Sebelum ni sha ada menulis tentang suplemen yang sangat baik dalam bertindak menurunkan kadar oksdatif stress. Hari ini sha akan menulis dengan lebih terperinci lagi.
Untuk pengetahuan anda, proses normal badan, contohnya metabolisme makanan akan menghasilkan radikel bebas; iaitu molekul yang sangat tidak stabil. Sifat semulajadi badan, ia akan bantu untuk meneutralkan radikel bebas ini dengan cepat. Oksidatif stress berlaku apabila badan tidak mampu untuk meneutralkan radikel bebas yang terhasil; boleh disebabkan oleh antioksidan dalam badan yang rendah atau disebabkan radikel bebas yang terlalu banyak terhasil.
Berikut adalah faktor yang meningkatkan penghasilan radikel bebas dalam badan:
1) Senaman yang berlebihan
● Senaman yang melampau atau ekstrem menyebabkan penghasilan radikel bebas yang sangat cepat & lama kelamaan antioksidan di dalam badan tidak mencukupi. Senaman ekstrem hanya disyorkan pada mereka yang mengambil antioksidan dalam dos yang tinggi
2) Stress @ Tekanan
● Sekiranya kita mempunyai tahap stress yang tinggi, radikel bebas akan meningkat dengan cepat. Ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit yang disebabkan oksidatif stress seperti serangan jantung dan sebagainya
3) Pencemaran Udara, Makanan dan Air.
● Zaman sekarang ni, kadar pencemaran semakin meningkat di mana-mana. Bahan kimia pula telah banyak digunakan bagi tujuan komersial. Toksin dari 2 punca ini mula terkumpul di dalam badan terutama di dalam lemak menyebabkan meningkatnya radikel bebas.
4) Asap rokok
● Asap rokok merupakan salah satu penyebab tertinggi oksidatif stress. Banyak kajian klinikal menunjukkan dasyatnya penghasilan radikel bebas dari asap rokok. Mereka yang menghidu juga mendapat kesan yang hampir sama
5) Sinaran Matahari
● Pancarannya meningkatkan radikel bebas pada kulit. 'Sunblock' hanya mengelakkan kulit menjadi gelap tetapi risiko kanser kulit boleh meningkat. Pastikan 'sunblock' yang digunakan mempunyai perlindungan UVA dan UVB
6) Ubatan & Radiasi
● Ubatan sintetik menggunakan bahan kimia yang perlu disingkirkan oleh badan. Namun,semasa proses penyingkiran berlaku, badan akan menghasilkan banyak radikel bebas. Rawatan radiasi seperti kemoterapi pula bukan sahaja meningkatkan radikel bebas dalam badan, malah berbahaya untuk sel tubuh yang sihat.
7) Makanan Berlemak atau Mempunyai Nilai Glisemik Yang Tinggi
● Kedua makanan ini menyebabkan kerosakkan pada saluran darah dan menyebabkan inflamasi serta pengecutan arteri.
Mengurangkan risiko hanyalah langkah permulaan kerana agak mustahil untuk mengelakkan keadaan yang disebut di atas sepenuhnya. Maka, kita mestilah mempersiapkan diri dalam perang oksidatif stress ini dengan mengambil antioksidan dan nutrien sokongan, bagi mengurangkan risiko penyakit degeneratif kronik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan