MENU

Atasi Perubahan Wajah

Macam tak percaya umur dah nak masuk 30 tahun... rasanya baru semalam habis belajar...haha...ok...hari ni sha nak kongsikan langkah2 untuk tangani masalah perubahan pada wajah....biasa lah....bila dah cecah umur 30 ke atas, macam2 penyakit yang timbul...kalau utk wanita, kecantikkan kulit tu umpama menjaga emas...berharga!!..
antara masalah yang sering timbul ialah,  kulit tegang dah jadi kendur, bintik2 hitam penuh kat muka & kedutan kat tepi mata, dahi & tepi bibir... Pada yang suka ambil lewa bab2 jaga kesihatan sebelum ni, berubahlah jadi orang yang ambil kisah...sebab perubahan2 ni memang tak boleh nak elak...

Pertama, bersihkan wajah selepas beraktiviti luar atau lepas pakai mekap... penat macam mana sekalipun,  bersihkan dulu muka tu sebelum tidur...(yang ni sha selalu buat...hahaha...tapi, dulu punya cerita...waktu masih bekerja...).. Pilih pembersih yang sesuai dgn kulit kita... produk yang ada AHA ( Alpha Hydroxy Acids) bagus utk proses eksfoliasi @ penyingkiran sel2 kulit mati...

Kedua,gunakan pelembap...sebabnya, pelembap ni membantu untuk mengawal kadar air pada lapisan epidermis...jadi, bila banyak air, kulit lebih lembap...kedutan pun berkurang... kalau boleh, usahakan untuk guna pelembap yang ada SPF 15/20 dengan pelindung UV... tambahan lain, guna produk yang ada antioksidan seperti Vitamin C utk mengelakkan sel2 kulit diserang oleh radikel bebas yang jahat...

Ketiga, gunakan masker sekali sekala...contohnya, seminggu 2 kali ke, atau sebulan 2 kali...masker bagus untuk menyegar & membaiki kulit, menegangkan kulit, lancarkan peredaran darah & ransang pertumbuhan sel2 kulit...(sha suka tepek masker buatan sendiri...hehe...ESP + kolagen + Vitamin E + Vitamin C)

Keempat, elakkan bertukar produk..(eksperimen kononnya)...pilih sejenis produk yang sesuai dgn kulit lepas tu gunakan secara konsisten...sebabnya, bila kita
asyik bertukar produk, ia boleh mempercepatkan proses penuaan...selain tu, boleh rosakkan kulit kalau2 produk tu tak sesuai dengan kita...

Tip kelima, kasi la kulit muka kita rehat & bernafas...kalau tak ada urusan penting waktu kerja (contoh; jumpa client ke), takyah la pakai mekap tebal2...pakai gincu atau pelembap bibir je pun dah cukup ayu...sekali sekala tunjukkan kecantikkan semulajadi..apa salahnya ...

Tips terakhir, jaga permakanan...makanan segera memang mengenyangkan tapi zat die sikit sangat...kadang2 takde..mulai sekarang, amalkan permakanan sihat & seimbang..pengambilan suplemen pun baik untuk tubuh & kulit dan ia boleh diamalkan selama mana yang anda perlukan...antara suplemen yang baik untuk kulit ialah vitamib A, B,C, E , Kolagen, ESP & Vivix... Jangan lupa untuk minum air putih sebab ia membantu untuk menyingkirkan toksin secara semulajadi & penting dalam menghidratkan tubuh...

***************************************
Prevention Is Better Than Cure
***************************************

Tingkatkan Ketahanan Badan

NUTRIFERON

Keimunan ialah satu sistem ketahanan semulajadi dalam badan...kalau ada ransangan atau punca, contohnya masuk bakteria atau virus dalam badan, automatik sistem ni akan berkerja sebagai respons utk bertindak terhadap punca jangkitan...mana datangnya bakteria & virus?...kat mana2 pun ia ada kat sekeliling kita...kalaulah mata kita mampu melihat objek2 yg sangat kecil @ mikrob, confirm kita dah takut melihat begitu banyak punca2 penyakit di sekeliling kita.. (tahukah anda hospital merupakan tempat utama jangkitan penyakit akibat mikrob?)...

ok...kita sambung cerita...pada tahun 1954, ada seorang saintis nama dia Dr Yasuhiko Kojima dapat tahu pasal interferon...lebih kurang macam pemberitahu...contoh paling senang, bila ada masuk virus dalam komputer, automatik akan keluar alert kan?...pastu, baru anti-virus bertindak....macam tu juga dengan interferon, ada je jangkitan, die terus panggil atau bagi signal kat sel darah putih untuk bertindak... lepas tu Dr Yasuhiko ni buat banyak kajian ke atas 200 jenis tumbuhan untuk mencari interferon semulajadi....selepas 40 tahun, akhirnya dia temukan 4 jenis ekstrak tumbuhan iaitu ; biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun & biji Plantago (terkandung dalam NUTRIFERON)... ini adalah penemuan terhebat dalam bidang imunologi... Nutriferon ni kemudiannya dipatenkan oleh Shaklee (korang tak akan jumpa kat farmasi atau kedai2 ubat)..

Antara fungsi NUTRIFERON ialah :
* mengukuhkan sistem keimunan dalam masa 3 hari selepas jangkitan...
* Ia juga mengandungi polisakarida yang meransang & mengaktifkan sel2 darah putih untuk melawan sel tumor & kanser...
* selain tu, ia mengimbangi respon alergi terhadap virus, mikrob & persekitaran (mengurangkan gejala selesema & batuk)...
* Ia mengurangkan infeksi pada pesakit Hepatitis B & C
* memperbaiki gejala menopause (seperti darah tinggi, kolesterol tinggi) & simptom2 PMS ( seperti masalah jerawat, mood swing dll)

Untuk kesan yang lebih optimum, Nutriferon diambil bersama Vitamin C...sebab ia berkerjasama antara satu sama lain untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh kita...

*******************************
Prevention Is Better Than Cure
*******************************

Indahnya Kebersamaan

Hari ni genap umur ku 29 tahun...Bertambah lagi usiaku setahun... Bermakna, berkuranglah lagi waktu untukku beribadah kepadaMu Ya Allah....Syukur Alhamdulillah di atas nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku selama ini .. Terima kasih di atas rezeki yang telah Kau curahkan ke atas hambaMu ini... Terima kasih juga telah menganugerahkan suami g penyayang, 3 orang hero yang handsome & keluarga yang meriah...


Hari ni sha teringat kat arwah abang kandung sha, arwah Haizan Amir... hari ni juga, genap 4 tahun pemergiannya... tujuan sha tulis artikel ni adalah untuk bacaan anak cucu sha nanti...nak beritahu mereka, betapa indahnya hubungan adik beradik waktu dulu....
Kami berdua memang rapat...arwah seorang yang penyayang & suka buat lawak... Buatlah die marah macam mana sekalipun, die sanggup tumbuk pokok pisang daripada marahkan adik2 die...
masa sha kecik, sha suka kacau die tidur...pantang nampak pen, sha akan lukis kat badan die gambar ikan la, pokok la, rumah la..." angah makan ikan....dalam perut ada cacing..."...haha..memang lawak...
kadang2 die suruh carikan uban...sehelai 50 sen...waktu tu, nilai 50 sen memang besar sangat2...sha sanggup habiskan masa berjam-jam lamanya mencari uban die...maklumlah, waktu tu angah muda lagi...belum ada banyak uban...siap simpan elok2 tau uban yg dicabut tu...sebagai bukti, berapa helai yg sha dapat...hehehe...
Angah pernah kerja sebagai pembuat air...ada sekali tu, buat air kat salah satu kedai makan kat airport Senai...waktu tu, bebas je keluar masuk...excited gile tgk kapal terbang...hehehe... sha ingat lagi, angah pakai cincin yg dibuat dari pembuka tin air minuman... pembuka yg dulu tak macam sekarang... yg dulu lubang die bulat besar boleh masuk jari...korang boleh bayangkan tak jari die yg penuh ngan pembuka tin tu?...hahaha...angah pun pernah jual air kat JPJ Johor...waktu tu, sha suka sgt mengekor die...siap tolong die buat kerja tau..ambik order, hantar air & basuhkan cawan2 kotor...

Ada juga kenangan yg mengerikan...Sha pernah accident masa tunggang motor ngan die...waktu tu nak pergi daftar sekolah menengah kat SIGS... sha dah lambat, so kitorg agak kelam kabut sikit...tapi, kalau ikutkan, bukan salah kami... tak semena-mena ada kereta keluar dari simpang...waktu tu kami kat petak kuning..kalau ikutkan, kami yang jalan dulu...waktu jatuh tu, walaupun tangan die berdarah, keadaan sha yang ditanya dulu... bila dah pastikan sha memang takda apa2 & tak cedera, baru dia mengeluh sakit...
Selain daftar kat SIGS, angah la yg temankan sha daftar kat UKM...sebelum sha pindah UKMKL, sha kene orientasi (3M) kat UKM Bangi...dahla bangunan kat atas bukit... dapat plak tingkat atas (tak berapa ingat tingkat berapa)...pak guard plak suruh parking jauh...berpeluh2 juga la waktu tu...penat sampai tak boleh nak buat lawak...kesian...
habis study, angah juga yg menjemput...masa graduation plak, die yg paling semangat...malangnya, satu gambar pun sha takde waktu grad tu...sebabnya, kamera angah yg pegang...bile tanya, mana gambar2nye, die 'ketawa jahat'...tak pandai guna kamera tu kata die...pulakk!!!...grrr...takde gambar sha pegang sejambak bunga mahal yg die belikan waktu tu...huhu...


Lepas sha kahwin, dah jarang jumpa angah... iyelah, masing2 dah ada keluarga...tapi, awal bulan Jun (2010), angah pernah jumpa kami laki bini...Alhamdulillah waktu tu kami ada la kedai kecik...dapatla membantu apa yang termampu... Lepas tu seminggu sebelum arwah meninggal, angah ngan keluarga datang rumah...sha masak sardine je pun waktu tu...tapi die punya berselera, smpi menjilat jari...waktu angah datang tu, sha asyik nak tgk wajah die je...perasaan sayu tak tertahan...waktu tu, sha tak fikir apa...mungkin sedih dgn keadaan die yg tengah susah waktu tu...tapi, Allah sebaik-baik perancang...rupanya tu la kali terakhir sha tatap wajah abang kesayangan sha...(waktu taip ni pun, tibe2 air mata dah meleleh...sob!!sob!)..


24 JUN 2010
Pagi tu, dalam pukul 7 pagi...sha ingat lagi, kak ita (kami sekeluarga panggil die ibu) call sha..wish Happy Birthday...suara ceria kemain...lepas letak telefon, tak semena2, sha teringat kat angah... die suka makan cheezy wedges KFC...tapi die panggil tu - kentang yg letak kuning2 ... sha terasa nak call nak belanja die makan2, tapi waktu tu awal sangat..
9 pagi...sha dapat call dari ibu...suara tenggelam timbul...
" Ca, angah dah takde.."
Waktu tu sebenarnya sha ngah sarat pregnant anak pertama...lepas dengar apa yg kakak sha cakap, sha terus terduduk...at the same time, terus terasa contraction yg amat... waktu tu kaki dah kaku...tak terkata apa...dalam hati sha, siap berdoa supaya berita tu tak betul...hakikatnya, Allah lebih menyayangi angah...sha pergi rumah mak, jasad angah dah terbujur kaku...walaupun waktu tu sha dah start rasa sakit2, Alhamdulillah dapat juga sha sedekahkan surah Yassin buat angah...walaupun dilarang, sha tetap juga ikut ke Tanah Perkuburan... angah selamat dikebumikan petang tu... semoga roh angah dicucuri rahmat Allah & ditempatkan bersama2 orang yang soleh..
Al Fatihah...
pukul 10 malam, sha minta izin mak utk balik rumah sendiri sebab dah tak sedap hati...contraction makin kerap...beg2 keperluan tertinggal kat rumah...pukul 4 pagi, 25/06/2010...sha dah keluar tanda nak bersalin...terus pergi HSI..pukul 7 pagi, sha selamat bersalinkan anak pertama kami
Muhammad Taufik Fatkur Rohman...


setiap kali sha tatap muka taufik, pasti sha teringat kat arwah...bak kata mak.....
'Yang hilang, dah berganti...'
Buat anak ibu, selamat ulang tahun sayang...semoga menjadi anak yang soleh...mendengar kata ibu & ayah...Berjaya dunia & akhirat...Amiinn....


Kesan Stress Terhadap Tubuh

     Tekanan/Stress didefinasikan sebagai reaksi tidak spesifik yang berlaku ke atas seseorang disebabkan oleh satu bebanan yang menimpa ke atasnya.Bebanan tersebut boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti ancaman, cabaran atau apa saja perubahan yang berlaku dalam hidupnya sekaligus memerlukan sedikit pengubahsuaian (Dr Hans Selye).

     Walau bagaimanapun, bukan semua tekanan memberi impak negatif. Ada juga tekanan perasaan yang baik. Tekanan yang positif boleh menjadikan diri lebih berhati-hati, teransang, kreatif selain lebih fokus terhadap apa yang dilakukan.

     Ketika tertekan, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon ransangan yang dikenali sebagai adrenalin ke dalam salur darah. Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, pertambahan gula, kolesterol & lemak di dalam darah, kadar penafasan menjadi lebih laju & sebagainya.

Tanda-tanda pada tubuh sekiranya stress menyerang
1) FIZIKAL
   Tubuh yang keletihan, pening kepala, sukar tidur, sakit-sakit badan terutamanya di sekitar kawasan bahu & belakang, jantung berdegup kencang,sakit dada, loya, badan ketar, tangan menjadi sejuk & berpeluh

2) MENTAL
   Mudah hilang tumpuan, sering lupa,susah membuat keputusan, gagal berfikir dengan baik, pemikiran bercelaru serta kurang humor

3) EMOSI
   Mudah risau, bimbang, sugul, dan marah-marah, cepat rasa kecewa & putus asa, takut, sensitif, hilang sabar serta panas baran.

4) SIKAP
   Sering keluh-kesah, mencipta tabiat baru seperti meggoyang-goyangkan kaki, cenderung makan berlebihan, merokok, mengambil minuman beralkohol, menjerit, memaki hamun, gemar mengungkit& menunding kesalahan pada orang lain serta bertindak agresif

Antara penyakit yang disebabkan oleh tekanan
1) SAKIT JANTUNG & ANGIN AHMAR
   Stress mengakibatkan pertambahan asid lemak di dalam darah, di mana bahan-bahan ini kemudiannya akan ditukar menjadi lemak asli & kolesterol sekaligus menutupi salurun pembuluh darah. Pada masa yang sama, ia turut memudahkan proses pembekuan darah. Kronologi yang berlaku secara tidak langsung menjadi punca kepada serangan jantung & strok

2) INSOMNIA
   Individu yang tertekan cenderung berhadapan masalah sukar tidur. Di amerika Syarikat, jumlah pesakit yang diserang penyakit ini adalah seramai 36-62 juta orang.

3) DIABETES
   Murung & sering tertekan boleh meningkatkan tahap gula dalam darah sekaligus menjurus kepada penyakit kencing manis.

4) GASTRIK
   Tekanan juga boleh menyebabkan penyakit di bahagian sistem penghadaman seperti gastrik & ulser lantaran pengeluaran asid ketika itu. Lebih membahayakan apabila tekanan yang dialami menyebabkan masalah kemurungan yang terlampau, menjurus kepada masalah jenayah selain menyakitkan diri sendiri

* Artikel dipetik dari Majalah Mingguan Wanita


*****************************************************
Prevention Is Better Than Cure
******************************************************