih ingat, pertama kali sha kena gastrik sewaktu umur 11 tahun...masa tu bulan puasa...perut dah sakit sangat, tetap nak puasa semata-mata nak puasa penuh sebulan...waktu sha pregnant lagi sadis....makanan yang masuk memang tak jadi daging....non-stop muntah....trimester 1 & 3 adalah waktu yang paling teruk.....waktu sha pregnant anak ketiga baru lah sha start makan ESP...Alhamdulillah, sampai sekarang sha memang jarang sangat kena gastrik...bila dicari gali, rupanya ESP ni mempunyai Glisemik Index yang rendah...maksudnya, kandungan gula dalam badan tidak melonjak naik selepas minum ESP...gula yang tinggi boleh menyebabkan perut kita merembes asid perut berlebihan....gabungan dengan oste memberi kesan  lebih baik sebab ia bantu pula meneutralkan asid perut tu....sebab sifat oste yang beralkali....



Kemudian, 2 bulan setengah selepas bersalin...Allah datangkan ujian dengan sakit....tangan sha seperti melepuh (macam ulser)...kena pula tangan kanan, tangan utama...tiap kali basuh pinggan atau mandikan anak..memang sampai menangis...sebab pedih dan sakitnya...Allah sahaja yang tahu...pergi klinik, dapat antibiotik hanyalah untuk matikan jangkitan....tapi luka ulser yang besar tu, terpaksa ambil masa untuk pulih...dari situ, sha start makan set kulit shaklee pula....Vitamin A, B, C, E, Zinc dan ESP...Alhamdulillah luka memang sangat cepat sembuh...tambahan lain, suami cakap KULIT SHA BERSIH, HALUS & GEBU....hehehe..siapa yang tak kembang bila dipuji kan?

....akan bersambung....

PART 2 : MACAM MANA AHLI KELUARGA BOLEH TERJEBAK DENGAN SHAKLEE?

Pendiang Api Dan Permaidani


Cantik kan pemandangan depan 'fireplace' tu? Ikhsan dari pak google....😊... kita kat Malaysia memang tak pakai la alat tu...dah sedia panas..biasanya negara yang bersalji je yang ada tu....(tiba-tiba datang semangat nak rasa makan angin negeri orang...insya allah....amiin)...baiklah...cuba anda bayangkan sedang duduk kat depan 'fireplace' tu sambil hirup air kegemaran anda...tengok lenggokan api dan harumnya bau  kayu...pasti anda akan terdengar bunyi 'pop' - kayu meletup....lepas tu, keluar la percikan api yang kecil-kecil..terus kena kat permaidani di hadapannya...tentulah berlubang kan?...lubang-lubang kecil je, hampir tak terlihat....anda biarkan sahaja...lepas setahun, 2 tahun atau sebagainya, anda akan mula perasan, lubang kecil tu menjadi besar...nampak ketara koyakannya...tembus sampai bahagian bawah dan merosakkan lantai...lantai jadi buruk kan?

Menurut Dr Michael Colgan, begitulah perumpamaan yang berlaku pada tubuh kita...'fireplace' itu umpama proses metabolisma, permaidani tu umpama badan kita dan percikan api itulah radikel bebas...umpama permaidani, bahagian mana yang kena percikan paling banyak, bahagian itulah yang akan koyak dahulu....begitu juga badn kita, bahagian badan mana yang paling banyak terdedah, bahagian itulah yang rosak dahulu...contoh penyakit kronik yang boleh disebabkan radikel bebas :

1) Kerosakan Otak --> Penyakit Parkinson atau Alzheimer / Dementia

2) Kerosakan Arteri --> Serangan Jantung atau Strok

3) Kerosakan Mata --> Katarak atau Macular Degeneration

4) Kerosakan Sendi --> Arthritis

Sesetengah saintis penyelidikan berpendapat, secara genetik bahagian tertentu badan kita lebih cenderung terdedah kepada oksidatif stress...ini menjelaskan mengapa faktor keturunan adalah salah satu penyebab kepada penyakit degeneratif...

Berbalik kepada persoalan di atas, bagaimana pula antioksidan bertindak? Antioksidan umpama penutup 'fireplace' itu....ia mengelakkan percikan api tersebut keluar daripada merosakan permaidani yang berharga itu!

Faktor Yang Meningkatkan Radikel Bebas

Sebelum ni sha ada menulis tentang suplemen yang sangat baik dalam bertindak menurunkan kadar oksdatif stress. Hari ini sha akan menulis dengan lebih terperinci lagi.

Untuk pengetahuan anda, proses normal badan, contohnya metabolisme makanan akan menghasilkan radikel bebas; iaitu molekul yang sangat tidak stabil. Sifat semulajadi badan, ia akan bantu untuk meneutralkan radikel bebas ini dengan cepat. Oksidatif stress berlaku apabila badan tidak mampu untuk meneutralkan radikel bebas yang terhasil; boleh disebabkan oleh antioksidan dalam badan yang rendah atau disebabkan radikel bebas yang terlalu banyak terhasil.

Berikut adalah faktor yang meningkatkan penghasilan radikel bebas dalam badan:

1) Senaman yang berlebihan
● Senaman yang melampau atau ekstrem menyebabkan penghasilan radikel bebas yang sangat cepat & lama kelamaan antioksidan di dalam badan tidak mencukupi. Senaman ekstrem hanya disyorkan pada mereka yang mengambil antioksidan dalam dos yang tinggi

2) Stress @ Tekanan
● Sekiranya kita mempunyai tahap stress yang tinggi, radikel bebas akan meningkat dengan cepat. Ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit yang disebabkan oksidatif stress seperti serangan jantung dan sebagainya

3) Pencemaran Udara, Makanan dan Air.
● Zaman sekarang ni, kadar pencemaran semakin meningkat di mana-mana. Bahan kimia pula telah banyak digunakan bagi tujuan komersial. Toksin dari 2 punca ini mula terkumpul di dalam badan terutama di dalam lemak menyebabkan meningkatnya radikel bebas.

4) Asap rokok
● Asap rokok merupakan salah satu penyebab tertinggi   oksidatif stress. Banyak kajian klinikal menunjukkan dasyatnya penghasilan radikel bebas dari asap rokok. Mereka yang menghidu juga mendapat kesan yang hampir sama

5) Sinaran Matahari
● Pancarannya meningkatkan radikel bebas pada kulit. 'Sunblock' hanya mengelakkan kulit menjadi gelap tetapi risiko kanser kulit boleh meningkat. Pastikan 'sunblock' yang digunakan mempunyai perlindungan UVA dan UVB

6) Ubatan & Radiasi
● Ubatan sintetik menggunakan bahan kimia yang perlu disingkirkan oleh badan. Namun,semasa proses penyingkiran berlaku, badan akan menghasilkan banyak radikel bebas. Rawatan radiasi seperti kemoterapi pula bukan sahaja meningkatkan radikel bebas dalam badan, malah berbahaya untuk sel tubuh yang sihat.

7) Makanan Berlemak atau Mempunyai Nilai Glisemik Yang Tinggi
● Kedua makanan ini menyebabkan kerosakkan pada saluran darah dan menyebabkan inflamasi serta pengecutan arteri.

Mengurangkan risiko hanyalah langkah permulaan kerana agak mustahil untuk mengelakkan keadaan yang disebut di atas sepenuhnya. Maka, kita mestilah mempersiapkan diri dalam perang oksidatif stress ini dengan mengambil antioksidan dan nutrien sokongan, bagi mengurangkan risiko penyakit degeneratif kronik.

Antioksidan Yang Membantu Mengurangkan Oksidatif Stress

Bulan Jun datang lagi... Bagi sha sekeluarga, bulan 6 ini banyak memori dan kenangan yang mendatang... tak dilupakan, bulan Ramadhan yang hampir tiba (17 hari sahaja lagi)....😊😊😊....

Ok....hari ini, sha nak bercerita tentang promosi yang berlangsung iaitu Vitamin E dan Vitamin C....orang kata, KALAU TAK KENAL, MAKA TAK CINTA....disini sha fokuskan kelebihan kedua vitamin ini dalam MENGURANGKAN OKSIDATIF STRESS...


KELEBIHAN VITAMIN E :
1) Vitamin E memberikan perlindungan terbaik bagi menentang serangan jantung dan strok kerana ia membantu mengelakkan modifikasi atau pengoksidaan LDL

2) Vitamin E meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal diabetik

3) Kajian menunjukkan, penurunan paras Vitamin E meningkatkan kanser tertentu seperti kanser usus

4) Vitamin E mempunyai kesan yang sama seperti aspirin yang digunakan untuk mengurangkan serangan jantung. Ia mengelakkan pengumpulan (aggregation) platlet

5) Vitamin E meningkatkan sistem keimunan terutama di kalangan mereka yang sudah berumur

6) Sifat anti-oksidan Vitamin E menyebabkan ia merupakan nutrien yang sangat penting dalam menentang penyakit-penyakit degeneratif seperti diabetik


 KELEBIHAN VITAMIN C :
1) Vitamin C meningkatkan fungsi peparu bagi pesakit asma, empisema dan cystic fibrosis

2) Vitamin C merupakan anti-oksidan yang penting dalam mengelakkan pengoksidaan LDL di dalam sel plasma. Ia juga membantu dalam regenerasi Vitamin E. Banyak kajian menunjukkan, individu yang mengambil paras vitamin C yang tinggi, mampu menurunkan penyakit koronori arteri

3) Vitamin C membantu neningkatkan HDL

4) Vitamin C bantu menurunkan tekanan darah

5) Terdapat penurunan yang signifikan dalam risiko bagi sesetengah kanser seperti kanser perparu, usus, serviks dan pankreas

6) Vitamin C membantu menurunkan insiden katarak dan degenerasi makular

7) Vitamin C meningkatkan sistem keimunan

8) Paras Vitamin C yang tinggi mampu membantu mengelakkan strok

9) Paras Vitamin C yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko diabetik sehingga 62%

Sendi Sihat, Pergerakan Lancar (PART 1)

Bahagian yang sering terlibat (sakit atau patah)

SET SENDI SHAKLEE
-----------------------------------
1) VIVIX
● antara punca kesakitan sendi adalah disebabkan faktor penuaan dan penggunaan yang kerap (seperti sering berjalan/berdiri @ bersukan)
● produk ini membantu di peringkat sel iaitu jasad asas tubuh badan kita terutama pada mitokondria iaitu kilang tenaga di dalam badan
●kilang tenaga ini lah yang bertanggungjawab dalam membaik pulih sel & membentuk tisu-tisu sendi
● selain itu, efek antioksidan yang sangat baik membuatkan ia bagus untuk menyingkirkan toksin dalam badan.
● toksin yang terlalu banyak boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti atritis, rheumatik, sakit jantung, strok, kencing manis dan sebagainya
● produk ini sangat baik untuk KESELURUHAN kesihatan badan

2) OMEGAGUARD
● asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Hanya didapati dari permakanan @ suplemen
● bertindak seperti peincir pada sendi jadi sendi kurang berbunyi sewaktu kita duduk atau bergerak
● mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan
● membantu mengurangkan rasa sakit & bengkak pd sekitar sendi dan mengurangkan rheumatik

3) OSTEMATRIX
● bertindak pada tulang di mana dia bantu tulang yang kuat & kurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh
● memberikan efek relax pada otot-otot kita. seharian bekerja pasti akan rasa tegang. jadi ia kurangkan ketegangan
● ia juga bantu mengurangkan rasa kebas dan kekejangan serta baik untuk sakit kepala

4) AJHT
  ● mengandungi asid Boswella yang merupakan komponen aktif utama, yang bertindak sebagai agen anti radang semulajadi.
  ● Ia menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan & memberikan keselesaan pada sendi
  ● telah digunakan dalam perubatan Ayuverdic (>5000 tahun) untuk merawat Osteoathritis & Rheumatoid Athritis
  ● Ekstrak Jagung yang mengandungi glukosamina; merupakan komponen utama dalam pembentukan tulang rawan & cecair sinovial
  ● cecair ini bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan & bertindak sebagai kusyen @ pelapik, bagi menyerap hentakan & melindungi sendi disekeliling tulang

5) ALFALFA COMPLEX
  ● Gout merupakan salah satu penyakit sendi
  ● Ia berlaku apabila asid urik terlampau tinggi di dalam badan
  ● Ini menyebabkan pembentukan kristal di bahagian tertentu badan (selalunya di ibu jari kaki)
  ● Alfalfa membantu dalam meneutralkan asid urik dan menghalang pembentukan kristal
  ● Selain itu ia membantu mengurangkan keasidan badan (badan yang berasid tidak baik untuk sistem badan; antaranya sistem tulang kerangka & sendi)
  ● Ia juga kaya dengan vitamin & mineral yang membantu dalam kesihatan sendi


Konsultan Shaklee Anda

PERSONAL DETAIL :

Nama : Norhaisah Amir @ Shasha
No Ahli : ID 1043702
Alamat : Taman Johor Jaya, Johor Bahru
No Tel : 016-7151674 / 019-7145288
Email : reddm02@gmail.com
fb : Haisa Shasha
fb page : TYA's Health Store
Kawasan COD : Taman Johor Jaya, Plentong, Kempas,  Damansara Aliff & Tampoi
Khidmat Pos : Semenanjung Malaysia (Rm 10) / Sabah & Sarawak (RM 20)

KETERANGAN LANJUT :

● Shasha, ibu kepada 3 orang anak merupakan WAHM sejak November 2012
● Mempunyai Ijazah Sains Bioperubatan dari UKM
● Mempunyai 4 tahun pengalaman dalam bidang nutraseutikal (makanan kesihatan)
● Menjalankan perniagaan Shaklee sejak September 2013 sehingga sekarang
● Mempunyai kelebihan dalam memahami masalah kesihatan dan penyelesaiannya
● Pakar dalam kesihatan sendi, kesihatan jantung & peredaran darah serta kulit cantik




5 Sebab Kenapa Wanita Perlukan Omega-3

Terjumpa artikel yang menarik minat saya malam ni...benda baik tak bagus simpan seorang...nak juga berkongsi sama....😊...

Kenapa wanita memerlukan Omega-3?

1) Mengurangkan kesakitan akibat menstruasi :

Setiap bulan kaum wanita mengalami senggugut. Ia disebabkan oleh kontraksi pada dinding uterus akibat tindakan prostaglandin. Prostaglandin ini boleh menyebabkan rasa sakit dan inflamasi. Kajian mendapati, omega 3 merupakan agen anti-inflamasi yang baik. Maka, ia membantu meredakan kesakitan.
Selain itu, ia membantu mengurangkan masalah ketidak seimbangan hormon dan stabilkan emosi.


2) Mengurangkan risiko kanser kolon :

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang makan ikan 3 kali seminggu mengurangkan sehingga 33% dari pembentukan polyps atau perkembangan abnormal tisu kolon. Polyps ini berisiko untuk bertukar menjadi malignant. Tahap risiko meningkat seiring usia dan cenderung untuk menjadi kanser kolon. Namun, berbeza dengan kaum lelaki dimana omega 3 tiada kesan untuk menghalang kanser kolon!


3) Mengurangkan risiko osteoporosis :

Osteoporosis adalah keadaan di mana kepadatan tulang berkurang. Wanita lebih cenderung terkena osteoporosis berbanding lelaki. Faktor risiko ini meningkat akibat faktor genetik. Penurunan hormon estrogen akibat menopause juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Beberapa kajian awal mendapati omega-3 membantu meningkatkan kadar kalsium, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang.


 4) Mengurangkan risiko kanser payudara :

Menurut kajian ke atas 35,000 post-menopause wanita Amerika  (tiada sejarah kanser payudara), yang makan suplemen minyak ikan, mampu mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 32%. Namun, kajian tersebut adalah kajian awal dan cara tindak omega-3 dalam mengelakkan kanser payudara masih dalam kajian.


 5) Meninggalkan kesan mood ceria :

Omega-3 juga dapat membantu dalam masalah kemurungan. Salah satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry; suplemen Omega-3 didapati efektif dalam melawan masalah kemurungan major (tetapi tidak pada masalah anxiety). Kajian mendapati kandungan EPA dalam Omega-3 bantu stabilkan mood dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Pavia, Italy juga mendapati hubung kait omega-3 dan wanita yang sudah berumur; kesan yang sama seperti di atas dapat diperhatikan.

Menurunkan Kolesterol, Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

PHYTOCOL DAN OMEGAGUARD

Secara am, Phytocol bertindak sebagai pencegah, manakala Omegaguard membantu kadar penurunan kolesterol (sila rujuk gambarajah 1). Bagaimana ia bertindak?

PHYTOCOLmengandungi fitosterol yang mempunyai bentuk yang sama seperti kolesterol...bezanya, fitosterol berasas tumbuhan, manakala kolesterol kebanyakkannya dari sumber haiwan...keduanya akan berebut nak melekat pada tapak reseptor pada dinding usus..bila fitosterol masuk dalam hati, ia tak akan ditukarkan atau disimpan...ia disingkirkan keluar dari tubuh...dengan cara ni, LDL tak dihasilkan, mengurangkan risiko endapan plak & mengelakkan sakit jantung....kajian mendapati, pengambilan sebanyak 2000mg fitosterol mampu menurunkan 10-15% kolesterol dalam badan & menurunkan sehingga 80% risiko sakit jantung!...

OMEGAGUARD pula bertindak meningkatkan kadar HDL (lemak baik)... HDL penting dalam mengangkut & menyingkirkan LDL dalam badan...maka, ia mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan...ia juga membantu mengekalkan paras trigliserida pada tahap normal dan mengelakkan pembekuan darah (thrombosis).... selain itu, ia membantu menukarkan lemak kepada bentuk tenaga (mempercepatkan proses penyingkiran lemak tubuh)....

Gambarajah 1
PROMOSI MAY 2015


A) BELI 2 BOTOL, DISKAUN 5%

     i) Phytocol = (RM 197 × 2 botol) - 5% OFF

        = JIMAT ----> RM 19.70


     ii) Omegaguard = (RM 136 × 2 botol) - 5% OFF

        = JIMAT ----> RM 13.60


B) BELI 6 BOTOL (melebihi 200 uv), DAPAT 7 BOTOL & KEAHLIAN PERCUMA (klik disini)

     i) Phytocol (harga 7 botol + yuran keahlian) = RM 1449.00

        NOW!!! HANYA RM 1008.00!...PLUS bonus RM 72 !!
     
        = JIMAT ---> RM 513!!!

     ii) Omegaguard (harga 7 botol + yuran keahlian) = RM 1022.00

        NOW!!! HANYA RM 696.00!...PLUS bonus RM 32 !!

        = JIMAT ---> RM 358!!!


Hubungi Sekarang :

Shasha 016-7151674 / 016-7145288



Set Kesuburan (PART 2)

Siang tadi, sha ada berkongsi tentang sistem reproduktif & masalah kesihatan yang terlibat.... Artikel ini pula adalah berkaitan dengan suplemen kesihatan yang SHAKLEE  cadangkan..
SET KESUBURAN LELAKI : Vit E, Zinc & CoQ

1) VITA E COMPLEX
● mengandungi 400IU vitamin E yang diekstrak dari minyak soya organik & minyak biji gandum
● berfungsi dalam mempertingkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan pengiraan sperma, meningkatkan motiliti (pergerakan) & morfologi (bentuk/rupa) sperma
● ia juga meningkatkan kualiti air mani, meningkatkan fungsi seksual & meningkatkan penyaluran oksigen pada alat sulit lelaki (tegang lebih lama)
● anti-oksidan yang sangat kuat untuk mengelakkan kanser prostat
● selain itu, isteri juga boleh ambil untuk menguatkan rahim & mengelakkan keguguran

2) ZINC COMPLEX
 ● Zink adalah khazanah lelaki & terkandung dalam prostat; 10 kali ganda berbanding organ lain.
● ia melindungi kesihatan prostat & mengurangkan pembengkakan prostat
 ● ia bantu dalam memperbaiki kemampuan seks lelaki, meningkatkan kiraan sperma & keupayaan seks yang bertenaga
● Kekurangannya boleh mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, tidak  subur, perkembangan yang kecil@pincang pada testikal, kiraan sperma yang kurang, kemerosotan fungsi seksual & rambut gugur

3) COQ HEALTH PLUS
 ● Tenaga dalam badan diperolehi adalah atas bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10) yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan & wujud pada seluruh tubuh. 
● Tetapi, keperluan untuk nutrien ini telah meningkat akibat daripada permakanan yang tidak seimbang, faktor usia, pengambilan ubat-ubatan tertentu & pendedahan harian kepada bahan-bahan radikel bebas.
● Kekurangan CoQ10 menyebabkan sel-sel badan tidak mampu menghasilkan tenaga & organ-organ tidak berfungsi dengan betul.
● CoQ10 berfungsi meningkatkan peredaran darah & mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan 
● Ia penting untuk meningkatkan tenaga, menambahkan stamina & mengurangkan kelesuan
● Ia juga meningkatkan kesuburan kerana ia bantu mengurangkan stress oksidatif (yang menyebabkan kerosakan pada sperma), meningkatkan kiraan sperma pergerakan sperma & kualiti sperma.

SET KESUBURAN WANITA : GLA, ESP & Alfalfa

1) GLA COMPLEX
 ● GLA merupakan sumber terbaik Omega-6
● kebanyakan produk di pasaran menghasilkan GLA daripada Evening Primrose Oil (EPO)
● tetapi Shaklee mengekstrak GLA dari Borage kerana ia mengandungi kandungan GLA, 2 kali ganda dari EPO. 
● Bioavailabiliti GLA Complex telah dibuktikan secara klinikal, di mana ia mampu menyerap & sebati ke dalam sel & tisu 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO
● ia bantu melegakan kelesuan, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina
● ia memperbaiki simptom PMS (seperti senggugut, mood swing, retensi air & sakit payudara) 
● menghalang pertumbuhan sel tumor & kanser
● mengurangkan rambut kering & gugur

2) ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
● Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser serta menghalang ia daripada merebak.
● Ia memusnahkan  radikel bebas di dalam badan
● Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus & pembesaran prostat.
● Kacang soya juga mengandungi isoflavone yang mempunyai fungsi sama seperti hormon wanita
● Ia bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis & sakit jantung.
● ESP juga bantu meningkatkan kualiti memori, kesuburan & seksual

3) ALFALFA COMPLEX
● telah digunakan manusia sejak lebih dari 2500 tahun
● dikenali sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi & zat galian
● kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 10 vitamin, 15 mineral, 8 enzim & fitokimia yg lain
● Ia juga dikenali sebagai kacip fatimah bagi sesetengah wanita
● ia bantu mencuci hati, darah & usus kerana ia makanan yang beralkali yg boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid
● menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah & mencantikkan kulit & otot
● ia dapat mengurangkan keletihan yang merupakan salah satu penyebab kurangnya kemahuan untuk bersama suami

TESTIMONI ( selepas ambil GLA & ESP)

PILIHAN SUPLEMEN

1) Set Optimum (6 produk) : 
Vita E + Zinc + CoQ & GLA + ESP + Alfalfa

2) Set Normal (4 produk) :
 Vita E + Zinc & GLA + ESP 

3) Set Bajet (2 produk):
Vita E & GLA

Shasha 019-7145288 / 016-7151674


Set Kesuburan (PART 1)

Pagi ni sha hantar message WA kat customer tentang set kesuburan.. tergerak hati nak berkongsi dalam ni juga....sebelum kita tengok produk yang disarankan, kita kena tahu dulu apa itu sistem peranakan (reproductive system) dan masalah yang berkaitan dengan tidak subur....

SISTEM REPRODUKTIF LELAKI :

Sperma dihasilkan di dalam TESTIS & disimpan di dalam EPIDIDYMIS. Semen @ minyak pelincir pula dihasilkan oleh PROSTATE  GLAND & disimpan di SEMINAL VESICLE. Sewaktu ejakulasi, sperma dibawa melalui DUCTUS DEFERENS dan disalurkan ke PENIS.


SISTEM REPRODUKTIF WANITA :
Ovum @ telur dihasilkan di dalam OVARY. Ketika waktu subur, ia dilepaskan dan masuk ke FALLOPIAN TUBE. Sekiranya dalam masa 2 hari, tiada persenyawaan berlaku, telur akan luruh bersama dinding uterus (ENDOMETRIUM) & dikenali sebagai waktu haid. Sekiranya proses persenyawaan berjaya, ovum + sperma (zigot) ini akan turun & melekat pada dinding UTERUS. Bayi akan membesar selama 38 hingga 42 minggu.


MASALAH KESIHATAN (LELAKI) :

■ testis yang tidak turun ke scrotum (biasanya berlaku ketika masih dalam kandungan ibu)

■ masalah kesihatan seperti diabetik

■ jangkitan kuman pada bahagian testis

■ salur darah mengembang, menyebabkan haba berlebihan disalurkan & boleh memberi kesan pada bilangan & bentuk sperma

■ kegagalan dalam penghantaran sperma dari kilang ke penis; contoh disebabkan oleh premature ejaculation

■ air mani memasuki pundi kencing , bukan penis sewaktu orgasm

■ penyakit genetik seperti sistic fibrosis, saluran epididimis tersumbat @ kerosakkan pada organ reproduktif

■ terdedah kepada sesetengah bahan kimia @ toksin seperti pestisida, radiasi, asap rokok, alkohol, dadah atau sreroid

■ terdedah kepada haba yang kerap seperti sauna menyebabkan penghasilan sperma terganggu

■ rawatan kanser seperti kemoterapi @ radiasi


 MASALAH KESIHATAN WANITA :

■ masalah ovulasi, ovum @ telur tidak dilepaskan akibat masalah hormon seperti polisistic ovary syndrome (PCOS) - keadaan dimana ovari menghasilkan terlalu banyak testosterone (hormon lelaki) & prolaktin

■ pre-menopause dimana ovum telah berhenti dihasilkan sebelum umur 40 tahun (biasanya disebabkan penyakit sisyem imun, rawatan beradiasi @ kemoterapi & merokok)

■ tumor yang menyebabkan salur fallopio tersumbat (jarang berlaku)

■ kerosakkan tiub fallopio akibat sexual transmitted infection, endometrosis (tisu endometrial yang tumbuh di luar uterus) @ adhesion (usus & sistem peranakan yang melekat)

■ bentuk @ ruang uterus yang tidak normal

■ fibroid yang boleh menghalang perlekatan telur yang telah disenyawakan

■ masalah pada pembukaan servik @ cecair pada servik

■ senaman yang berlebihan

■ masalah dalam habit permakanan

■ cedera @ trauma

■ selain itu masalah tiroid (hypo @ hyper) juga boleh mengganggu kitar menstruasi




Bermulanya Disini

01 April 2015....bukan April fool, ini betul-betul berlaku! Berkuatkuasanya GST...ramai yang mengeluh, ramai yang upload resit pembelian...semua orang sibuk mengabdikan ia sebagai kenangan....pendapat sha?

THINK SOLUTION, NOT THE PROBLEM!

Sebab apa? Kalaupun anda tulis karangan berjela pasal ke-tidak-puas-hati-an anda terhadap GST, ada ke kerajaan nak dengar?..tak ada maknanya!!...Ini bukan menghasut, cuma memberikan kesedaran...Bulan tak akan jatuh ke riba!!. Jadi, dari kita tulis bantahan, baik tulis strategi & bajet  perbelanjaan yang baru..Pengeluaran bulanan anda mestilah ada tambahan 6% ....ini bermakna, pendapatan anda mestilah ada tambahan 6%...kalau harapkan makan gaji, takkan nak tungu bonus akhir tahun kan?!

Maka, buatlah strategi; Bagaimana anda nak top-up kekurangan tu?...Cara penyelesaiannya:

1) buka kedai tapi perlukan modal yang banyak

2) bisnes dari rumah (homemade) contoh menjahit @ buat frozen food, perlukan tenaga yang banyak

3) promosi barang orang & tolong jualkan dengan harga modal yang rendah (serendah RM80)

buatlah pilihan anda....belum cuba, belum tahu...

ps : saya membuka PELUANG kepada mereka yang memilih no. 3!!

JLD Kesayanganku

JLD ye....bukan JDT...haha... apabila ramai yang bertanya;

"Accident ke hari tu?"

Sebenarnya bukan accident...'TER'senggol sikit dengan pembahagi jalan...tahulah, bumper Myvi SE sha tu agak rendah sedikit...dah banyak kali juga tersodok batu dll...sikit-sikit, lama-lama KEPARAHAN nya berbukit...waktu kat KL, terus tercabut 'daun pisang'nya...(sha tak tahu nama sebenarnya, tapi husband kata daun pisang...semacam pelapik bahagian dalam bumper)...disebabkan kepenatan tahap melampau sebab baru lepas mandi manda kat Sunway Lagoon, kami putuskan untuk cari mekanik hari berikutnya..

Keesokan harinya, dah siap-siap susun barang, baru nak ambil port dalam kereta, enjin kereta tak juga 'start'..pulas starter, asyik keluar bunyi 'Cess! Cess!'..(lebih kurang bunyi pemetik api yang tak keluar api)...rupanya bateri kereta kong...disebabkan ia nya bateri kering, kami terpaksa la beli bateri kereta baru....puncanya ; tak tutup api dalam kereta...haha...kecuaian fatal....

Sha agak, JLD sha merajuk kot....orang sekeliling asyik suruh beli kereta baru...sha ngan husband pun selalu cakap dalam kereta...makanya dia mogok...(haha..dah macam karangan autobiografi- Aku Sebuah Kereta Tua)... nak kata kami tak jaga, husband bagai menatang minyak yang penuh tau!... servis mesti on time...in fact, sebelum gerak ke kl, kami berhabis sampai RM 600 untuk servis dan 'tinted'... Namanya nasib... dah nak kena, nak buat macam mana...kan?..hehe...

Sha sayang JLD sha ni...KERETA PERTAMAKU...datanglah Estima atau Starex... JLD tetap menjadi pujaan hatiku!...haha... Apa-apa pun, kami sekeluarga Alhamdulillah selamat... tak ada apa yang berlaku...cuma calar-calar je kat body JLD... Insya Allah, si putih ni akan bertukar jadi si merah kalau tak ada aral melintang....(can't wait for it...☺)..

Masalah Penghadaman & Cara Mengatasi


A) SEMBELIT ( IRREGULAR BOWEL MOVEMENT)

     - Gangguan pada pergerakan usus, masalah pada enzim penghadaman

    - PUNCA : kehamilan (terutama trimester ketiga), penuaan, kurang air, kurang serat dalam makanan

     - KESAN : masalah bau badan, jerawat, buasir

    - Suplemen cadangan : Herblax@ Alfalfa Complex, Ostematrix, B Complex 


B) BUASIR (HEMORHOIDS @ PILES)
   
     - sebahagian usus keluar dari anus/dubur akibat tekanan, masalah sembelit berterusan

     - PUNCA :Kehamilan, berdiri atau duduk terlalu lama

    - KESAN : pendarahan akibat luka dibahagian pembukaan, gatal-gatal, rasa sakit

    - Suplemen Cadangan : Ostematrix, Alfalfa Complex, Vit C/Zinc


C) GASTRIK, PEDIH ULU HATI, KEMBUNG (ACID REFLUX @ BLOATED

   - jus perut dihasilkan berlebihan,

   - PUNCA : Kehamilan, stress, badan kekurangan enzim tertentu (contoh : lactose intolerence)

   - KESAN : apabila asid hidroklorik yang berasal dari perut memasuki duodenum ia menyebabkan asid refluks & muntah (muntah berasa pahit & bewarna kuning)

  - Suplemen Cadangan : Peppermint Ginger Plus, ESP & Ostematrix


   D)KEGAGALAN HATI (HEPATITIS, FATTY LIVER, CIRHOSIS)

   - Hati berperanan dalam merembeskan jus hempedu yang penting untuk menyokong fungsi sesetengah enzim seperti lipase (untuk menghadam protein)

   - PUNCA : kerosakkan akibat pengambilan ubat yang mengandungi dadah, merokok, alkohol, kurang tidur @ tidak tidur pada waktu hati membaik pulih secara optimum (di antara 11 pm hingga 2 am)

   - KESAN : warna kekuningan pada tapak tangan & bawah mata akibat jaundis, rasa kembung apabila makan makanan yang berasaskan protein (terutama daging), sembelit dan rasa letih melampau

  - Suplemen Cadangan : DTX Complex, B Complex & Lecithin


FUNGSI-FUNGSI SUPLEMEN
1) Herblax - mempunyai fiber yang melawaskan sistem penghadaman, julap moden

2) Alfalfa Complex - bantu untuk detoksifikasi, melancarkan pergerakan usus

3) Ostematrix - menyokong fungsi otot licin pada dinding usus, mengandungi kalsium yang penting dalam membantu pergerakan (peristalsis), bersifat alkali untuk meneutralkan asid

4) B Complex - membantu dalam menghadam makanan & penyerapan nutrien, memberi tenaga untuk proses menghadam makanan & mengurangkan stress

5) Vit C/Zinc - meningkatkan sistem keimunan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

6) Peppermint Ginger Plus - mengandungi ekstrak halia yang sangat bagus untuk memberi keselesaan pada perut, mengurangkan gas

7) ESP - Glisemik Index yang rendah mengelakkan jus perut menghasilkan asid berlebihan, menahan rasa lapar lebih lama

8) DTX Complex - mengandungi milk thistle & dandelion yang bantu dalam membina sel-sel hati yang baru, produk khas untuk detoksifikasi hati

9) Lecithin - membantu untuk mengemulsi lemak, mengurangkan pengumpulan lemak di dalam hati

Norhaisah
ID 1043702

Set Kesihatan Jantung


1) VIVIX
♡ antioksidan yang melindungi jantung & salur darah daripada kerosakan akibat radikel bebas
♡ mengelakkan radikel bebas mengubah bentuk LDL yang boleh mengakibatkan pengumpulan plak
♡ mengekalkan keanjalan salur darah & melambatkan penuaan

2) OMEGAGUARD
♡ meningkatkan lemak baik (HDL) 
♡ menurunkan paras trigliserida
♡ melindungi sel otot jantung

3) PHYTOCOL-ST
♡menyekat penyerapan lemak di usus
♡ menurunkan paras kolesterol 10 hingga 15%
♡ menurunkan paras lemak jahat (LDL)

4) COQHEALTH PLUS
♡ makanan utama jantung & meningkatkan oksigen pada otot jantung
♡ memberi tenaga untuk mengepam darah secara efektif ke seluruh tubuh
♡ boleh mengelakkan serangan sakit jantung yang kedua

5) GARLIC COMPLEX
♡ mengekalkan tekanan darah
♡ mengelakkan pembekuan darah
♡ tingkatkan peredaran darah



CADANGAN KOMBINASI

A) Set Optimum : Vivix + Omegaguard + Phytocol-ST+ CoQHealth Plus + Garlic Complex
B) Set Asas : Omegaguard + CoqHealth Plus + Phytocol-ST
C) Set Bajet : CoQHealth Plus + Garlic Complex

HAISA SHASHA
019-7145288 / 016-715164
#ID1043702

Masalah Wanita (UTI)


Sambil menghayati bunyi hujan petang ni, sha baca dalam majalah tentang Jangkitan Salur Kencing atau Urinary Tract Infection (UTI)... Sha pernah kena sekali, sewaktu di kampus KL dulu... Sejak tu, memang sangat berjaga-jaga tentang kebersihan luar dan dalam... Punca jangkitan tu ialah dari pakaian dalam yang dijemur di ampaian... Waktu tu ampaian kami dekat balkoni...Tak boleh sidai baju luar bangunan... Sebab blok kami terlalu dekat dengan penuntut lelaki... nak dijadikan cerita, ada lah hamba Allah ni yang dipertanggungjawabkan untuk membersih bangunan... Dijirusnya air kotor dari lantai dari tingkat 4... Memang ngam la kena kat amapaian kami di tingkat 2... waktu tu, tak tahu lagi... balik dari kampus, angkat jemuran yang dah kering, terus lipat...

2 hari lepas tu, sha tak sedap badan...macam nak demam...bahagian sulit tu memang terasa gatal & sakit... rasa loya & nak muntah pun ada...sudahnya, pergi ke klinik, doktor kata kena UTI...terpaksa makan antibiotik selama seminggu....Rupanya waktu tu, bukan sha seorang yang kena, malah 2 hingga 3 orang juga mengalami nasib yang serupa...

Baik... tamat cerita sha di situ... Jadi, antara gejala yang anda perlu tahu ialah :


● gatal-gatal yang teruk pada bahagian intim
● rasa sakit semasa kencing
● kencing kerap terutama waktu malam
● rasa terdesak nak kencing
● kencing tak lawas @ pundi tak dapat dikosongkan dengan sempurna (kencing sikit-sikit)
● air kencing berbau busuk, keruh @ berdarah
● sakit di bahagian belakang @ tepi badan (kes di mana UTI tidak dirawat awal, di mana jangkitan sudah sampai ke buah pinggang @ pyelonephritis)




Walaupun fakta menyatakan 50% wanita akan kena UTI sekali seumur hidup, tetapi seiring peningkatan usia, faktor risiko akan meningkat disebabkan penurunan sistem ketahanan badan... Maka, langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan UTI ialah :

1) MINUM AIR PUTIH yang banyak, kerana bakteria boleh disingkirkan melalui kencing yang kerap

2) BUANG AIR sebelum dan selepas hubungan seks (bagi yang sudah berkahwin)

3) CUCI bahagian intim dengan BERSIH, basuhan mestilah dari depan ke belakang

4) LAP dengan KERING, juga dari depan ke belakang

5) Hentikan penggunaan tampon dan TUKAR TUALA WANITA setiap kali ke tandas

6) JANGAN TAHAN kencing

7) KURANGKAN pengambilan minuman berKAFEIN, berGAS atau COKLAT

8) Kurangkan MAKANAN YANG DIPROSES dan GULA

9) ELAKKAN penggunaan pakaian dalam dari fabrik NILON

10) Gunakan pakaian yang berasaskan KAPAS supaya mudah menyerap peluh & peredaran udara menjadi lebih baik

SUPLEMEN CADANGAN :
1) Vitamin C boleh meningkatkan sistem ketahanan badan dan membuatkan bahagian intim lebih berasid (kuman tidak dapat membiak) 

2) Garlic adalah antibiotik semulajadi dan membantu untuk membunuh kuman

3) ESP mengandungi protein yang penting dalam pembentukan sistem keimunan dan bertindak sebagai sumber makanan rendah gula

Tulang Reput & Nutrien Untuk Tulang


Tulang merupakan rangka utama tubuh (macam tiang rumah). Cuba bayangkan kalau tiang rumah kita tak kuat atau dimakan anai-anai, memang tunggu masa je nak roboh kan? Macam tu la dengan badan kita, kalau kita tak menjaga dengan baik tulang kita, lama kelamaan ia akan mengalami penipisan DALAM bahagian tulang atau dikenali sebagai osteoporosis. Ini akan menyebabkan tulang mudah patah. Selalu kan kita dengar orang-orang tua yang jatuh kat bilik air patah kaki atau pinggul? Kita tengok macam jatuhnya tak teruk, hakikatnya tulang memang dah tak kuat.

Semasa zaman kanak-kanak & remaja,badan kita membentuk sel-sel tulang lebih cepat dari kehilangannya (resorption process). Proses ini berlanjutan sehinggalah kita mencapai umur 30 tahun, di mana ia merupakan titik tertinggi untuk kepadatan tulang. Selepas itu, pembinaan tulang mula menurun & kadar perleraian mineral dalam tulang meningkat.
Para penyelidik mendapati, ada beberapa faktor adalah di luar kawalan, contohnya faktor genetik, jantina, umur & kaum; mempengaruhi 50% hingga 90% kepadatan tulang. Tetapi kita mampu mengurangkan risiko osteoporosis melalui permakanan & bersenam.



NUTRISI PENTING UNTUK TULANG YANG SIHAT

1) KALSIUM
● nutrien yang penting untuk menentang osteoporosis @ tulang reput
● ia dapat mengurangkan insiden tulang retak pada pinggul, tulang belakang & pergelangan tangan
● kalsium yang perlu diambil adalah sebanyak 800 hingga 1500 mg sehari

2) MAGNESIUM
● memainkan peranan dalam beberapa tindakan biokimia di dalam tulang
● ia mengaktifkan enzim alkaline phosphatase yang bertanggungjawab dalam proses pembentukan tulang baru
● ia juga menukarkan vitamin D kepada bentuknya yang paling aktif iaitu D3

3) VITAMIN D
● diperlukan dalam penyerapan kalsium
● kurangkan kehilangan mineral di dalam tulang
● dos yang dicadangkan adalah sebanyak 1,000 ke 1,200 IU sehari

4)Manganese
● penting dalam pembentukan tisu penyambung dalam tulang dan rawan
● seperti magnesium, kandungan manganese hilang sewaktu pemprosesan tepung

5) BORON
● bantu dalam metabolisma tulang
● ia mengekalkan paras kalsium dan estrogen dalam darah
● dos yang dicadangkan ialah 3 mg sehari

6) ZINC
● mineral yang penting bagi memastikan Vit D berfungsi dengan baik
● pesakit yang mengalami osteoporosis biasanya mempunyai paras zink yang rendah dalam darah

Perut Bukan Tong Sampah


Sebelum kita menjamah hidangan, kita harus sedar bahawa sedap hanya di lidah. Apabila ia melepasi kerongkong, kesedapan akan menjadi penyakit. Bila penyakit melanda, para doktor akan menasihatkan supaya berserdehana dalam permakanan. Elakkan gula, garam dan lemak berlebihan. Hakikatnya, sebelum para doktor menemui rahsia ini, Al-Quran dan Rasullullah sudah lama membimbing kita untuk berserdehana mengisi perut...

Firman Allah, " Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat). Makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas". (Surah Al-A'raf :31)

Rasulullah juga sudah menyarankan agar kita memberikan hak perut dengan membahagikan keperluannya kepada tiga. Sabda Rasulullah; " Anak Adam itu tidak memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk pernafasan". (Riwayat Al-Tarmizi)

Amalkanlah gaya hidup sihat seperti yang disarankan Rasulullah. Berikan perut anda haknya. Jadikanlah perut kita sebagai gedung tenaga yang membantu kita menjalankan amanah Allah di bumi. Jangan sesekali menjadikan  perut kurniaan Allah  itu seperti tong sampah yang menyimpan segala kuman dan penyakit

(Ustaz Abdullah Bukhari  Abdul Rahim)

Kulit Berminyak, Bagaimana Jerawat Terbentuk?


Jerawat atau Acne terbentuk akibat daripada beberapa faktor. Antaranya :
● perubahan hormon badan (terutama sewaktu remaja)
● Kulit yang terlalu berminyak/kering
● pengumpulan toksin yang terlalu banyak di dalam badan
● terdedah kepada habuk dan persekitaran
● permakanan
● stress
● kulit sensitif
● pemakaian produk yang salah atau berbahaya


Di setiap bulu roma kita terdapat kilang yang menghasilkan minyak atau dikenali sebagai sebaceous gland. Minyak penting untuk melembapkan kulit kita. Setiap hari kulit kita akan menyingkirkan sel-sel yang sudah mati. Dalam keadaan normal, sel-sel ini disingkirkan dengan mudah. Namun, apabila badan kita mengalami faktor yang disebut di atas, kilang minyak akan merembeskan minyak lebih daripada biasa. Ini menyebabkan liang roma melekit dan sel-sel mati terperangkap, tidak dapat disingkirkan. 

Sekiranya perkara ini berlarutan dan tidak ditangani, bakteria akan mula menyerang dan menyebabkan jangkitan. Sudah menjadi lumrah badan, sekiranya terdapat jangkitan, sistem keimunan akan mula bertindak. Kulit akan menjadi bengkak dan kemerahan. Andainya sistem keimunan kita lemah, jangkitan dapat dipulihkan untuk jangkamasa yang agak lama. Nanah yang terhasil adalah terdiri daripada sel bakteria yang mati dan sel darah putih (sistem keimunan).

Selepas itu, kulit akan membaik pulih secara semulajadi dan bekas yang tertinggal menjadi parut. Parut yang terbentuk adalah lebih kasar dari sel kulit yang baru. Sekiranya jerawat berulang di tempat yang sama, kulit akan menjadi tebal dan parut semakin sukar dipudarkan.


Suplemen yang dicadangkan adalah bergantung kepada punca atau faktor penyebab. Bagi setiap masalah, lebih dari satu produk akan dicadangkan, memandangkan tapak tindak yang berbeza. Bagi masalah jerawat yang disebabkan faktor di atas iaitu minyak yang berlebihan, sha akan cadangkan Zinc Complex, Vit C Plus & Vit E Complex.

Kesihatan Anak, Kepentingan Kami

VITA-LEA (CHILDREN)

Mengandungi 18 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak untuk tumbesaran dan kesihatan mereka. Selain itu, ia juga membantu untuk meningkatkan sistem keimunan mereka. Tablet yang boleh dikunyah ini mengandungi xylitol yang bertindak melindungi gigi anak dari rosak.

Fungsi setiap nutrien :
1) Vitamin A
● untuk kesihatan mata, membina sel mukosa seperti di saluran pernafasan & penghadaman dan penting dalam perkembangan sel baru

2) Vitamin B
a) B1 (Thiamin)
● penting dalam penghasilan tenaga dan proses penghadaman, tingkatkan keupayaan otak & fungsi kognitif

b) B2 (Riboflavin)
● penting dalam pembentukan sel darah merah, antibodi, sel respiratori dan membantu dalam metabolisma makanan

c) B3 (Niacinamide)
● penting untuk sistem sirkulasi dan kesihatan kulit, membantu dalam perembesan jus hempedu dan enzim perut serta diperlukan dalam sintesis hormon seksual

d) B5 (Asid Panthotenik)
● memainkan peranan dalam penghasilan hormon adrenal, antibodi dan neurotransmiter iaitu bahagian dari sistem saraf

e) B6
● mempengaruhi kesihatan fizikal & mental, membantu penyerapan lemak & protein dan diperlukan untuk mengekalkan fungsi otak

f) B12
● sangat penting dalam perkembangan dan melindungi sistem saraf, penting dalam menukarkan homocysteine (bahaya untuk tubuh) kepada methionine (membentuk protein) dan membantu penghadaman

g) Asid Folik
● merupakan makanan otak, diperlukan dalam penghasilan sel darah merah dan sangat penting untuk sintesis DNA & RNA (kod genetik badan)

h) Biotin
● membantu dalam perkembangan sel, metabolisma karbohidrat/lemak/protein dan membantu penyerapan vitamin B yang lain

3) Vitamin C
● antioksidan yang membantu dalam perkembangan dan membaikpulih tisu, penting untuk kesihatan gusi dan membantu meningkatkan sistem ketahanan

4) Vitamin D
● diperlukan dalam penyerapan kalsium dan fosforus yang membentuk gigi & tulang, dan mengelakkan otot lemah

5) Vitamin E
● merupakan salah satu antioksidan penting yang melindungi sel-sel tubuh, membantu dalam penyerapan vitamin A dan meningkatkan ketahanan badan

6) Kalsium
● membentuk tulang & gigi yang kuat, penting untuk pengembangan & pengecutan otot (yang membolehkan kita bergerak) dan membantu dalam pembekuan darah

7) Zat Besi (Iron)
● terlibat dalam pembentukan hemoglobin dan sel darah merah, berfungsi mengangkut oksigen dalam tubuh dan penting dalam penghasilan tenaga

8) Iodine
● penting untuk perkembangan mental dan fizikal, bantu dalam metabolisma lemak dan diperlukan untuk kesihatan tiroid

9) Magnesium
● sangat penting dalam penghasilan tenaga, membantu penyerapan kalsium dan potassium dan penting dalam penghantaran impuls saraf

10) Zinc
● penting dalam setiap aktiviti enzim tubuh, diperlukan dalam sintesis protein, menggalakkan kesihatan sistem keimunan dan penting untuk deria rasa dan bau

11) Cooper
●Bantu dalam pembentukan tulang, sel darah merah dan bekerja bersama zinc dan vit c untuk membentuk elastin kulit



# Setiap botol mengandungi 60 tablet
# Boleh dimakan oleh mereka yang berumur 4 hingga 12 tahun (2 tablet)
# Bagi mereka yang berumur 1 hingga 4 tahun, hanya 1 tablet (dengan syarat anak sudah mampu menelan @ kunyah)
# Tidak boleh diberi pada anak di bawah 1 tahun
# Harga : RM 111.00

Bagaimana Anda Berjimat Untuk Menghadapi GST?


Tahu tak anda, GST akan dikuatkuasakan pada April 2015 ini? Goods & Service Tax (GST) ini adalah cukai 6% yang dikenakan oleh kerajaan dan kami di Shaklee juga tidak terkecuali. Maka, ramai orang yang merebut peluang pada bulan ini untuk :

1) MENYIMPAN STOK suplemen untuk produk yang sering dimakan seperti Vitalea, Ostematrix, Vit C dan Omegaguard dan lain-lain..

Bukti penjimatan : a) Ostematrix = RM 61 sebulan 
                                     + GST 6 % = RM 64.65
                               
                                      Stok setahun (bulan ini) = RM 61 x 12 = RM 732
                                      Stok setahun (bulan April) = RM 64.65 x 12 = RM 775.80
                                      Perbezaan = RM 43.80!!

* kiraan di atas hanya berdasarkan seorang pengguna. Bayangkan sekiranya dalam sebulan, lebih dari seorang ahli keluarga yang turut menggunakan suplemen yang sama.
* kiraan di bawah pula menunjukkan jumlah penjimatan sekiranya anda melaburkan wang sewaktu bulan promosi :
                                   Ostematrix = Beli 6 Percuma 1 
                                   RM 61 x 6 = RM 366 ÷ 7 = RM 52.30 sebotol

                                  Stok setahun (bulan ini) = RM 52.30 x 12 = RM 627.60 sahaja !!!
                                  Stok setahun (bulan April) = RM 64.65 x 12 = RM 775.80
                                  PERBEZAAN = RM 148.20!!


2) Menjadi AHLI SHAKLEE BERDAFTAR untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan

Bukankah tadi sha sudah kirakan total penjimatan? Anda masih lagi boleh berjimat,  sekiranya anda menjadi ahli shaklee pada bulan ini :
                                  Bayaran menjadi ahli = RM 65
                                  + GST 6% =RM 68.90
                                  Jimat = RM 3.90
                               
*Secara automatik, anda layak mendapat penjimatan sehingga 30% (mengikut terma dan syarat yang ditetapkan) atas produk
* untuk kiraan produk diatas & keahlian, anda boleh jimat sehingga RM 267.90!!!

Keterangan lanjut, hubungi shasha di :
1) talian 016-7151674 / 0197145288
2) facebook : Haisa Shasha
3) fb page : TYA's Health Store
4) emel : red_dm02@yahoo.com

ARTIKEL BERKAITAN
Bagaimana Hendak Bermula?

Nutrisi Khas Buat Ibu

Alhamdulillah.... ramai di kalangan rakan-rakan sha yang hamil..ada yang baru hamil, menunggu hari & ada baru nak planning.. ☺.. Apa-apa pun, sha ucapkan tahniah... jagalah anugerah dari Allah ini sebaik-baiknya...
Dah beberapa orang yang pm sha tanya tentang suplemen yang sesuai untuk ibu hamil... sebab tu tergerak hari ini nak berkongsi pengetahuan...

Apa yang membuatkan suplemen shaklee BERBEZA daripada yang lain? Set kehamilan, berpantang & menyusu adalah beberapa produk yang sama...malah, produk-produk ini juga boleh dikongsi bersama suami atau ahli keluarga yang lain...UNIK bukan?...

Produk yang dimaksudkan ialah :
1) Produk WAJIB : Vitalea, ESP, B Complex, Vit C Plus & Ostematrix
2) Tambahan sewaktu hamil : Omegaguard
3) Tambahan sewaktu berpantang/menyusu : Alfalfa Complex


Bagi mereka yang hamil, keperluan vitamin & mineral meningkat 2 kali ganda. Sekiranya si ibu kurang vitamin, kemungkinan besar pertumbuhan bayi akan terganggu. Lebih-lebih lagi sewaktu di awal & akhir kehamilan, di mana si ibu akan mengalami loya, sering muntah & pelbagai masalah penghadaman yang lain. Ini mengganggu penyerapan nutrien penting. Vitalea Shaklee juga mengandungi Iron (zat besi) yang penting dalam pembentukan sel darah merah & mengurangkan risiko darah kurang. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen dan nutrisi untuk bayi.

Mengandungi asid folik yang penting dalam pembentukan tulang belakang bayi...asid folik ini dapat mengelakkan tulang belakang yang bengkok...selain itu, ia mengandungi B6 dan B12 yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah... Untuk si ibu, ia membantu penghadaman, memberikan tenaga & membantu dalam mengawal emosi si ibu..

Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan... mengurangkan risiko demam, batuk atau selesema... selain itu, ia membantu dalam penghasilan kolagen badan... bagi ibu hamil, ia juga membantu dalam mengekalkan kesihatan gusi, sekaligus mengurangkan risiko  gigi berdarah...

Merupakan gabungan 3 jenis kalsium.. ia sangat mudah ditelan... bagi ibu hamil, mereka sepatutnya mengambil kalsium sebanyak 1000mg sehari...kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan masalah kejang kaki, sakit gigi dan mudah sakit kepala... kalsium juga bertindak sebagai penenang, di mana memudahkan ibu hamil tidur nyenyak...

5) ESP
Merupakan sumber protein dari soya...protein sangat penting dalam pembentukan organ dan seluruh tubuh bayi...untuk ibu, ia membantu dalam memberikan tenaga dan dapat mengawal rasa lapar lebih lama... ia juga dapat mengurangkan simptom pedih ulu hati & gastrik...

Omegaguard kaya dengan omega 3 yang terdiri daripada DHA & EPA... DHA sangat penting untuk pembentukan saraf, mata & otak... 75% bahagian otak & mata terdiri daripada DHA... untuk si ibu, ia membantu dalam mengurangkan simptom mudah lupa, meningkatkan memori & membantu mengurangkan bengkak kaki..AWAS!! Apabila menghampiri tarikh bersalin (EDD), pengguna lebih digalakkan untuk berhenti pengambilannya untuk mengelakkan risiko pendarahan sewaktu bersalin.


Tambahan bagi ibu yang sudah bersalin atau sedang menyusu badan :

7) Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Ia kaya dengan vitamin dan mineral. Ia dikenali sebagai 'kacip fatimah' moden, di mana ia mempunyai fungsi untuk mengetatkan vagina. Ia juga membantu dalam menyingkirkan toksin dan meneutralkan badan yang berasid. Badan berasid boleh meyebabkan timbulnya bau badan, jerawat dan pelbagai penyakit lain. Alfalfa juga digunakan sebagai penggalak susu ibu (milk booster) dan berfungsi dalam menurunkan berat badan keran ia memgandungi saponin yang berfungsi menyerap lemak @ kolesterol

Berhenti & Jauhi Tekanan

Setiap individu tidak terkecuali untuk dibebani dengan perasaan tidak keruan iaitu tekanan.Tekanan boleh meliputi pelbagai aspek tidak kira percintaan, kerjaya mahupun persekitaran. Ia perlu diatasi bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan hidup kita nanti. Malah, akibat tekanan juga kita mudah mendapat pelbagai masalah kesihatan

Bagi Prof Madya Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi, Pakar Perunding Psikiatri dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, apabila sudah merasakan aura tekanan sudah datang ketika mahu menyiapkan sesuatu kerja, beliau akan berhenti sekejap dan mengambil masa untuk berehat.

"Bila kita berada dalam keadaan stress, teruskan kerja pun tidak berguna kerana hasilnya pasti tidak seperti yang diinginkan. Sebaiknya, berhentilah seketika. Saya biasanya akan bangun dari tempat saya dan berjalan-jalan sebentar di sekitar kawasan pejabat. Saya juga akan mengambil masa tersebut untuk bersembang kosong bersama-sama rakan bagi meringankan sedikit tekanan".

"Hari-hari bekerja yang menyibukkan juga menyebabkan masa untuk bersenam turut terbatas. Sebab itu, saya penuhkan aktiviti hujung minggu dengan beriadah. Biasanya saya akan berjoging untuk kekalkan kesihatan. Lakukan apa sahaja yang kita gemari. Dengan cara ini, kita boleh melupakan & melegakan tekanan yang dihadapi".

"Selain itu, jangan sesekali campur adukkan masalah kerja dan rumah. Saya akan memastikan masalah atau kerja pejabat diselesaikan di situ dan tidak dibawa balik ke rumah. Ini penting kerana emosi kita mempengaruhi ahli keluarga nanti. Siapa yang suka melihat pasangannya balik ke rumah dalam keadaan kusut kerana masalah kerja?"

"Paling penting, hadapi tekanan dengan baik. Kalau sudah tahu apa punca yang menyebabkan kita mudah stress, cuba jauhinya. Jika tidak boleh dielakkan, larikan diri dari puncanya buat seketika."

(Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi)

10 Tip Mengempiskan Perut Buncit


Semalam, sha menulis tentang Menguruskan badan dengan antioksidan. Hari ini sha nak berkongsi dengan pembaca; tip mengempiskan perut buncit...iaitu masalah utama yang sering dititik beratkan oleh kaum perempuan..tip-tip ni semua adalah kompilasi beberapa artikel yang sha baca...

1) Makan dengan perlahan...
bukan ke salah satu sunah Nabi untuk kunyah 40 kali?...ini dah dibuktikan dengan sains bahawa bila kita kunyah 40 kali, makanan yang dimakan betul-betul hancur...ini memudahkan proses penghadaman...takdela makanan tu tersekat kat usus lama-lama...

2) Elakkan berlapar...
dah jadi adat, nampak perut ke depan sikit, dah takut nak makan...sanggup berlapar, ikat perut...tak boleh ye sayang-sayang semua...jangan sesekali abaikan masa makan...jangan biarkan perut kosong lebih dari 4 jam..logiknya ialah, bila kita rasa lapar, kita akan meningkatkan risiko utk makan lebih banyak.. lagi pun, badan memang perlukan tenaga...jadi, badan akan bakar sumber-sumber dari makanan..tapi bila takda makanan, badan akan bakar glikogen yg tersimpan dekat hati dan otot...bila otot berkurang, metabolisme kita akan menurun...ini menyebabkan tahap pembakaran kalori pun menurun...ini yang sering terjadi kepada mereka yang pergi bersenam tapi tak mengambil sebarang protein utk baik pulih otot..berat badan akan naik mendadak...

3) Sarapan...
Jangan pernah tinggalkan sarapan...takda maknanya istilah brunch (breakfast + lunch)...sarapan sangat penting untuk stabilkan hormon (contoh waktu datang haid atau mengandung, hormone tak stabil kan?..sebab tu kita makan banyak..)....selain tu, ia bantu utk stabilkan paras gula darah & meningkatkan metabolisme....terdapat kajian yang mendapati, mereka yang sering meninggalkan sarapan, berisiko tinggi untuk gemuk...

4) Ambil benda pahit sebelum makan...
contohnya kopi kurang gula (jangan kopi 3 in 1 ye!!!)...lepas minum, kumur_kumur beberapa saat...baru pergi makan...sebabnya, bila tekak pahit, badan akan keluarkan enzim dan asid dalam perut...ini juga membantu dalam proses penghadaman...

5) Minum segelas air...
sebelum korang makan berat, cuba minum segelas air...(boleh juga minum selepas minum kopi tadi)...ia bantu untuk kurangkan selera makan...sebabnya, pada dinding perut kita ada sejenis sensor yang mengesan regangan...bila ia meregang, badan akan menghantar isyarat ke otak mengatakan yang kita sudah kenyang...bila kita isi separuh dari perut dengan air putih, insya allah kita tak boleh makan banyak... sebab dah penuh =)...

6) Elakkan air gas & minuman 3 in 1.
Tahukah anda setiap hidangan produk kat atas mengandungi 7 hingga 8 sudu gula??...gula adalah penyebab utama obesiti dan kencing manis....70 juta penduduk wanita di dunia menghidapi diabetik & prevalen dijangkakan terus meningkat menjelang tahun 2025...pokoknya, kurangkanlah minum...lagi bagus kalo tak minum terus...

7) Kurangkan garam...
sebabnya, bila garam banyak dalam badan, lebih banyak air akan ditarik. badan dah jadi tempat takungan air. ini menyebabkan kita lebih berat air

8) Haruslah bersenam..
paling tidak, cuba bersenam seminggu sekali...utk surirumah macam sha, kena kurangkan tidur & menonton tv...banyak kan buat kerja2 rumah..paling tidak, cuba utk exercise seminggu 3 kali ke..

9) Kira pengambilan kalori....
Teknik ni sangat bagus kalo diamalkan...ramai orang berjaya kuruskan badan@mengempiskan perut...apa yg korang kena buat ialah mencatatkan setiap kalori yg korang ambil...tak tahu nak kira?..download application...taip calori counter...contoh yg sha guna ialah fat secret...nnti die akn tunjuk berapa byk kalori yg korg kena ambil dlm sehari... pengambilan kalori bergantung pd berat badan...selamat mencuba....



10)Mengawal stress...
Bila kita stress, badan akan tingkatkan hormon kortisol..ini mendorong lemak terkumpul kat bahagian perut.selain tu, kita cenderung makan terlebih banyak dari biasa..so, kita kena belajar utk mengawal stress...selain tu,byk lg kesan buruk stress...sha ada kongsi dalam blog sebelum ni...boleh klik sini...

Pengaruh orang sekeliling pun berperanan dalam mempengaruhi diet kita...Jom kita sokong & bagi semangat kat diorang... lebih baik, kita join sekali...mana tahu tambah slim + cun/handsome..pheewwittt... =)

**********************************
SET PERLANSINGAN SHAKLEE
**********************************
Set Bajet = Produk 1 & 2
Set Asas  = Produk 1 hingga 3
Set Optimum = Produk 1 hingga 5
Set Super = Produk 1 hingga 7
************************************
Prevention Is Better Than Cure
***********************************