MENU

Antioksidan Yang Membantu Mengurangkan Oksidatif Stress

Bulan Jun datang lagi... Bagi sha sekeluarga, bulan 6 ini banyak memori dan kenangan yang mendatang... tak dilupakan, bulan Ramadhan yang hampir tiba (17 hari sahaja lagi)....😊😊😊....

Ok....hari ini, sha nak bercerita tentang promosi yang berlangsung iaitu Vitamin E dan Vitamin C....orang kata, KALAU TAK KENAL, MAKA TAK CINTA....disini sha fokuskan kelebihan kedua vitamin ini dalam MENGURANGKAN OKSIDATIF STRESS...


KELEBIHAN VITAMIN E :
1) Vitamin E memberikan perlindungan terbaik bagi menentang serangan jantung dan strok kerana ia membantu mengelakkan modifikasi atau pengoksidaan LDL

2) Vitamin E meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal diabetik

3) Kajian menunjukkan, penurunan paras Vitamin E meningkatkan kanser tertentu seperti kanser usus

4) Vitamin E mempunyai kesan yang sama seperti aspirin yang digunakan untuk mengurangkan serangan jantung. Ia mengelakkan pengumpulan (aggregation) platlet

5) Vitamin E meningkatkan sistem keimunan terutama di kalangan mereka yang sudah berumur

6) Sifat anti-oksidan Vitamin E menyebabkan ia merupakan nutrien yang sangat penting dalam menentang penyakit-penyakit degeneratif seperti diabetik


 KELEBIHAN VITAMIN C :
1) Vitamin C meningkatkan fungsi peparu bagi pesakit asma, empisema dan cystic fibrosis

2) Vitamin C merupakan anti-oksidan yang penting dalam mengelakkan pengoksidaan LDL di dalam sel plasma. Ia juga membantu dalam regenerasi Vitamin E. Banyak kajian menunjukkan, individu yang mengambil paras vitamin C yang tinggi, mampu menurunkan penyakit koronori arteri

3) Vitamin C membantu neningkatkan HDL

4) Vitamin C bantu menurunkan tekanan darah

5) Terdapat penurunan yang signifikan dalam risiko bagi sesetengah kanser seperti kanser perparu, usus, serviks dan pankreas

6) Vitamin C membantu menurunkan insiden katarak dan degenerasi makular

7) Vitamin C meningkatkan sistem keimunan

8) Paras Vitamin C yang tinggi mampu membantu mengelakkan strok

9) Paras Vitamin C yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko diabetik sehingga 62%

Sendi Sihat, Pergerakan Lancar (PART 1)

Bahagian yang sering terlibat (sakit atau patah)

SET SENDI SHAKLEE
-----------------------------------
1) VIVIX
● antara punca kesakitan sendi adalah disebabkan faktor penuaan dan penggunaan yang kerap (seperti sering berjalan/berdiri @ bersukan)
● produk ini membantu di peringkat sel iaitu jasad asas tubuh badan kita terutama pada mitokondria iaitu kilang tenaga di dalam badan
●kilang tenaga ini lah yang bertanggungjawab dalam membaik pulih sel & membentuk tisu-tisu sendi
● selain itu, efek antioksidan yang sangat baik membuatkan ia bagus untuk menyingkirkan toksin dalam badan.
● toksin yang terlalu banyak boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti atritis, rheumatik, sakit jantung, strok, kencing manis dan sebagainya
● produk ini sangat baik untuk KESELURUHAN kesihatan badan

2) OMEGAGUARD
● asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Hanya didapati dari permakanan @ suplemen
● bertindak seperti peincir pada sendi jadi sendi kurang berbunyi sewaktu kita duduk atau bergerak
● mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan
● membantu mengurangkan rasa sakit & bengkak pd sekitar sendi dan mengurangkan rheumatik

3) OSTEMATRIX
● bertindak pada tulang di mana dia bantu tulang yang kuat & kurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh
● memberikan efek relax pada otot-otot kita. seharian bekerja pasti akan rasa tegang. jadi ia kurangkan ketegangan
● ia juga bantu mengurangkan rasa kebas dan kekejangan serta baik untuk sakit kepala

4) AJHT
  ● mengandungi asid Boswella yang merupakan komponen aktif utama, yang bertindak sebagai agen anti radang semulajadi.
  ● Ia menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan & memberikan keselesaan pada sendi
  ● telah digunakan dalam perubatan Ayuverdic (>5000 tahun) untuk merawat Osteoathritis & Rheumatoid Athritis
  ● Ekstrak Jagung yang mengandungi glukosamina; merupakan komponen utama dalam pembentukan tulang rawan & cecair sinovial
  ● cecair ini bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan & bertindak sebagai kusyen @ pelapik, bagi menyerap hentakan & melindungi sendi disekeliling tulang

5) ALFALFA COMPLEX
  ● Gout merupakan salah satu penyakit sendi
  ● Ia berlaku apabila asid urik terlampau tinggi di dalam badan
  ● Ini menyebabkan pembentukan kristal di bahagian tertentu badan (selalunya di ibu jari kaki)
  ● Alfalfa membantu dalam meneutralkan asid urik dan menghalang pembentukan kristal
  ● Selain itu ia membantu mengurangkan keasidan badan (badan yang berasid tidak baik untuk sistem badan; antaranya sistem tulang kerangka & sendi)
  ● Ia juga kaya dengan vitamin & mineral yang membantu dalam kesihatan sendi


Konsultan Shaklee Anda

PERSONAL DETAIL :

Nama : Norhaisah Amir @ Shasha
No Ahli : ID 1043702
Alamat : Taman Johor Jaya, Johor Bahru
No Tel : 016-7151674 / 019-7145288
Email : reddm02@gmail.com
fb : Haisa Shasha
fb page : TYA's Health Store
Kawasan COD : Taman Johor Jaya, Plentong, Kempas,  Damansara Aliff & Tampoi
Khidmat Pos : Semenanjung Malaysia (Rm 10) / Sabah & Sarawak (RM 20)

KETERANGAN LANJUT :

● Shasha, ibu kepada 3 orang anak merupakan WAHM sejak November 2012
● Mempunyai Ijazah Sains Bioperubatan dari UKM
● Mempunyai 4 tahun pengalaman dalam bidang nutraseutikal (makanan kesihatan)
● Menjalankan perniagaan Shaklee sejak September 2013 sehingga sekarang
● Mempunyai kelebihan dalam memahami masalah kesihatan dan penyelesaiannya
● Pakar dalam kesihatan sendi, kesihatan jantung & peredaran darah serta kulit cantik




5 Sebab Kenapa Wanita Perlukan Omega-3

Terjumpa artikel yang menarik minat saya malam ni...benda baik tak bagus simpan seorang...nak juga berkongsi sama....😊...

Kenapa wanita memerlukan Omega-3?

1) Mengurangkan kesakitan akibat menstruasi :

Setiap bulan kaum wanita mengalami senggugut. Ia disebabkan oleh kontraksi pada dinding uterus akibat tindakan prostaglandin. Prostaglandin ini boleh menyebabkan rasa sakit dan inflamasi. Kajian mendapati, omega 3 merupakan agen anti-inflamasi yang baik. Maka, ia membantu meredakan kesakitan.
Selain itu, ia membantu mengurangkan masalah ketidak seimbangan hormon dan stabilkan emosi.


2) Mengurangkan risiko kanser kolon :

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang makan ikan 3 kali seminggu mengurangkan sehingga 33% dari pembentukan polyps atau perkembangan abnormal tisu kolon. Polyps ini berisiko untuk bertukar menjadi malignant. Tahap risiko meningkat seiring usia dan cenderung untuk menjadi kanser kolon. Namun, berbeza dengan kaum lelaki dimana omega 3 tiada kesan untuk menghalang kanser kolon!


3) Mengurangkan risiko osteoporosis :

Osteoporosis adalah keadaan di mana kepadatan tulang berkurang. Wanita lebih cenderung terkena osteoporosis berbanding lelaki. Faktor risiko ini meningkat akibat faktor genetik. Penurunan hormon estrogen akibat menopause juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Beberapa kajian awal mendapati omega-3 membantu meningkatkan kadar kalsium, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang.


 4) Mengurangkan risiko kanser payudara :

Menurut kajian ke atas 35,000 post-menopause wanita Amerika  (tiada sejarah kanser payudara), yang makan suplemen minyak ikan, mampu mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 32%. Namun, kajian tersebut adalah kajian awal dan cara tindak omega-3 dalam mengelakkan kanser payudara masih dalam kajian.


 5) Meninggalkan kesan mood ceria :

Omega-3 juga dapat membantu dalam masalah kemurungan. Salah satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry; suplemen Omega-3 didapati efektif dalam melawan masalah kemurungan major (tetapi tidak pada masalah anxiety). Kajian mendapati kandungan EPA dalam Omega-3 bantu stabilkan mood dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Pavia, Italy juga mendapati hubung kait omega-3 dan wanita yang sudah berumur; kesan yang sama seperti di atas dapat diperhatikan.