MENU

Sekat kolesterol dengan Phytocol

PHYTOCOL-ST

Baru2 ni Shaklee ada keluarkan produk baru...Phytocol... sebelum sha berkongsi kebaikan produk ni, jom kita cuba fahami apa tu kolesterol atau lebih difahami sebagai lemak..
sebenarnya lemak ni ada peranan kat dalam tubuh...antaranya, ialah komponen penting untuk membina sel membran, iaitu sel yang bertindak melindungi struktur dalam sel contohnya nukleus (kat dalam ada kod genetik manusia), mitokondria (kilang pembuat tenaga) dll.....(banyak2 karang dah macam kelas sains plak...hehe..)
fungsi kedua... jadi transporter (tetiba teringat kat Jason Statham yang macho) atau pembawa...darah kita unsur air kan?...lemak tak bercampur ngan air kan?...macam mana badan nak bawa nutrien yang larut lemak contoh nya vitamin A & E?...korang pun tahu vitamin ni pun penting juga dalam tubuh... sebab tu ada 2 pembawa iaitu lipoprotein...LDL & HDL...LDL bawa nutrien masuk sel, HDL pula bawa LDL untuk disingkirkan...
Badan kita juga menghasilkan lemak...lebih tepat lagi, dihasilkan kat hati....jadi kalau kita tak amik makanan yang ada lemak pun, Insya Allah kita boleh survive...masalahnya, Malaysia ni kaya dengan makanan yang tinggi lemak...lemak yang tak baik pulak tu...jadi, LDL akan lebih banyak dihasilkan berbanding HDL...HDL terhasil melalui permakanan lemak yang sihat contohnya Omega 3, 6 dan 9...cuba korang check, makanan yang korang ambil kaya dengan lemak baik atau jahat?...bila LDL terlampau banyak, tapi HDL sangat2 sikit, menyebabkan LDL mudah terenap (embedded) pada salur darah arteri & membentuk plak...itu yang menyebabkan serangan jantung, koma, strok dll...

okey...macam mana Phytocol bertindak?...lemak tak masuk dalam sel sesuka hati...ada 'pintu' yang perlu dilalui...macam kunci & mangga...bentuk keduanya mesti sama barulah boleh dibuka...macam tu juga dengan lemak...ada receptor yang dia kena lalui, barulah boleh masuk dalam sel...Phytocol pula mengandungi phytosterol yang mempunyai bentuk yang sama seperti kolesterol...bezanya, phytosterol berasas tumbuhan, manakala kolesterol kebanyakkannya dari sumber haiwan...jadi, ia akan berebut nak melekat pada receptor tu...bila phytosterol masuk dalam hati, ia tak akan ditukarkan atau disimpan...ia disingkirkan keluar dari tubuh...dengan cara ni, LDL tak dihasilkan, mengurangkan risiko endapan plak & mengelakkan sakit jantung....
kajian mendapati, pengambilan sebanyak 2000mg phytosterol mampu menurunkan 10-15% kolesterol dalam badan & menurunkan sehingga 80% risiko sakit jantung!!!!

apa kaitan phytocol dengan orang yang nak kuruskan badan?...
sumber tenaga badan adalah dari karbohidrat, protein & lemak...badan akan gunakan karbohidrat & protein yang kita makan....kemudian, badan akan gunakan glikogen iaitu tenaga simpanan badan...bila dah tak jumpa sumber2 tadi, barulah badan gunakan lemak sebagai sumber tenaga alternatif...kalau kita nak kurus, tentulah kita nak buang lemak yang sedia ada kat badan kan?...tapi, macam mana nak buang secara efektif, kalau lemak baru asyik masuk?...sebab tu nak kena ambil phytocol sebagai penyekat lemak (fat blocker)..barulah kita focus nak hilangkan lemak yang sedia ada dalam badan melalui permakanan suplemen seperti Omegaguard, bersenam & makanan yang seimbang....

*****************************************************
Prevention Is Better Than Cure
******************************************************

Mineral Penting Untuk Metabolik Semulajadi

ZINC COMPLEX

Zink adalah khazanah lelaki & terkandung dalam prostat; 10 kali ganda berbanding organ lain. Kekurangannya boleh mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, tidak  subur, perkembangan yang kecil@pincang pada testikal, kiraan sperma yang kurang, kemerosotan fungsi seksual & rambut gugur.

Selain itu, Zink sangat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua untuk :
□ mengaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh seterusnya meransang regenerasi sel & tumbesaran
□ membantu pembentukan protein & kolagen yang bertanggungjawab dalam pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku & organ
□ membantu pengeluaran & fungsi insulin, sekaligus memperbaiki diabetes
□ membantu pengeluaran T-cell di kelenjar Thymus yang berfungsi dalam meningkatkan sistem keimunan, menghalang kanser & menghalang infeksi penyakit
□ mempercepatkan pemulihan luka dalaman & luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi & bintik dikulit
□ melindungi kesihatan prostat & mengurangkan pembengkakan prostat
□ memperbaiki kemampuan seks lelaki, meningkatkan kiraan sperma & keupayaan seks yang bertenaga
□ membantu dalam pengecutan uterus (wanita selepas bersalin) & mengembalikan daya ketahanannya
□ mengurangkan masalah radang kulit seperti akne & jerawat
□ untuk mengekalkan deria rasa & bau yang sihat

*Info : Pengambilan zinc untuk jangka panjang berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh

*******************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
♡♡♡
CHANGE YOUR LIFE NOW!
*******************************************

Tip Menguruskan Kelesuan, Tekanan & Kemurungan Suri Rumah

Jadi seorang suri rumah memang melelahkan... menghadapi hari yang buruk, kerja2 rumah yang tak pernah habis dan tak cukup tidur akan meningkatkan tekanan...bila dalam keadaan tertekan, kita berasa lesu dari segi emosi & fizikal....
Tip bagi meransang tenaga :
♡ cuba cari masa untuk berehat... bagi anak2 mainan & baring kat sebelah mereka sambil tengok-tengok
♡ selalunya kalau anak2 tidur, kita sibuk tengok tv lah, belek fb lah...cuba ubah; ikut tidur kalau anak2 tidur, tapi agak2 la... janganlah lama sangat...
♡ perbanyakkan minum air putih sebabnya bila kita kurang minum air, badan akan mengalami dehadrasi...ini menyebabkan kita lemah... ops! Kawal pengambilan kafein...bila kafein tinggi dalam badan, kita lebih cepat kehilangan air dalam badan...
♡makan secara teratur & seimbang...tapi,jangan amek makanan ringan semasa perut kosong... snek ringan tiada nutrien berkhasiat, bahkan kita kehilangan tenaga lebih cepat...

Tekanan adalah perkara biasa, tapi jangan sampai ia bagi kesan negatif pada tubuh.... kurangkan tekanan dengan :
♡ Semaikan sikap tolak ansur dengan pasangan
♡ Ketawa....adalah penawar duka..tak semestinya wajib tengok komedi...(biasanya kalau sha stress, sha akan call kawan sha sewaktu di UKM...memang gelak habis...☺)
♡ bermain dengan haiwan peliharaan
♡ menghubungi rakan2 (juga seorang ibu)..mungkin boleh minta pendapat atau meluahkan rasa...

Kemurungan pula berlaku bila kita tak menangani tekanan dengan baik... keadaan yang kronik ini bukan sahaja memberi kesan pada kesihatan anda sendiri, bahkan kesannya dapat dirasai oleh orang sekeliling terutamanya anak2...
Hilangkan rasa murung dengan :
♡ luangkan masa untuk diri sendiri... tanpa anak2, pergilah tengok wayang ke, pergi spa ke atau apa sahaja aktiviti yang anda suka secara solo @ bersama rakan2...
♡ rehat daripada rutin seharian...kalau biasanya  jadual penuh dari 5 pagi hingga 10 malam, dengan nak masak, mengemas bla!bla!... cuba buat aktivti lain, contohnya membaca ke...
♡ bersenam boleh meransang pengeluaran hormon yang membuatkan kita rasa gembira...
♡ sentiasa bersyukur - Pakar psikologi mendapati, apabila kita bersyukur dengan segala yang kita miliki, menurunkan paras tekanan ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 2 hingga 3 tahun..

Semoga perkongsian ini mampu membantu ibu2 surirumah di luar sana....


***********************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
**********************************************************************

Mengawal Atur Hormon

GLA COMPLEX

Gamma Linolenic Acid (GLA) merupakan sumber terbaik Omega-6. Kebanyakan produk di pasaran menghasilkan GLA daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tetapi Shaklee mengekstrak GLA dari Borage kerana ia mengandungi kandungan GLA, 2 kali ganda dari EPO. Borage yang digunakan adalah di tanam secara organik di kawasan Saskatchewan. Kenapa ia dipanggil sebagai GLA Complex?...sebab di setiap gel bukan sahaja mengandungi 300mg GLA, ia juga mengandungi minyak bunga matahari & Vitamin E...Bioavailabiliti GLA Complex telah dibuktikan secara klinikal, di mana ia mampu menyerap & sebati ke dalam sel & tisu 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO....

Kebaikan GLA COMPLEX...
♧ merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina
♧ membentuk prostaglandin yg bertindak dalam mengawal hormon estrogen & testosteron
♧ memperbaiki simptom PMS (seperti senggugut, mood swing, retensi air & sakit payudara) dan memperbaiki keadaan menopaus (seperti hot flash, insomnia, ketidakhadaman & depresi)
♧ membaiki masalah prostat lelaki (prostatomegaly) & kerap kencing
♧ menghalang pertumbuhan sel tumor & kanser
♧ ejen anti radang - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, elergi, gatal2, kulit kering, bintik2 penuaan, tinea, kurap, bengkak akibat athritis
♧ menghalang kompilasi diabetik - kawal kandungan gula, kurangkan kebas & kesakitan
♧ merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dan memberi tone kepada kulit & otot wanita secara berperingkat
♧ menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengurangkan risiko penyakit jantung
♧ mengurangkan rambut kering & gugur
♧ memperbaiki keadaan kanak2 autisma, sukar memberi tumpuan utk belajar & hiperaktif

# Kalau dulu orang lelaki tak nak makan GLA, katanya untuk wanita sahaja...tapi sekarang, customer lebih banyak tahu dari tak tahu...😉

************************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
************************************************************************

Tulang Kuat, Susuk Tubuh Tegap

Ostematrix

Suplemen ini mempunyai kombinasi 3 jenis kalsium, Vit D & Magnesium - membolehkan penyerapan yang optimum sehingga 99%!...Terbukti secara klinikal, penggunaan 2 caplets ostematrix menyebabkan peningkatan statistik tahap kalsium dalam darah untuk 12 jam.

Manfaatnya?
◆ menguatkan tulang - mengurangkan risiko osteoporosis,merawat tulang retak & osteomalacia, menguatkan kuku (menghalang kuku rapuh), kerangka & gigi...serta kurangkan gusi berdarah
◆ mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membaiki jantung berdebar
◆ ia juga penting dalam impuls saraf, merupakan unsur penenang, mengurangkan gementar, stress & depresi, membaiki mood swing, mengurangkan sakit kepala & pitam, memberi keselesaan sewaktu tidur
◆ sifatnya yang beralkali, mengimbangkan pH, mengurangkan risiko obesiti sewaktu tua, membaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik...
◆ kajian mendapati, pengambilan 1000mg kalsium (diambil bersama magnesium) sehari mampu mengurangkan simptom PMS (mood swing, retensi air dll) serta membaiki masalah membuang air kecil
◆untuk  membaiki kekejangan, kebas2, sakit sendi & athritis, disarankan untuk mengambil 600 mg (2 hingga 3 biji) sebelum tidur

Kenapa perlu ambil bersama Magnesium & Vit D?
◇ Vit D meningkatkan penyerapan kalsium & fosforus - komponen yg penting dalam meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka & membaiki periodontal...(orang yg kurang terdedah kepada matahari, vegetarian, orang2 tua - lebih dari 55 tahun & wanita hamil lebih memerlukan Vit D)...
◇ Magnesium pula menggalakkan komposisi tulang & rawan, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, penting dalam pengecutan otot & saraf, menstabilkan denyutan jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut & usus, menghalang endapan kalsium (yg boleh menyebabkan batu karang @ batu hempedu)
◇ komponen lain dalam ostematrix ialah zinc, boron, mangan & kuprum untuk memelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot, membantu enzim dalam membaiki tulang & rawan

Fakta : 1 caplet ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam

*******************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
*********************************************************************

Membantu Bergerak Bebas

Advance Joint Health Tablet

sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sakit pingang, sakit lutut, sakit tumit & gout...

Suplemen ini mengandungi Ekstrak Boswella, Ekstrak Jagung, Vit C, Zink, Tembaga & Mangan. Ia bertindak dengan 3 cara iaitu :
• meningkatkan keselesaan sendi
• meningkatkan kusyen/pelapik
• memelihara kesihatan tisu penyambung

Ekstrak Boswella
- digunakan dalam perubatan Ayuverdic (>5000 tahun) untuk merawat Osteoathritis & Rheumatoid Athritis
- mengandungi asid Boswella yang merupakan komponen aktif utama, yang bertindak sebagai agen anti radang semulajadi. Ia juga bertindak menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan

Ekstrak Jagung
- mengandungi glukosamina yang merupakan komponen utama dalam pembentukan tulang rawan & cecair sinovial. Cecair ini bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan (fungsi macam minyak grease) & mengelakkan tulang2 bergeser antara satu sama lain...selain tu, ia bertindak sebagai kusyen a.k.a pelapik, bagi menyerap hentakan & melindungi sendi2 disekeliling tulang...

Komponen Lain
Vitamin C pula nutrien penting dalam sintesis kolagen...Zink, Tembaga & Mangan merupakan co-factor bagi enzim yang membina kolagen & gkukosaminonglikan (apa tu co-factor?..lebih kurang macam co-pilot kapal terbang, tolong pilot terbangkan kapal..hahaha)

Fakta : Dalam kajian klinikal, pengambilan ekstrak boswella dalam AJHT memberi kesan positif dalam masa 5 hari

*********************************************************************
PREVENTION IS BETTER THAN CURE ♡ CHANGE YOUR LIFE NOW!
**********************************************************************