MENU

Berhenti & Jauhi Tekanan

Setiap individu tidak terkecuali untuk dibebani dengan perasaan tidak keruan iaitu tekanan.Tekanan boleh meliputi pelbagai aspek tidak kira percintaan, kerjaya mahupun persekitaran. Ia perlu diatasi bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan hidup kita nanti. Malah, akibat tekanan juga kita mudah mendapat pelbagai masalah kesihatan

Bagi Prof Madya Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi, Pakar Perunding Psikiatri dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, apabila sudah merasakan aura tekanan sudah datang ketika mahu menyiapkan sesuatu kerja, beliau akan berhenti sekejap dan mengambil masa untuk berehat.

"Bila kita berada dalam keadaan stress, teruskan kerja pun tidak berguna kerana hasilnya pasti tidak seperti yang diinginkan. Sebaiknya, berhentilah seketika. Saya biasanya akan bangun dari tempat saya dan berjalan-jalan sebentar di sekitar kawasan pejabat. Saya juga akan mengambil masa tersebut untuk bersembang kosong bersama-sama rakan bagi meringankan sedikit tekanan".

"Hari-hari bekerja yang menyibukkan juga menyebabkan masa untuk bersenam turut terbatas. Sebab itu, saya penuhkan aktiviti hujung minggu dengan beriadah. Biasanya saya akan berjoging untuk kekalkan kesihatan. Lakukan apa sahaja yang kita gemari. Dengan cara ini, kita boleh melupakan & melegakan tekanan yang dihadapi".

"Selain itu, jangan sesekali campur adukkan masalah kerja dan rumah. Saya akan memastikan masalah atau kerja pejabat diselesaikan di situ dan tidak dibawa balik ke rumah. Ini penting kerana emosi kita mempengaruhi ahli keluarga nanti. Siapa yang suka melihat pasangannya balik ke rumah dalam keadaan kusut kerana masalah kerja?"

"Paling penting, hadapi tekanan dengan baik. Kalau sudah tahu apa punca yang menyebabkan kita mudah stress, cuba jauhinya. Jika tidak boleh dielakkan, larikan diri dari puncanya buat seketika."

(Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi)

10 Tip Mengempiskan Perut Buncit


Semalam, sha menulis tentang Menguruskan badan dengan antioksidan. Hari ini sha nak berkongsi dengan pembaca; tip mengempiskan perut buncit...iaitu masalah utama yang sering dititik beratkan oleh kaum perempuan..tip-tip ni semua adalah kompilasi beberapa artikel yang sha baca...

1) Makan dengan perlahan...
bukan ke salah satu sunah Nabi untuk kunyah 40 kali?...ini dah dibuktikan dengan sains bahawa bila kita kunyah 40 kali, makanan yang dimakan betul-betul hancur...ini memudahkan proses penghadaman...takdela makanan tu tersekat kat usus lama-lama...

2) Elakkan berlapar...
dah jadi adat, nampak perut ke depan sikit, dah takut nak makan...sanggup berlapar, ikat perut...tak boleh ye sayang-sayang semua...jangan sesekali abaikan masa makan...jangan biarkan perut kosong lebih dari 4 jam..logiknya ialah, bila kita rasa lapar, kita akan meningkatkan risiko utk makan lebih banyak.. lagi pun, badan memang perlukan tenaga...jadi, badan akan bakar sumber-sumber dari makanan..tapi bila takda makanan, badan akan bakar glikogen yg tersimpan dekat hati dan otot...bila otot berkurang, metabolisme kita akan menurun...ini menyebabkan tahap pembakaran kalori pun menurun...ini yang sering terjadi kepada mereka yang pergi bersenam tapi tak mengambil sebarang protein utk baik pulih otot..berat badan akan naik mendadak...

3) Sarapan...
Jangan pernah tinggalkan sarapan...takda maknanya istilah brunch (breakfast + lunch)...sarapan sangat penting untuk stabilkan hormon (contoh waktu datang haid atau mengandung, hormone tak stabil kan?..sebab tu kita makan banyak..)....selain tu, ia bantu utk stabilkan paras gula darah & meningkatkan metabolisme....terdapat kajian yang mendapati, mereka yang sering meninggalkan sarapan, berisiko tinggi untuk gemuk...

4) Ambil benda pahit sebelum makan...
contohnya kopi kurang gula (jangan kopi 3 in 1 ye!!!)...lepas minum, kumur_kumur beberapa saat...baru pergi makan...sebabnya, bila tekak pahit, badan akan keluarkan enzim dan asid dalam perut...ini juga membantu dalam proses penghadaman...

5) Minum segelas air...
sebelum korang makan berat, cuba minum segelas air...(boleh juga minum selepas minum kopi tadi)...ia bantu untuk kurangkan selera makan...sebabnya, pada dinding perut kita ada sejenis sensor yang mengesan regangan...bila ia meregang, badan akan menghantar isyarat ke otak mengatakan yang kita sudah kenyang...bila kita isi separuh dari perut dengan air putih, insya allah kita tak boleh makan banyak... sebab dah penuh =)...

6) Elakkan air gas & minuman 3 in 1.
Tahukah anda setiap hidangan produk kat atas mengandungi 7 hingga 8 sudu gula??...gula adalah penyebab utama obesiti dan kencing manis....70 juta penduduk wanita di dunia menghidapi diabetik & prevalen dijangkakan terus meningkat menjelang tahun 2025...pokoknya, kurangkanlah minum...lagi bagus kalo tak minum terus...

7) Kurangkan garam...
sebabnya, bila garam banyak dalam badan, lebih banyak air akan ditarik. badan dah jadi tempat takungan air. ini menyebabkan kita lebih berat air

8) Haruslah bersenam..
paling tidak, cuba bersenam seminggu sekali...utk surirumah macam sha, kena kurangkan tidur & menonton tv...banyak kan buat kerja2 rumah..paling tidak, cuba utk exercise seminggu 3 kali ke..

9) Kira pengambilan kalori....
Teknik ni sangat bagus kalo diamalkan...ramai orang berjaya kuruskan badan@mengempiskan perut...apa yg korang kena buat ialah mencatatkan setiap kalori yg korang ambil...tak tahu nak kira?..download application...taip calori counter...contoh yg sha guna ialah fat secret...nnti die akn tunjuk berapa byk kalori yg korg kena ambil dlm sehari... pengambilan kalori bergantung pd berat badan...selamat mencuba....



10)Mengawal stress...
Bila kita stress, badan akan tingkatkan hormon kortisol..ini mendorong lemak terkumpul kat bahagian perut.selain tu, kita cenderung makan terlebih banyak dari biasa..so, kita kena belajar utk mengawal stress...selain tu,byk lg kesan buruk stress...sha ada kongsi dalam blog sebelum ni...boleh klik sini...

Pengaruh orang sekeliling pun berperanan dalam mempengaruhi diet kita...Jom kita sokong & bagi semangat kat diorang... lebih baik, kita join sekali...mana tahu tambah slim + cun/handsome..pheewwittt... =)

**********************************
SET PERLANSINGAN SHAKLEE
**********************************
Set Bajet = Produk 1 & 2
Set Asas  = Produk 1 hingga 3
Set Optimum = Produk 1 hingga 5
Set Super = Produk 1 hingga 7
************************************
Prevention Is Better Than Cure
***********************************

Menguruskan Badan Dengan Antioksidan

Tahukah anda kenapa wanita Perancis tak gemuk walaupun diet mereka tinggi lemak?
Sebab mereka selalu minum wine merah yang mengandungi antioksidan yang dipanggil sebagai resveratrol. Bagi orang muslim, kita memang tak boleh minum wine, sebab tu Shaklee ciptakan Vivix. Kandungan resveratrol dalam satu sudu teh Vivix adalah bersamaan dengan 300 gelas wine merah!
Di bawah ini adalah petikan (alih bahasa) dari dua kajian berbeza :

Kajian yang dilakukan di Universiti of Basque Country adalah berkaitan kesan wine merah terhadap wanita perancis; mendapati bahawa
1) Wine merah mengandungi resveratrol, antioksidan yang berupaya mengurangkan lemak tubuh
2) Apabila digabungkan dengan rutin permakanan yang rendah kalori, ia mampu menurunkan paras trigliserida
3) Resveratrol memberikan kesan positif pada diet, di mana wanita Perancis tidak gemuk walaupun permakanannya tinggi lemak

David Sinclair dari Harvard pula telah mengetahui kebaikan resveratrol. Tetapi, beliau mendapati, 300 gelas wine merah sehari adalah lebih baik untuk mendapatkan kesan yang lebih positif/efektif. Maka, Shaklee & Dr Sinclair telah berkerjasama untuk menghasilkan Vivix, produk anti-penuaan yang terbaik!


Selain daripada suplemen, faktor lain juga memainkan peranan penting. Antaranya :

Artikel berkenaan :


10 Kebaikan Vivix Yang Anda Perlu Tahu


Sempena promosi yang tengah berlangsung sekarang ni, sha nak berkongsi cerita tentang kebaikan suplemen yang hebat ini...

1) Penuaan yang sihat...
Tak dinafikan setiap orang akan berubah tua. Tetapi, adakah kita nak jadi tua dengan pelbagai masalah kesihatan? Atau nampak lebih tua dari usia sebenar? Antara penyebab utama ialah badan sedang melalui proses penuaan. Maka, vivix membantu kita untuk melambatkan proses penuaan, bahkan membalikkan proses tersebut. Bukan sahaja mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya seperti serangan jantung & diabetis, malah anda lebih awet muda!

2) Membantu mengelakkan kanser..
Terdapat banyak punca kanser, salah satu nya adalah akibat daripada aktiviti radikel bebas. Radikel bebas ini sangat aktif merosakkan sel-sel yang sihat. Vivix merupakan aktioksidan yang kuat, di mana ia membantu untuk meneutralkan & menyingkirkan radikel bebas. Di samping itu, antioksidan juga bertindak untuk melindungi sel normal

3) Mengurangkan risiko sakit jantung...
Antara faktor sakit jantung ialah pengoksidaan lemak dalam tubuh & penurunan sifat semulajadi salur darah. Vivix membantu mengurangkan proses pengoksidaan lemak & meningkatkan penghasilan HDL @ lemak baik. Salur darah yang kurang kenyal menyebabkan ia mudah pecah dan lemak @ plak pula mudah terkumpul di dinding salur darah. Maka, vivix membantu untuk mengekalkan kekenyalan & menguatkan salur darah.

4) Mengurangkan komplikasi kencing manis...
Kencing manis/diabetik merupakan ibu segala penyakit. Antara komplikasi diabetik adalah kerosakkan pada sistem saraf, di mana kadar gula yang tinggi boleh merosakkan sel saraf yang halus; contohnya katarak mata. Selain itu, vivix juga boleh mengurangkan risiko gangrene.


5) Meningkatkan kesihatan sendi...
Sendi rosak akibat proses pakai-koyak (wear & tear) yang berulang kali. Tambah teruk apabila berlaku kecederaan. Vivix membantu mengurangkan inflamasi akibat proses tersebut. Selain itu, ia membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan sel/tisu.

6) Mengurangkan nyanyuk...
Nyanyuk merupakan salah satu tanda penuaan, di mana fungsi sel-sel otak mula berkurang. Vivix membantu mengurangkan nyanyuk kerana ia melindungi & memelihara sel secara keseluruhan termasuk sel otak. Ia mampu melambatkan  degenerasi sel otak.

7) Mengurangkan berat badan...
Vivix, antioksidan yang membantu menyahtoksin di peringkat sel. Berkurangnya toksin dalam badan membantu meningkatkan proses metabolisme badan sekaligus meningkatkan proses pemecahan lemak. Pengurangan lemak membantu mengurangkan berat badan

8) Meningkatkan keimunan...
Stress, pencemaran dan pendedahan pada punca penyakit menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Vivix membantu untuk meningkatkan sistem keimunan secara semulajadi dan mengurangkan komplikasi stress

9) Menyokong kesihatan mata...
Mata terdiri dari saraf, salur darah yang halus & beberapa jenis tisu lembut serta kolagen. Maka, tekanan yang sedikit seperti memandang skrin komputer menyebabkan mata mudah letih & akhirnya rosak. Vivix mampu membaik pulih tisu pada peringkat DNA dan mempertingkatkan penghasilan kolagen.

10) Menggalakkan kesihatan keseluruhan...
Vivix membantu dalam mengoptimumkan potensi tubuh, antaranya meningkatkan kadar penyerapan nutrisi daripada permakanan. Nutrisi yang mencukupi mampu mengekalkan kesihatan seluruh tubuh. Selain itu, sifat vivix sebagai pelindung mengurangkan risiko badan diserang penyakit.

Artikel yang berkaitan :
APA ITU VIVIX?