MENU

Set Kesuburan (PART 1)

Pagi ni sha hantar message WA kat customer tentang set kesuburan.. tergerak hati nak berkongsi dalam ni juga....sebelum kita tengok produk yang disarankan, kita kena tahu dulu apa itu sistem peranakan (reproductive system) dan masalah yang berkaitan dengan tidak subur....

SISTEM REPRODUKTIF LELAKI :

Sperma dihasilkan di dalam TESTIS & disimpan di dalam EPIDIDYMIS. Semen @ minyak pelincir pula dihasilkan oleh PROSTATE  GLAND & disimpan di SEMINAL VESICLE. Sewaktu ejakulasi, sperma dibawa melalui DUCTUS DEFERENS dan disalurkan ke PENIS.


SISTEM REPRODUKTIF WANITA :
Ovum @ telur dihasilkan di dalam OVARY. Ketika waktu subur, ia dilepaskan dan masuk ke FALLOPIAN TUBE. Sekiranya dalam masa 2 hari, tiada persenyawaan berlaku, telur akan luruh bersama dinding uterus (ENDOMETRIUM) & dikenali sebagai waktu haid. Sekiranya proses persenyawaan berjaya, ovum + sperma (zigot) ini akan turun & melekat pada dinding UTERUS. Bayi akan membesar selama 38 hingga 42 minggu.


MASALAH KESIHATAN (LELAKI) :

■ testis yang tidak turun ke scrotum (biasanya berlaku ketika masih dalam kandungan ibu)

■ masalah kesihatan seperti diabetik

■ jangkitan kuman pada bahagian testis

■ salur darah mengembang, menyebabkan haba berlebihan disalurkan & boleh memberi kesan pada bilangan & bentuk sperma

■ kegagalan dalam penghantaran sperma dari kilang ke penis; contoh disebabkan oleh premature ejaculation

■ air mani memasuki pundi kencing , bukan penis sewaktu orgasm

■ penyakit genetik seperti sistic fibrosis, saluran epididimis tersumbat @ kerosakkan pada organ reproduktif

■ terdedah kepada sesetengah bahan kimia @ toksin seperti pestisida, radiasi, asap rokok, alkohol, dadah atau sreroid

■ terdedah kepada haba yang kerap seperti sauna menyebabkan penghasilan sperma terganggu

■ rawatan kanser seperti kemoterapi @ radiasi


 MASALAH KESIHATAN WANITA :

■ masalah ovulasi, ovum @ telur tidak dilepaskan akibat masalah hormon seperti polisistic ovary syndrome (PCOS) - keadaan dimana ovari menghasilkan terlalu banyak testosterone (hormon lelaki) & prolaktin

■ pre-menopause dimana ovum telah berhenti dihasilkan sebelum umur 40 tahun (biasanya disebabkan penyakit sisyem imun, rawatan beradiasi @ kemoterapi & merokok)

■ tumor yang menyebabkan salur fallopio tersumbat (jarang berlaku)

■ kerosakkan tiub fallopio akibat sexual transmitted infection, endometrosis (tisu endometrial yang tumbuh di luar uterus) @ adhesion (usus & sistem peranakan yang melekat)

■ bentuk @ ruang uterus yang tidak normal

■ fibroid yang boleh menghalang perlekatan telur yang telah disenyawakan

■ masalah pada pembukaan servik @ cecair pada servik

■ senaman yang berlebihan

■ masalah dalam habit permakanan

■ cedera @ trauma

■ selain itu masalah tiroid (hypo @ hyper) juga boleh mengganggu kitar menstruasi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan